Raya di Malaysia Raya di Perantauan.  Selesai dah sambutan Hari Raya Aidil Adha . Tahun ni langsung tak berpeluang berjumpa keluarga menyambut sama-sama hari raya.  Sambutan secara maya saja yang mampu.  Bila suasana begini, tak ada bezanya dengan beraya di Malaysia atau beraya di perantauan.  Sama-sama situasi tidak boleh berjumpa. Begitulah rasa memujuk diri bila teringat anak jauh di perantauan menjelang hari raya.  

Suasana Raya Di Malaysia

Macamana sambutan hari raya korang? Aidil Adha memang kurang meriah berbanding dengan Aidil Fitri tapi sambutan secara sederhana tetap kena buat juga.  Walaupun hanya sambut dengan suami dan anak-anak, kena pastikan juga menu istimewa hari raya disediakan.  Kali ni, awal lagi en suami dah plan nak masak rendang ayam dan nasi arab. Gandingan rendang dengan ketupat palas mesti ada tapi kali ni ketupat palas kami beli yang dah siap sahaja. Cukup sekadar adanya.  Menu nasi memang perlu ada juga sebab tak lalu nak makan rendang dan pulut seharian.  Biasanya masak sekali untuk hidangan sampai malam. 

menu raya simple, sambut raya jauh, perantau, nasi arab sedap
Ni menu kami tengahari raya.  Pagi makan rendang dan habiskan ketupat palas. Buat tak banyak dan dah makan sebelah malam juga jadi kena ada menu lain.  Nasi arab ni paling senang nak buat. Guna rempah ratus chef ammar sahaja, mudah.  Nanti akak share rempah-rempah menarik yang korang boleh cuba. Doakan akak rajin terus menulis.

Tahun ni, kami tak buat korban , dengan suasana pendamik sekarang ni, kami tangguhkan dulu. Rezeki tahun-tahun mendatang jika panjang umur.  Awal pagi raya, tiada riuh rendah bersiap sebab semuanya di rumah. Suara takbir raya berkumandang, sengaja akak kuatkan bagi hidup suasana .  Rindu keluarga yang jauh memanglah rindu tapi nak buat macamana kan?  Berbalas-balas mesej di wasap sahaja kami dari malam. 

Anak-anak ? Kesian mereka. Tiada suasana kunjung mengunjung, bertemu sanak saudara.  Perasan tak semakin jauh jurang anak-anak sekarang ni nak mengenali saudara mara mereka yang jauh.  Melalui media, mana mungkin kita kenalkan dengan semua.  Harap-harap jangan terputus terus.

Bertukar-tukar juadah, ada juga kami buat.  Selain daripada dengan jiran-jiran, dapat juga bertukar juadah dengan adik en hubby. Kebetulan kami tinggal setaman.  Dekat tapi masih tidak boleh berkunjung...sekadar bertukar khabar di pintu pagar. Cukuplah kan...ada juga saudara dekat.

Sambutan Raya Di Perantauan


Pada akak sekarang ni tak ada beza samada kita sambut perayaan di Malaysia atau di luar negara, sama-sama tak boleh jumpa.  Anak  pun katanya tak lah terasa sangat jauh di perantauan menyambut raya.  Persiapan ala kadar bersama kawan-kawan. Tapi akak tengok bukan main meriah lagi mereka buat persiapan masak-masak. Seronok hati mak!  Untung mereka kumpul-kumpul dapat juga turut serta berkorban seekor lembu di sama.  Sembelihan lembu di India tidak boleh buat secara terbuka, ada kumpulan penduduk muslim yang bantu menguruskan.  Memang dah jadi kebiasaan anak-anak pelajar ini dari tahun ke tahun turut serta ibadah korban di sana.  Alhamdulillah moga Allah permudahkan urusan anak-anak ini menuntut ilmu dan terus tanamkan niat untuk berbakti kepada masyarakat walau dalam keadaan apapun. Selagi mampu !

menu raya simple, sambut raya jauh, perantau, nasi arab sedap
Menu raya anak bujangan.  Mereka kongsi-kongsi masak, satu bilik satu menu. Jadi meriah selera dari utara, pantai timur dan selatan. Mujurlah ada yang dah dapat awal bekalan daripada Malaysia jadi bolehlah guna dahulu.  Bekalan kering yang akak hantar belum sampai lagi masa ni.  Nanti akak share courrier yang korang boleh guna kalau nak hantar barang ke India.  Manalah tahu tahun-tahun mendatang korang sendiri atau ahli keluarga kena menimba ilmu kat sana. Eh..dalam entry ni saja, ada 2 topik akak janji nak kongsi.  In sya Allah doakan akak rajin ye.

Alhamdulillah, mak dah tak risau lepaskan anak belajar jauh-jauh.  Bukan setakat menimba ilmu pengetahuan malahan dapat juga ilmu kehidupan.  Daripada tak pandai memasak, sekarang akak rasa setakat menu-menu simple dah boleh disediakan sendiri.  Sungguh...akak lega tengok kemeriahan mereka di sana.

Pendamik Sampai Bila?

Tiada siapa yang ada jawapannya. Tak tahu bila akan berakhir.  Yang penting kita sentiasa jaga diri, jaga SOP dan jangan lupa ambil vaksin.  Dah berbulan-bulan keluar rumah hanya untuk mengisi keperluan rumah tidak lebih dari ini. 

0 Comments