AYAHANDA - Drama Unsur Islamik Yang Menyentuh Hati. Dah agak lama tak berkongsi tentang drama menarik.  Kali ini akak nak kongsi tentang drama Ayahanda.  Mulanya malas nak tonton sebab cerita adaptasi novel lama-lama ni, mesti penyampaiannya berat dan susah nak hadam.  Karya orang lama-lama ni selalunya penuh kiasan dan maksud tersirat yang kadang-kadang susah nak dileraikan.  Tapi bila tengok episod pertama, terus keinginan untuk menonton lagi dan lagi datang.  Dram berunsur islamik yang menyentuh hati, memang sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

Sinopsis AYAHANDA

Mengisahkan tentang Haji Abdullah (Jalil Hamid), seorang Tok Imam, juru nikah dan mengajarkan kitab di surau yang berusia lebih daripada 100 tahun. Surau itu kemudian dibina semula setelah dilanda ribut yang hampir meragut nyawa Haji dan isterinya, Hajah Noriah (Ogy Ahmad Daud) ketika itu.

Haji Abdullah dilihat sebagai seorang imam tua yang degil dan mahu mempertahankan semua jawatannya di masjid kampungnya. Walaupun Haji Abdullah sudah tidak diterima oleh masyarakat kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk tetapi beliau tetap melunaskan tanggungjawabnya. Hanya Hajah Noriah yang masih setia dan sentiasa memberikan sokongan padu kepada suaminya. Di kampung, seorang imam baharu telah dilantik iaitu Ustaz Hamidi, 20-an dan lulusan Al-Azhar, Mesir. Jemaah pun semakin ramai di masjid. Haji Abdullah tercabar dan tetap mahu menjadi imam.

Haji Abdullah dan Hajah Noriah mempunyai 4 orang anak iaitu Halimah (Noorkhiriah), Ramli (Shahz Jaszle), Ahmad (Hairi Safwan) dan Aziz (Fikry Ibrahim). Halimah, anak sulung yang tinggal di belakang rumah Haji sering diharapkan oleh adik-beradiknya untuk menjaga ibu bapa mereka. Halimah juga terpaksa bersabar dengan perangai suaminya, Mat Diah (Sobri Anuar) yang terlalu taksub dengan pertandingan suara burung.

Ramli, anak kedua Haji Abdullah pula sibuk berulang-alik menghantar Piah (Nurmiziana Rosli), isterinya ke kampung asalnya kerana emaknya sakit. Manakala, Ahmad, anak ketiga yang mahu menambah pendapatan dengan mengusahakan kebun sayur di kaki bukit. Isteri Ahmad, Hasnah, telah meninggal dunia bersama anak ketiganya semasa bersalin. Hajah Noriah dan Halimah sentiasa cuba mencarikan jodoh baharu untuk Ahmad tetapi Ahmad belum bersedia.

Aziz, anak bongsu Haji Abdullah bekerja sebagai juru teknik di sebuah kilang dan minat penulisan. Isterinya, Mazni (Rita Nadira) lebih mementingkan kesenangan diri dan mula mengambil kesempatan atas kesibukan suaminya yang mahu menjaga orang tuanya, anak mereka dan juga menyiapkan penulisannya.

Haji Abdullah mahukan sokongan anak-anaknya untuk dia meneruskan tanggung jawabnya sebagai imam, namun semua anak-anaknya tidak berpihak kepadanya membuatkan Haji Abdullah terasa hati. Aziz yang menjadi harapan Haji Abdullah juga menentang hasrat ayahnya lebih-lebih lagi hubungan mereka pernah terpalit dengan sejarah lampau yang merenggangkan hubungan mereka berdua. Sikap degil dan ego Hj Abdullah menyebabkan dirinya dilanda sepi dan tiada siapa yang peduli.

Terleraikah kesepian hati seorang ayah dan dapatkan anak-anaknya memahaminya? Dapatkah anak-anak Haji Abdullah menebus kelemahan mereka yang sudah mengabaikan hati seorang ayah? Mengertikan mereka tentang pengorbanan seorang ayah?

(sumber wikipedia)

full episod ayahanda, drama menarik, episod penuh drama

AYAHANDA  Adaptasi Novel

Ayahanda merupakan adaptasi novel karya Azizi hj Abdullah, salah seorang novelis yang memang akak ikuti juga karyanya masa di bangku sekolah menengah dahulu.

"Seorang bapa boleh memahami perasaan dua belas orang anaknya tetapi amat malang dua belas orang anaknya tidak mampu memahami perasaan seorang bapa."

Ini kisah seorang ayah yang disorot daripada kaca mata anak bongsu. Baginya, semakin cuba difahami hati tua itu, semakin sukar jadinya. Degil ayahnya bergerak seiring dengan usia. Tidak boleh ditegur, jauh sekali menerima nasihat anak-anak. Lantaran itu dia sering berburuk sangka, menaruh dendam dan marah yang bercampur dengan rasa bersalah.

Sedangkan si ayah pula kaya dengan kasih sayang dan sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anaknya. Malah,tidak pernah berhenti berdoa agar keberkatan ALLAH selalu bersama mereka. Namun dia bukannya seorang yang mudah meluahkan rasa yang terpendam. Baginya, cukup ditunjukkan melalui perbuatan dengan harapan anak-anak mengerti. 

Hakikatnya, perasaan seorang ayah itu sukar diduga sekalipun digali sedalam mungkin oleh anak-anak sendiri.

Minggu Akhir AYAHANDA Yang Menyentuh Hati

Minggu ni dah masuk minggu akhir drama ni. Akak sarankan korang tengoklah drama ni.  Banyak pengajaran yang dibawa.  Sesekali tonton arahan orang lama, memang makan dalam. Drama arahan Ahmad Tarmimi Siregar ni memang best kali ini. Gabungan pelakon dan dan baru yang berjaya membawa watak masing-masing dengan baik.

Lagu pun best.



6 Comments

  1. Jarang sekali Aien nak nangis tengok drama melayu, but this drama make me cried minggu lepas. T^T sedihnyaaa.. #realitymasyarakat gitu.

    ReplyDelete
  2. owh, adaptasi cerita novel rupanya, dah bca sinopsisnya mcm seronoklah pulak, xpe nanti kite tgk dalam utube tv3 official, mesti ada..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. silalah tengok, antara yang drama melayu yang menarik

      Delete
  3. setiap kali tonton airmata mengalir
    huhuu sgt2 menyentuh hati
    teringat arwah pak
    al fatihah

    ReplyDelete