Esok Puasa ! Jom Kongsi Tips Ramadhan.  Diam tak diam, esok dah sampai  bulan Ramadhan, bulan di mana kita diseru mengumpul sebanyak mana pahala dan amal kebajikan.  Korang dah bersedia tak nak mengejar pahala? Korang kena pastikan seboleh mungkin badan kena cergas, tak mau letih-letih.  Jom akak kongsikan tips Ramadhan yang boleh korang cuba.

tips puasa, ramadhan ya kareem, tips cergas, jaga kesihatan di bulan ramadhan


Tips  Ramadhan - Kekal Cergas

1. Bersahur dengan makanan yang sihat dan berkhasiat.

2. Minum air secukupnya semasa sahur dan berbuka.  Macamana nak bagi cukup? Jom baca sini TIPS  

3. Makan dalam kuantiti sederhana dan amalkan pengambilan buah kurma ketika berbuka.

4. Kurangkan pengambilan makanan yang pedas dan berminyak.

5. Amalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

6. Lakukan senaman yang ringan dan ringkas.

7. Dapatkan tidur yang mencukupi.

Biasanya bulan puasa ni mood menulis meman ke laut dalam. Tapi kali ini akak cuba share resipi-resipi mudah untuk berbuka dan bersahur.  Sharing kat sini juga untuk rujukan anak-anak akak yang jauh menuntut ilmu di tempat orang.  Moga anak-anak tabah dan sabar.  

Short update je !

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa ye !


3 Comments

  1. Salam Ramadan.
    Selamat menjalani ibadah puasa & terawih.
    Semoga dipermudahkan segala urusan. Take care & Stay Safe

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan dan selamat berpuasa..
    baru ada kesempatan menjenguk kawan2 ni..

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan kareem cik azi tuu., ;p

    ReplyDelete