Resipi Filet Ikan Kembong Sweet Sour Tak Rugi Cuba.   Hari-hari masak ikan sampaikan kadang-kadang tak tahu nak masak apa.  Pernah tak korang lalui situasi ini? Akak? Selalu sangat. Tambahan pula bila ada ahli rumah ni yang tak berapa berminat dengan menu ikan.  Tak berminat bukan bermakna tak makan, boleh aje makan tapi perlu kena dengan masakannya.  Ikan kembong atau orang utara panggil ikan temenung, antara ikan yang mudah nak dapat dan harganya pun tidaklah mahal sangat.  Kalau dapat saiz yang agak-agak besar, bolehlah cuba masak dengan resipi Filet Ikan Kembong Sweet Sour ni.  Sedap !

menu ikan yang mudah dan sedap, masakan ikan, ikan murah, lauk ikan


Resipi Filet Ikan Kembong Sweet Sour

4 ekor  ikan kembong sederhana besar 
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar cili kisar
garam dan gula secukup rasa
tepung goreng bestari
kacang panjang/buncis
jagung sayur
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
karot
sedikit telur
minyak untuk menggoreng

- Hiris isi ikan kembong, tinggalkan tulang. Ambil bahagian isinya sahaja di kedua-dua belah.  
- hiris bawang putih dan merah.
- panaskan minyak
- isi ikan tadi gaulkan dalam telur dan salutkan dengan tepung goreng bestari.
- bila minyak dah panas, gorengkan filet ikan tadi.  Isi ikan kembong ini tidak tebal jadi jangan terlalu      garing.  Agak-agak warna tepung dah keemasan, bolehlah diangkat.
- selesai menggorengkan filet ikan tadi, tinggalkan sedikit minyak dan tumis bawang.
- masukkan cili dan sos-sos tadi.
- biarkan garing dan berkuah
- masukkan sayuran yang ada. Kalau tak ada pun tak apa. Sayuran ni bagi menambah warna masakan.
- masuk garam dan gula dan rasakan ikut selera.
- akhir sekali masukkan filet ikan tadi dan gaul rasa.
- biarkan sebentar supaya semua bahan jadi lebih mesra rasa

Dah siap. Mudah sangat nak sediakan Filet Ikan Kembong Sweet Sour ni.  Yang pasti anak-anak yang tak suka makan ikan pun akan jadi suka. Cubalah..rugi kalau tak cuba!

Boleh juga cuba masak ikan masam manis seperti resepi ini --- Ikan Masak Masam Manis



1 Comments