Layan Nasi Goreng Pedas Berapi Lepas Hari Hujan
Layan Nasi Goreng Pedas Berapi Lepas Hari Hujan. Perut lapar dan hari hujan memang selalu seiring sejalan. Bila hujan mesti rasa lapar. Tambahan pula bila banyak kerja nak kena buat. Makin galak perut 'bernyanyi'. Ternampak lebihan nasi putih di dapur, dalam kepala dah terbayang-bayang alangkah nikmatnya kalau dapat layan nasi goreng pedas berapi.
Hari ini agak kalut sikit. Selain daripada menguruskan si kecil ke sekolah, ada 2 mesyuarat yang perlu akak sertai. Dah terbayang memang tak sempat nak masak tengahari nanti. Kami memang jarang sangat beli lauk di kedai untuk makan tengahari, seboleh mungkin akak akan cuba sediakan menu yang ringkas-ringkas sahaja. So, awal pagi dah bersilat menyediakan nasi lemak sambal ayam untuk bekal dik wan ke sekolah, sarapan merangkap makan tengahari sekali.
Bila dah awal masak, awal jugaklah habisnya. Petang dah terasa lapar. Sambil bekerja menjawap email satu persatu, sambil berkira bila dapat peluang nak menggoreng ni. Sebaik sahaja cukup waktu bekerja tamat, cepat-cepat ke dapur. Tak susah nak menyediakan nasi goreng pedas berapi ni. Tung tang tung tang tak sampai 15 minit siap.
2 Comments
Makan panas2 memang berapi
ReplyDeleteGoreng plak keropok ikan kan kak? hehhe...tambah la bestnyaaa...
ReplyDelete