Lambat Lagi PKP/PKPB Nak Berakhir
Friday, March 05, 2021Lambat lagi PKP/PKPB Nak Berakhir. Lama terbiar tak berupdate kat sini. Mood menulis tenggelam ke laut dalam, jenuh nak bagi timbul. Ada bertajuk-tajuk entry tersadai tak tertulis, bersusun dalam draft. Adakah kesan daripada PKP/PKPB yang berlarutan ni? Tepu juga kadang-kadang tidak boleh ke mana. Bila agaknya kerajaan nak bagi kelulusan rentas daerah dan negeri?
Semalam keluar kejap cari barang rumah dan keperluan kak afiah untuk siapkan tugasannya. Aduh penuh manusia di kedai buku dan kenderaan bersusun di atas jalan. Bila jarang keluar, suasana begini sangat tidak menarik. Rasa sesak dan semak. Tak salahkan juga mereka yang keluar, banyak keperluan yang perlu dilunasi, tambahan tidak boleh merentas daerah, jadi apa sahaja premis perniagaan yang berada di daerah yang sama sudah tentunya menjadi tumpuan. Cepat-cepat selesaikan mencari keperluan, terus kami bergegas balik. Sampai sahaja di pagar rumah, lega rasa dapat tengok halaman rumah sendiri. Rasa selamat dan tenang. Kesan norma baru akibat Covid19 - keluar bila perlu, selebihnya eloklah berada di rumah sahaja.
Aktiviti Sepanjang PKP/PKPB Yang Boleh Dibuat
Ada macam-macam aktiviti yang boleh dibuat supaya masa sentiasa terisi dan elakkan rasa jemu berada di rumah. Macam-macam aktiviti untuk setiap peringkat usia, yang penting kena kreatif untuk pilih yang sesuai dengan minat. Taklah asyik melayan gadget di tangan. Korang nak tahu apa aktiviti kami sekeluarga? Layan gambar-gambar ni yer.
5 comments
Cantik ambil gambar. Ambil dengan hp apa ya?
ReplyDeleteRajin betul buat sangkar besar.
pada saya biarlah pkp pkpb tak berakhir. Biarlah selamanya. Seronok kerja dari rumah, tak payah meredah jammed, merisikokan nyawa. Duduk di rumah pun seronok, dapat menghabiskan masa lebih lama dengan keluarga. selalunya nak pergi kerja anak tak bangun lagi. Balik kerja, anak dah tidur. Bayangkan berapa lama masa kita dah terbuang dalam memberi kasih sayang pada mereka.
ReplyDeleteCantik2 tangkapan gambarnya
ReplyDeleteTerima perkongsian yang bermanfaat
ReplyDeleteSedap ke buah tin?
ReplyDelete