Sejarah Awal Tahun Malaysia Bermula Dengan PKP 2.0 Dan Darurat

Tuesday, January 12, 2021

 Sejarah Awal Tahun Malaysia Bermula Dengan PKP 2.0 Dan Darurat. Seminggu berlegar desas desus akan diadakan PKP semula. Walaupun penafian dibuat tapi sebagai rakyat memang kita sendiri dapat rasakan akan berlaku juga PKP2 dalam jangkamasa terdekat.  Pengumuman PM kita semalam telah menamatkan khabar-khabar angin dengan penetapan tarikh PKP bermula 13 sehingga 26 Januari 2021.  Walaupun tak semua negeri terlibat tapi eloklah kita sama-sama PKP kan diri kita dan keluarga sepanjang tempoh 2 minggu ini untuk kebaikan bersama.  Kesian dah akak baca keluhan frontliner kita yang terlibat secara langsung dalam menangani kes-kes pesakit kovid yang semakin meningkat. Kudoss pada mereka !

Tak mahu sentuh bab ke sana ke sini yang kebanyakan rakyat Malaysia lakukan sepanjang bulan lepas.  Tak salah pun cuma kurang prihatin dan penjagaan diri tu yang menjadikan begitu cepat penularan kes baru.  Akak sendiri pun ambil kesempatan pulang ke kampung setelah hampir setahun setengah tak balik.  Mengalahkan tinggal di luar negara tapi nak buat macamana kan.  Tapi pandai-pandailah jaga diri dan keluarga.  SOP jangan lalai, jangan ke tempat sesak, sanitise atau basuh tangan sekerap mungkin dan jangan lupa pakai mask.  Siapa yang tak risau !

Kedah antara negeri yang berada dalam kumpulan PKPB.  Lega juga tapi kena jaga-jaga dan berhati-hati. Kita tak tahu siapa yang ada disekitar kita. Virus tak nampak.  Sebaiknya stay at home sahajalah kecuali ada keperluan baru kita keluar.

pkp, sop baru tahun baru, pembukaan sekolah pkp, pkpb, pkpp

pkp, sop baru tahun baru, pembukaan sekolah pkp, pkpb, pkpp

Proklamasi Darurat

Pagi-pagi dah heboh kawan-kawan forward tentang pengumuman darurat. Eh!! Darurat?..biar betul! Bila sebut darurat mesti ramai yang terfikir perintah berkurung. Tapi jangan gusar, pada akak pengiystiharan darurat ini lebih kepada mengelakkan berlakunya PRU.  Bab-bab lain bersangkutan dengan politik akak tak mau sentuh.

pkp, sop baru tahun baru, pembukaan sekolah pkp, pkpb, pkpp


Pembukaan Sekolah Di Negeri PKPB

Sebagai ibu yang punyai anak-anak yang masih bersekolah, memang akak risaulah juga dengan situasi pembukaan sekolah yang semakin hampir. Harap-harap keputusan yang KPM ambil akan mengambil kira semua aspek keselamatan anak-anak.  Belajar secara online bukan tak boleh tapi memang kena ada penuh komitmen pelajar dan juga ibubapa supaya anak-anak tidak keciciran.  Kesian juga yang tidak punya kemudahan untuk ber 'online'. 

pkp, sop baru tahun baru, pembukaan sekolah pkp, pkpb, pkpp

Dari semalam juga semua group yang akak ada sibuk berkisah pasal budak-budak sekolah. Ha...dah terang dah, pak menteri pun dah jelaskan sejelasnya. Harap takdelah lagi salah faham  atau yang tak faham-faham. Lepas ni nak kena pergi beli baju sekolah untuk Dzakwan la pulak. Mujur di negeri PKPB, boleh bergerak lagi.  Memang tak beli apapun lagi untuk amira dan dzakwan.  Since kak amira bersekolah di negeri PKP, tak kalut sangat tapi berharap agar dapat pulang ke asrama dan belajar cara bersemuka juga sebab pelajaran tingkatan 4, akak tak boleh nak bantu. Lupa dah lama. Harap abang dan kakak boleh tunjuk ajar sementara masih kelas online di rumh.

Pandemik Segeralah Berakhir

Memang mahu atau tidak, kita kena terima cara hidup sekarang.  Awal dulu ingatkan dah berakhir tapi rasanya lambat lagi.  Kena kuat semangat adjust perjalanan harian dengan norma baru.  Hidup seharian kena patuhi SOP. Patuhilah garis panduan yang telah ditetapkan. Stay safe semula!




You Might Also Like


1 comments

Like us on Facebook

Followers