Resipi Daging Masak Black Pepper
Resipi Daging Masak Black Pepper. Dah lama tak buat sharing resipi kat sini. Bukan tak masak, hari-hari masak. Ada lauk yang sama, ada lauk yang simple sangat dan ada yang akak buat pengubahsuaian pada resipi asal. Dah musim PKP kenalah cuba tukar-tukar selera. Di fb dok lalu lalang pasal kisah daging harimau menangis. Teringin pulak nak masak daging tapi pastikan cuba dapatkan daging tempatan yang fresh. Kali ni nak cuba resipi Daging Masak Black Pepper Che Nom. Menyelerakan dan sedap!
Bahan-bahan untuk perapan:
½ kilo daging
5 ulas bawang putih - tumbuk halus
4 biji bawang merah - tumbuk halus
2 inci halia - tumbuk halus
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
sedikit serbuk lada hitam
5 ulas bawang putih - tumbuk halus
4 biji bawang merah - tumbuk halus
2 inci halia - tumbuk halus
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
sedikit serbuk lada hitam
Bahan-bahan lain:
2 sudu besar sos black pepper (resepi asal guna 2 sudu kecil serbuk black pepper)
Kicap secukupnya
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit air
2 biji ubi kentang, digoreng
sedikit capsicum hijau
2 biji cili merah
Kicap secukupnya
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit air
2 biji ubi kentang, digoreng
sedikit capsicum hijau
2 biji cili merah
Tomato (akak tambah)
1 biji bawang besar - potong baji (akak tambah)
Cara Penyediaan:
Hiris nipis daging ikut arah lawan urat supaya tak liat. Hiris kasar bawang putih, bawang merah, dan halia. Tumbuk halus semua bahan dan gaulkan bersama hirisan daging. Masukkan 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar kicap manis dan sos black pepper. Perap selama minimum 1/2 jam. Lagi lama lagi sedap. Ambil sedikit cili padi, anggaran 4-5 biji, buang tangkai dan belah tengahnya.
Panaskan minyak. Kupas 2 biji ubi kentang. Hiris dalam bentuk wedges dan gaul kentang dengan sedikit garam . Goreng sehingga keperangan di luar dan lembut di dalam. Angkat dan ketepikan.
Dalam minyak yang sama, masukkan daging yang di perap tadi. Api kecil aje. Kacau perlahan sehingga daging kering dan terpisah dengan minyak. Tuang sedikit lagi kicap. Tambah sedikit air dan renehkan daging. Kalau kuah dah kering, tapi daging masih lagi liat, tambah sedikit lagi air dan teruskan reneh sampai daging jadi lembut. Bila daging dah lembut, bancuh tepung jagung dan air. Tuang bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Kacau-kacau sikit kuah supaya sekata.
Masukkan kentang yang dah digoreng tadi. Masukkan capsicum merah dan hijau serta tomato dan bawang besar. Masukkan pula cili api. Kacau sebati sehingga capsicum lembut sedikit.
*sumber asal resepi dan cara memasak daripada Che Nom - terima kasih yer, resepi yang mudah difahami.
Dah siap. Makan lauk ni sahaja dengan nasi panas pun dah cukup mengenyangkan. Musim PKP ni satu hari satu menu sahaja. Hmm....nak kena google resipi lain pulak. Esok luas dah cuti hujung minggu, banyak urusan restok barang rumah dan persiapan anak kembali ke sekolah. Kedah sekolah macam biasa so kenalah lebih berhati-hati .
Stay safe korang semua!
7 Comments
Nyum. Menyelerakan. Suka makan daging lada hitam ni.
ReplyDeleteNampak sedap kejadiannya
ReplyDeleteDaging tu favorite sy..sy xkisah masak ape pun..janji berkisarkan daging yg masak...hehe..
ReplyDeleteBetul tu aku pun suka juga daging masak sos lada hitam sungguh sedap & sungguh menyelerakan
ReplyDeleteMakananan kegemaran suami saya... tapi saya tak letak kentang
ReplyDeleteyummy! my febret! 😋😋😋
ReplyDeleteSedapnya daging masak blackpepper. Hiris nipis pulak tu. lagilah sedap dimakan :)
ReplyDelete