Jaga Adab Bila Berhutang.  Siapa saja yang suka berhutang kan.  Kalau boleh memang tak mahu libatkan diri dengan hutang. Tapi kadangkala keperluan hidup menjadi alasan kuat untuk kita berhutang.  Berhutang tu tak salah tapi pastikan dibayar.  Jaga adab bila berhutang supaya sekiranya kita meninggal dunia,  keluarga yang tinggal tidak terbeban dengan hutang kita yang belum selesai .

Belek-belek media social selepas habis waktu kerja, terjumpa perkongsian rakan-rakan tentang adab berhutang.  Menarik untuk dikongsi bersama sebagai ingatan pada semua.

adab hutang, nasib berhutang, cara lunas hutang, selesaikan hutang
credit photo to google


Jaga Adab Bila Berhutang⁣

1. Jangan pernah tidak mencatat hutang piutang. “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kalian menuliskannya..” (QS Al Baqarah 282)⁣. Jadikan amalan walau sedikit sekali pun jumlah pinjaman. Bila dicatat pastikan juga pasangan dan anak-anak tahu di mana catatan disimpan.  Sentiasa update dan pastikan maklumat adalah yang terkini.⁣

2. Jangan pernah berniat tidak melunasi hutang. “Siapa saja yang berhutang, sedang ia berniat tidak melunasi hutangnya, maka ia akan bertemu Allah sebagai seorang PENCURI..” (HR. Ibnu Majah, hasan shohih). “Siapa yang berhutang dan berniat tidak membayarnya, maka Allah akan membinasakannya.” (HR. Bukhari)⁣⁣

3. Punya rasa takut jika tidak bayar hutang, jangan sampai tidak diampuni dan tidak masuk syurga. “Semua dosa orang yang mati syahid diampuni KECUALI hutang.” (HR.Muslim)⁣.  ⁣

4. Jangan merasa tenang kalau masih punya hutang. “Barangsiapa mati dan masih berhutang satu dinar atau dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan (diambil) amal kebaikannya, kerana disana (akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah, Shohih)⁣

5. Jangan pernah menunda-nunda membayar hutang. “Menunda-nunda (bayar hutang) bagi orang yang mampu (bayar) adalah ke-Zholiman..”⁣(HR. Bukhari dan Muslim)⁣⁣

6. Jangan pernah menunggu ditagih dulu baru membayar hutang. “Sebaik-baik orang adalah yang paling baik dalam pembayaran hutang..” (HR Bukhari dan Abu Daud)⁣⁣

7. Jangan pernah mempersulit dan banyak alasan dalam pembayaran hutang. “Allah ‘Azza wa jalla akan memasukkan ke dalam syurga orang yang mudah ketika membeli, menjual, dan melunasi hutang..” (HR. Ahmad, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah)⁣⁣

8. Jangan pernah meremehkan hutang walaupun sedikit. “Roh seorang mukmin itu tergantung kepada hutangnya hingga hutangnya dibayarkan..”⁣(HR. Ahmad, at-Tirmidzi)⁣⁣

9. Jangan pernah berbohong kepada pihak yang menghutangi. “Sesungguhnya, apabila seseorang berhutang, maka bila berbicara ia akan dusta dan bila berjanji ia akan ingkari..” (HR. Bukhari dan Muslim)⁣

Terima kasih pada yang berkongsi adab berhutang ini.  Akak pun dalam proses melangsaikan satu persatu hutang yang ada.  Selagi tak selesai, asyik teringat sahaja.  Tambahan musim covid ni, pendapatan yang ada memang sangat-sangat kena berjimat. Berbelanja bagi perkara yang betul-betul keperluan.  Setiap kali nak beli barang, selalu tanya diri adakah ianya satu keperluan atau sekadar kehendak. 

Harap bermanfaat.

4 Comments

  1. Saya pun lega apabila hutang MARA saya sudah habis bayar. Macam hendak lompat bintang.
    Ngeri apabila baca diambil pahala orang yang berhutang.

    ReplyDelete
  2. Ramai orang suka meminjam (berhutang)
    Pastu liat nak bayar.

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang bagus. Banyak orang ambil mudah pasal hutang

    ReplyDelete
  4. Orang yang berhutang ni minum air ada semut. Sebab tu lupa hutang orang. hehehe

    ReplyDelete