Jadikan Gaya hidup Aktif Anak Anda Lebih Ceria Dengan Snek Lazat Fernleaf Yogurt CalciYum dan Susu Kultur Fernleaf CalciYum.  Mempunyai anak-anak yang sedang membesar memerlukan perhatian lebih daripada ibubapa supaya tumbesaran anak-anak seimbang dengan bekalan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.  Dari kecil anak-anak memang dah biasa diberi susu dan seharusnya pengambilan susu ini perlu diteruskan sehingga dewasa.  Antara yang saya suka sarankan  adalah pengambilan susu kultur.  Sudah tentu pilihan anak saya ialah susu kultur Fernleaf CalciYum.  Anak saya sangat menggemari  susu kultur Fernleaf CalciYum ini.  Selain daripada ianya datang dalam pelbagai perisa, ianya juga penuh dengan nutrien yang boleh menyokong kesihatan anak dari luar dan dalam.  Malah susu ini juga selalu menjadi sarapan pagi untuk anak saya.

Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur Pilihan Anak-anak

kebaikan susu, susu kultur, yogurt sedap, susu fernleaf baik untuk anak

Fernleaf CalciYum membekalkan 3 nutrisi utama yang diperlukan anak-anak untuk kekal bertenaga dan ceria:

1- Probio DR20 iaitu bahan probiotik yang dipatenkan oleh Fernleaf yang diketahui menyokong 

        system pencernaan yang sihat dan menjaga daya tahan badan yang kuat

2- Kalsium dan Vitamin D untuk tulang  yang kuat

3- Bakteria baik untuk fungsi usus yang baik


Terokai Keunikan A-Force dalam Minuman Susu Kultur Fernleaf CalciYum

Anak-anak yang cergas sentiasa cuba untuk menerokai dunia mereka.  Tak kira di mana mereka berada, anak-anak perlukan tubuh yang sihat luar dan dalam.  Tambahan lagi dalam suasana pendamik yang sedang melanda dunia sekarang ini. A-Force dengan vitamin D dan DR20 probio membantu anak-anak dalam aktiviti seharian .

kebaikan susu, susu kultur, yogurt sedap, susu fernleaf baik untuk ana

Fernleaf CalciYum jugan mengandungi kalsium dan vitamin D yang tinggi untuk menyokong pertumbuhan tulang-tulang kuat.  Dengan adanya Probio DR20, persekitaran usus yang baik penting untuk penyerapan nutrien.

Anak yang sihat dan cergas pastinya mempunyai minda yang aktif.  Minuman susu kultur Fernleaf CalciYum yang enak ini membekalkan nutrien-nutrien utama untuk menyokong keperluan harian anak-anak.  

Variasi Minuman Susu Kultur Fernleaf CalciYum

Susu Kultur Fernleaf CalciYum didatangkan dalam pek 110ml dengan perisa asli, epal, anggur, oren dan pelbagai.  Bukan sahaja anak-anak suka dengan susu ini, seisi keluarga juga tidak lepaskan peluang untuk minum.  Stok kena sentiasa ada dalam peti sejuk. 

kebaikan susu, susu kultur, yogurt sedap, susu fernleaf baik untuk ana


Minuman Susu Kultur Asli 
- Antara perisa yang akan habis dahulu.  Asli tak semestinya bosan kan ! Dengan Vitamin D dan DR20 probio minuman susu biasa ini membantu menyokong pertahanan dalaman badan.

Minuman Susu Kultur Epal – Masam-masam dan kesegaran rasa epal menambah rasa sedap minuman ini.  Dipadankan dengan nutrient khas bagi menjaga pertahanan dalaman anak-anak agar minda aktif meneroka.

Minuman Susu Kultur Oren – Manjakan lidah anda dengan rasa limau yang menarik dengan minuman susu kultut dalam perisa oren Fernleaf CalciYum.  Selain daripada keenakkannya, ia mengandungi nutrient-nutrien untuk membantu pertahanan dalaman agar anak-anak dapat terus bermain dan meneroka.

Minuman Susu Kultur Anggur – Ini antara perisa yang saya sendiri gemari. Rasa anggur manis dan halus disertai dengan nutrient-nutrien untuk pertahanan badan, yang pastinya tak cukup satu.


kebaikan susu, susu kultur, yogurt sedap, susu fernleaf baik untuk ana


Fernleaf CalciYum Yogurt Menyokong Perkembangan Tulang Yang Kuat Dan Sihat Serta Baik Untuk Penghadaman

Selain daripada minuman susu kultur Fernleaf CalciYum, saya juga gemar membekalkan Fernleaf CalciYum Yogurt pada anak-anak.  Kemestian masuk dalam list barangan perlu beli setiap minggu.  Snek yang penuh dengan rasa yang lazat, memang disukai oleh anak-anak di rumah.  Yogurt berkrim ini mengandungi empat nutrient utama termasuk 2x kalsium untuk menyokong perkembangan tulang yang kuat dan sihat.  Ianya juga baik untuk penghadaman. Penjagaan kesihatan tulang dari kecil lagi perlu ditekankan dan mempunyai system penghadaman yang baik akan menjadikan anak-anak sihat dan cergas.

kebaikan susu, susu kultur, yogurt sedap, susu fernleaf baik untuk ana


Kebaikan Nutrisi Fernleaf Yogurt CalciYum

2x kalsium – untuk gigi dan tulang yang kuat

Kultur hidup – untuk menyokong system pencernaan yang baik

Sama seperti susu kultur Fernleaf CalciYum, Fernleaf CalciYum Yogurt juga membantu anak-anak terutamanya meneroka keunikan A-Force. Dengan A-Force, bersediakan untuk melakukan yang terbaik.  Kini dengan Phocuslipids, ramuan tenusu lipid Fernleaf yang unik, kuasa A-Force sudah bersedia untuk menyerlahkan potensi diri anak-anak.

Yogurt Fernleaf CalciYum tinggi dengan kalsium dan Vitamin D serta mengandungi zink untuk menyokong pertumbuhan tulang-tulang kuat.  Bekalan nutrien-nutrien ini membantu anak-anak kekal cergas, minda yang aktif dan sihat.


Variasi Yogurt Fernleaf CalciYum Lazat Berkrim

Yogurt ini boleh didapati dalam pek 4x60g dengan 4 perisa yang enak. Dua perisa dalam satu pek.

Yogurt Chocoberry – selain daripada rasanya yang hebat, yogurt berkrim ini mempunyai empat nutrient-nutrien utama yang membantu menyokong pertumbuhan tulang yang kuat.

Yogurt Strawberry Anggur – Nikmati dua perisa strawberry dan anggur dalam satu pek yang dipenuhi dengan empat nutrient penting yang menyokong pertumbuhan 

Yogurt Strawberry Mangga - dapatkan rasa masam manis buah-buahan tropika yang lazat. Pastinya dipenuhi dengan empat nutrien utama yang baik untuk pertumbuhan sihat tulang dan otot.

Yogurt Vanilla Anggur - kaya dengan rasa krim perisa buah. Combo pek vanilla dan anggur ni juga mengandungi 4 nutrien utama untuk kesihatan tulang dan sistem penghadaman baik.

kebaikan susu, susu kultur, yogurt sedap, susu fernleaf baik untuk ana

kebaikan susu, susu kultur, yogurt sedap, susu fernleaf baik untuk ana
Kandungan nutrisi dalan setia pek 60g Fernleaf Yogurt CalciYum (sumber https://www.calciyum.com.my )

Jadikan Susu Kultur dan Yogurt CalciYum Pilihan Anak-anak Aktif

Susu kultur Fernleaf dan Yogurt CalciYum mempunyai logo ‘Healthier Choice’ dari Kementerian Kesihatan Malaysia kerana kandungan gulanya rendah dan sangat sesuai untuk dipertimbangan sebagai pilihan rutin anak-anak.

kebaikan susu, susu kultur, yogurt sedap, susu fernleaf baik untuk ana

Setiap pembelian pek susu kultur Fernleaf CalciYum disertakan dengan mainan kereta lumba Boboiboy secara percuma selagi tawaran masih ada.  Anak saya memang suka mainan menguji minda bila mana beliau perlu mencantum potongan mainan menjadi sebuah kereta. Menarik dan anak-anak pasti gembira!

kebaikan susu, susu kultur, yogurt sedap, susu fernleaf baik untuk ana

kebaikan susu, susu kultur, yogurt sedap, susu fernleaf baik untuk ana


Roti Fernleaf Yogurt CalciYum - Resipi Untuk Anda

Dek kerana stok yogurt CalciYum yang tak pernah putus di rumah, saya gunakan juga dalam resipi membuat roti yang mudah dan sedap.  Resipi ini saya dapat daripada perkongsian kawan-kawan dan saya tambahkan penggunaan yogurt CalciYum vanilla sebagai bahan tambahan untuk menjadikan roti lebih gebu dan lembut.

Resipi dan cara buat boleh baca di Resipi Roti

Saya sarankan pada ibu-ibu untuk mencuba kedua-dua produk ini.  Bukan sahaja untuk anak-anak kecil, malah kita yang dewasa juga boleh jadikan rutin harian minum susu kultur dan yogurt CalciYum untuk menjaga kesihatan tulang dan sistem penghadaman yang baik.

CalciYum pilihan kami sekeluarga !


1 Comments

  1. Saya orang tua pun minum juga.
    Memang kanak-kanak suka.

    ReplyDelete