Mudahnya Buat Roti Dengan Resipi Sukatan Cawan.  Dah lama tinggalkan minat meroti ni.  A few years back masa tengah viral roti sarang lebah, memang bersungguh juga belajar cara yang betul dan mudah untuk meroti.  Memandangkan akak tidak mempunyai breadmaker so kenalah menguli dengan tangan saja.  Masuk group belajar meroti secara online untuk dapatkan lebih info dan sharing resipi daripada mereka yang berpengalaman.  Menggunakan kembali resipi sebelum ni dengan penambahan serba sedikit melalui perkongsian group buat roti makan terhasillah roti cara akak.  Mudah tau buat roti guna resipi ini.

Resipi Roti Sukatan Cawan

2 cawan tepung roti - boleh juga guna tepung gandum 
1/2 sudu teh yis
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
1/4 cawan plain yoghurt - pastikan berada pada suhu bilik
1/4 cawan minyak 
1/2 cawan air suam

Mula sekali larutkan yis dan gula pasir dalam air suam.  Biarkan ianya berbuih. Dalam mangkuk besar, campurkan garam, tepung dan baking powder.  Gaul rata. Kemudian masukkan campuran yis tadi ke dalam tepung dan gaul dengan sudu.  Kemudian mulalah menguli tepung sambil selang seli masukkan minyak.  Kalau korang guna breadmaker, masukkan saja semua bahan dalam bm, pilih doh dan biarkan bm menguli untuk korang.  Akak uli sendiri ja, boleh sado tangan dibuatnya.  Uli lebih kurang 30 minit dahulu.  Cara menguli seperti orang sedang menyental baju.  

Selepas puashati, biarkan doh rehat sebentar.  Kalau cuaca panas, doh akan cepat mengembang.  Biasanya akak akan tutup doh dengan pembalut plastik dan masukkan   tempat bertutup.  Biarkan doh naik sekali ganda.  Selepas tu, tumbuk-tumbuk doh yang dah mengembang tadi untuk keluarkan anginnya.  Uli sebentar lagi. Masa ini bolehlah korang bahagi-bahagikan doh mengikut bentuk roti yang korang nak hasilkan. Selesai bahagi-bahagi doh, korang biarkan doh mengembang sebentar sebelum bakar.

Korang pastikan juga oven dah dipanaskan pada suhu 180C.  Bolehlah bakar selama 15 - 20 minit bergantung kepada oven masing-masing.  Akak bakar 10 minit api atas bawah, 5 minit api bawah sahaja. Masa membakar penggunaan api,  korang boleh tentukan sendiri.


resipi roti gebu, resepi roti sukatan cawan, roti sedap, roti lembut

Doh selepas ulian pertama.  Bulatkan elok-elok dan tutup. Biarkan doh kembang.

resipi roti gebu, resepi roti sukatan cawan, roti sedap, roti lembut

Akak buat roti sarang lebah.  Roti manis pun boleh juga. Taburkan potongan badam dan biji kuaci yang telah disangai terlebih dahulu.  Korang boleh juga sapukan telur atau bancuhan susu di permukaan atas doh dan taburkan cheese serta gula.  Cara lain, boleh juga letakkan potongan butter di atas permukaan doh dan butter akan mencair semasa dibakar.  Angkat dan taburkan gula halus.


resipi roti gebu, resepi roti sukatan cawan, roti sedap, roti lembut

Hasil selepas dibakar.  Bahagian atas tu akak sapukan butter cair.

resipi roti gebu, resepi roti sukatan cawan, roti sedap, roti lembut

Ini pula doh yang akak masukkan inti serunding di bahagian dalam.  Macam-macam boleh buat - boleh letakkan inti kacang merah, sekaya, campuran butter dan gula, tuna atau apa saja yang korang nak cuba eksperimen.  Sedap !!

resipi roti gebu, resepi roti sukatan cawan, roti sedap, roti lembut

Bun berinti tuna. Bahagian atas akak letakkan kepingan cheese.

resipi roti gebu, resepi roti sukatan cawan, roti sedap, roti lembut

Bun inti tuna.  Makan satu dah kenyang.

resipi roti gebu, resepi roti sukatan cawan, roti sedap, roti lembut

Roti kosong saja. Tengok bahagian dalammnya, lembut.  Boleh cicah dengan air kopi. 

Cubalah korang buat sendiri roti ni.  Sukatan resipi ni hasilkan 8 bun kecil. Kalau korang nak buat lebih, korang gandakan sukatan.  Lagi lama korang uli, doh akan jadi lebih elastik.  Permukaan yang licin menunjukkan roti yang jadi nanti mesti cantik dan lembut.  Akak bukanlah mahir sangat, berkongsi sekadar untuk hidangan keluarga. Sesekali kita rasa hasil buatan sendiri pula. 

Tengah cari resipi mudah untuk hasilkan roti coklat pula. Kalau korang ada, jomlah berkongsi !



2 Comments

  1. dah lama tak meroti ni AZi, thanks for sharing nanti nak try resepi azi ni :)

    ReplyDelete
  2. Kalau ada oven senanglah nak bakar roti. Dah boleh buat bisnes roti

    ReplyDelete