Episod Akhir Perempuan Tanpa Dosa

Monday, November 23, 2020

Episod Akhir Perempuan Tanpa Dosa.  Siapa tengok drama ni? Akak follow jugak la tapi biasanya buat marathon hujung minggu. Dah nak sampai penghujung dah cerita ni.  Akak suka lagu-lagu yang ada dalam drama ni.  Nak kata cerita menarik sangat tak juga, bolehlah layan sambil berehat. 

episod akhir drama, perempuan dan dosa episod drama


Sinopsis Perempuan Tanpa Dosa

Demi maruah, Datuk Majid terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily dengan Rizal dan Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya. Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya. Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan. Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah. Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu merima pinangan Rahman. Tika ketiadaan Lily, Rizal benar-benar merasa kehilangan dan kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya. Berjayakah Rizal?

Drama adaptasi dari novel Perempuan Tanpa Dosa  karja Fatinilam Sari Ahmad, disiarkan dalam slot MegaDrama Astro Ria Isnin sampai Khamis jam 10 malam.  Gandingan lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Pelakon lain pun bagus juga lakonan mereka.

OST Perempuan Tanpa Dosa - Sembah (Naim Daniel)

Antara lagu menarik dalam drama ni.


Luka kerna dusta yang kau berikan
Cinta yang 'dah tak lagi seindah kisah kita
Luka kerna dusta yang kau sembahkan
Aku kini jatuh dalam kehampaan
Mengapa 'ku setia pada kasih tak 'ku punya?
Tak 'ku punya
Kata-kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga?
Kata-kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga?
Luka kerna dusta yang kau berikan
Cinta yang 'dah tak lagi seindah kisah kita
Mengapa 'ku setia pada kasih tak 'ku punya?
Tak 'ku punya
Kata-kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga?
Kata-kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau…

Jangan lupa tau episod akhir drama ni nanti.  Tak dapat tengok masa tayangan, boleh tengok guna Astro On The Go macam akak.  Jom tengok sedikit trailer untuk episod last ni.  Tak sabar nak tunggu kesudahan drama ni.



You Might Also Like


2 comments

  1. panjang sangat drama ni sampai dah malas nak tengok.. ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. saya jarang tngk citer melayu.. tapi kalau ada kamal adli tu exceptional sikit. yg ni nanti baru nak marathon cr masa sesuai sikit..

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Followers