Cara Mudah Hilangkan Lapar Musim PKPB.  Apa khabar korang semua? Baru nak update kat sini.  Kesian kawan-kawan yang singgah tapi takde update baru. Ada cerita tapi tak berkesempatan nak menulis.  Bila bekerja dari rumah, habis waktu kerja pejabat memang dah letih otak tak larat nak perah lagi.  Hari ni akak cuba juga menulis sebagai penghilang rindu korang ..hahaha..

Bila pak menteri umumkan PKPB di kebanyakan negeri akan dilaksanakan...huhu macam-macam terlintas di kepala. Memanglah dah nampak trend kes baru C19 yang makin meningkat. Pada masa yang sama persediaan untuk menjalani PKPB.  Tarik nafas, bertenang, uruskan satu persatu.  Mula sekali uruskan bawa balik anak yang di asrama . Lepas dapat guideline tatacara membawa pulang anak, kita follow saja.  Bila anak-anak semua dah ada kat rumah, baru boleh uruskan yang lain.

Akak sendiri dah memang daripada Mac dah bekerja dari rumah. Selepas tamat PKP tempohari adalah beberapa kali sempat ke pejabat untuk tugasan secara bergilir.  Masa kes C19 di Kedah meningkat, syarikat minta semua yang tinggal di Kedah, bekerja dari rumah saja.  Lepas tu sambung pulak sampai sekarang ni.  Memang kena fully recharge hari-hari persediaan mental dan fizikal bila bekerja dari rumah dengan anak-anak yang ada kelas online.

Bila dah semua ada di rumah, perkataan lapar, boring, nak makan apa...memang kerap sangat disebut dek anak-anak ni.  Atas meja memang kena sentiasa ada makanan, tak kiralah walaupun hanya bungkusan biskut kering, asalkan ada yang nak dikunyah.  Mak pun kena kreatif lah buat apa yang mudah untuk isi rumah.  Memandangkan pelbagai perkara nak kena buat biasanya akak akan cari cara paling mudah nak hilangkan lapar anak-anak kat rumah.


Cara Mudah Hilangkan Lapar Musim PKPB

Pertama sekali, stok makanan kering seperti biskut, cereal, roti kena ada.  Tak perlu biskut mahal-mahal, biskut kering, biskut empatsegi pun boleh. Cereal seperti nestum 3 in 1, oat, yang memang tersedia dalam pack serta roti kosong memang sentiasa kena letak atas meja makan.  Inilah makanan yang budak-budak ni cari sebelum mula kelas. Akak pun sama juga, masak air, alas dulu perut dengan semug nestum atau oat. Lepas tu check in kerja dulu, clearkan tugasan awal pagi.

Buah-buahan juga menjadi keperluan masa-masa begini.  Pisang, epal, betik, apa sahaja yang boleh dibeli.  Habuan buat snacking kalau lapar.  Hari kerja memang kadang-kadang lambat makan tengahari.  Kalau sempat awal pagi akak masak sarapan berat sikit, tengahari makan apa yang ada, lewat petang baru masuk dapur semula.

Selain daripada itu, akak selalu sediakan stok instant wrap dalam peti sejuk.  Roti canai segera pun boleh. Wrap yang akak suka jenama Mission.  Bila ada stok wrap, macam-macam boleh buat. Panaskan sebentara kedua-dua belah permukaan wrap dan letak isi yang korang suka. Isinya boleh saja letak telur, isi ayam, sosej, potongan burger ataupun sayuran seperti karot, tomato, salad. Susun dan letak mayonis dan sos. Gulung elok-elok dan tersedia untuk dimakan.


menu mudah, hilangkan lapar, menu diet
Berisikan potong sosej cheese bersama salad, tomato serta mayonis dan sos.  Sedap tau !!

menu mudah, hilangkan lapar, menu diet
Sekeping wrap yang dah berisi, potong dua. Dapatlah banyak sikit dan ramai boleh makan.

Hasil wrap simple yang akak sediakan untuk anak-anak. Dapat satu boleh kenyang dibuatnya. Mudahkan !






8 Comments

  1. Betul itu teringat anak-anak buah balik kena ada makanan atas meja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye..bila semua ada kat rumah, memang cepat sangat rasa lapar.

      Delete
  2. Rajinnya akak! Sy x smpt masak, kadang buka Grab food, x pun Food panda

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena masak rajin atau pun tidak, ramai kat rumah kalau order memang parah poket tapi sesekali tu order juga....

      Delete