5 Resipi Berasaskan Telur Yang Mudah, Digemari Dan Menyelerakan

Thursday, November 19, 2020

 5 Resepi Berasaskan Telur Yang Mudah, Digemari dan Menyelerakan.  Siapa yang tak suka makan telur kan? Berasaskan telur, macam-macam menu boleh disediakan. Kat rumah akak ni, telur memang antara bahan wajib ada, tak boleh putus.  Sebulan boleh sampai dua tiga papan kena beli.  Lauk lain tak ada pun tak apa asalkan telur ada...haa...gitu.... Jom akak kongsikan 5 resepi berasaskan telur yang mudah disediakan, digemari terutama dalam kelurga akak sendiri serta yang paling penting menyelerakan.

5 Resepi Berasaskan Telur Mudah, Digemari dan Menyelerakan

Sambal Telur Pecah Dalam

Haha tajukpun. Akak selalu guna tajuk ni kalau buat sambal telur pecah. Resepipun mudah. Boleh makan dengan nasi, roti, lempeng ataupun jemput-jemput.

Bahan-bahannya:

3 biji telur
4 sudu makan cili kisar , kisar dengan bawang merah dan putih
3 sudu makan cili sos
1 sudu makan gula merah
2 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
*gula boleh kurang ikut citarasa

Tumis cili kering hingga masak.  Masukkan cili sos. Masukkan gula dan garam.  Lepas tu korang pecahkan telur sebiji-sebiji.  Biar sekejap dan balik-balikkan. Kalau nak lebih hancur, korang terus kaup balik sejurus lepas pecahkan telur dalam sambal.  Puashati dengan rasanya, dah boleh hidangkan.

Telur Rebus Air Asam

Ni menu yang paling akak suka bila malas nak masak atau bila tinggal sorang kat rumah.  Paling mudah nak buat.  Bila dah mula makan, rasa tak mau berhenti.

resepi telur, resepi masakan telur rebus, resepi mudah, ringkas



Bahan- bahan - telur rebus, air asam jawa, bawang, cili padi, tomato, belacan, gula, garam. Bahan-bahan ni untuk buat air asamnya kecuali telur rebus. Telur rebus tu masukkan kemudian bila air asam dah siap.  Aduh, kecur liur sambil menaip ni. Teringat-ingat bila dapat makan dengan nasi panas.

Telur Goreng Kicap Pedas

4 biji telur
Sebiji bawang besar potong bulat, goreng sebentar bagi layu
7 biji cili padi hiris
Setengah biji tomato potong dadu
Kicap 
4 biji limau kasturi belah dua
Minyak untuk menggoreng

Goreng telur mata. Angkat, tos minyak dan letak siap-siap dalam pinggan.  Campurkan bawang cili padi, tomato dan kicap dalam bekas lain.  Perahkan limau kasturi. Rasa dulu kalau masam, kurangkan perahan limau, kalau tak pedas tambahlah lagi hirisan cili.  Kemudian curahkan saja atas telur mata tadi. Senangkan...kalau untuk anak-anak, tak perlulah letak cili banyak. 

Dah siap dan sedia untuk dimakan dengan nasi panas-panas.


Sambal Telur Rebus Goreng

Bahan-bahannya:

3 biji telur - rebus 
4 sudu makan cili kisar 
 1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih dikisar bawang merah dan putih
2 sudu makan cili sos
1 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula pasir
Sedikit air asam 
garam secukup rasa
*gula boleh kurang ikut citarasa

resepi telur, resepi masakan telur rebus, resepi mudah, ringkas



Mula-mula goreng telur rebus sampai nampak berkulit. Kemudian tumis cili kering hingga masak.  Masukkan cili sos. Masukkan gula dan garam. Jangan lupa air asam.    Puashati dengan rasa sambalnya, bolehlah masukkan telur rebus yang telah digoreng tadi, gaul rata.  Biarkan sebentar bagi sambal dan tlur mesra rasa.  Siap dan dah boleh hidangkan.

Telur Bungkus Homemade

Bahan Inti
Isi ayamg dipotong kecil
2 ulas bawang putih dicincang
1/2 biji bawang besar potong dadu
1/4 lobak merah potong dadu
1/2 biji tomato potong dadu
Sedikit cili merah
Kobis bunga - potong kecil-kecil (tak masuk pun tak apa)

Bahan lain:
2 biji telur
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos thia
1 sudu makan sos tiram
Sedikit gula dan garam (ikut rasa)
Sedikit air
Minyak secukupnya

Panaskan minyak dan tumis bawang putih.  Masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan sos cili, sos thia, sos tiram dan kacau sebati. Tambah sedikit air, garam dan gula.  Masukkan lobak merah, kobis bunga dan bawang besar.  Biarkan masa 1-2 minit.  Tambahkan tomato dan cili, kacau rata.  Dah siap.

Cara penyediaan kulit telurnya pula.  Pecahkan terlur, tambah sedikit garam dan pukul sebati.  Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Ratakan minyak keliling kuali. Masukkan telur yang telah dipukul tadi.  Lenggang dalam kuali supaya kulit telur sekata dan nipis.  Masukkan inti yang telah dimasak tadi, lipat kemas dan terbalikkan ke dalam pinggan.  Sedia untuk dihidang.  

Cukup 5 resepi berasaskan telur yang selalu akak masak untuk keluarga.  Selain daripada mudah untuk disediakan, jarang sekali anak-anak menolak lauk begini.  Kalau korang kebuntuan idea untuk menu malam ni, apa kata cuba resipi yang akak kongsikan ini.

Selamat mencuba !!


You Might Also Like


2 comments

  1. Telur goreng kicap memang selalu saya buat. Memang bertambah nasi.

    ReplyDelete
  2. Wak suka telur rebus goreng sambal tu.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Followers