Slot Akasia Ryan Aralyn Semakin Menarik.  Jarang sangat nak share pasal drama-drama ni kecuali yang akak rasa menarik dan ada nilai. Sekarang ni tengah nonton slot akasia Ryan Aralyn di TV3.  Oleh kerana tayangan jam 7 malam, akak simpan-simpan 2,3 episod sekali buat marathon.  Gandingan pelakon mantap jugaklah.  Suka dengan lakonan Kak Engku.  Macam sesuai sangat lah dengan beliau.  Minggu ni dah semakin menarik jalan ceritanya.

akasia tv3, drama bersiri, zul ariffin, kak engku

Sinopsis Ryan Aralyn

Mengisahkan Ryan memegang tanggungjawab untuk menjaga neneknya yang sakit dan juga anaknya Amir. Ryan gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Isterinya, Hanis pula tidak pernah menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan selalu keluar malam untuk berhibur.

Aralyn dibesarkan dalam keluarga yang serba mencukupi dan merancang untuk berkahwin dengan Zarul. Puan Nora tidak sedap hati dengan sikap Zarul dan meminta Aralyn mengenali hati budi Zarul telebih dahulu.

Satu hari, Aralyn dan Ryan bertembung dalam kemalangan jalan raya yang telah menyebabkan Ryan kehilangan anaknya dan Aralyn pula menjadi lumpuh. Selepas insiden tersebut, hidup Ryan terus diuji apabila Hanis minta untuk bercerai dan neneknya meninggal dunia.

Ryan masih dihantui rasa bersalah kepada Aralyn kerana kemalangan tersebut Aralyn telah lumpuh. Ryan pergi ke Kuala Lumpur mencari Aralyn untuk meminta maaf tetapi dirinya tidak kuat untuk berhadapan dengan Aralyn yang kemurungan dengan keadaan dia yang tidak mampu berjalan. Zarul pula tidak dapat menerima keadaan Aralyn lalu terus memutuskan hubungan mereka. 

Tanpa disangka kehadirannya ke rumah besar menghantar barang yang dikirim oleh Kak Ruby bertukar kepada dia ditemuduga untuk menjadi ‘pembantu peribadi' Aralyn. Semuanya itu dirancang oleh Kak Ruby supaya Ryan dapat mendekati Aralyn. Sejak itu, Aralyn semakin bersemangat dengan kehadiran Ryan dan kak Ruby. Ryan dan Aralyn semakin rapat dan bibit-bibit percintaan mula terasa bila masing-masing meluahkan perasaan. Mereka akhirnya selamat diijabkabulkan. Kehidupan perkahwinan mereka sangat bahagia. Bagaimanapun, Ryan masih merahsiakan kebenaran mengenai kemalangan lalu dari pengetahuan Aralyn.

Kemunculan Hanis dan Aliff membuatkan Ryan tidak senang. Hanis dan Aliff menyamar sebagai tukang urut professional untuk mendekati Aralyn. Alif dan Hanis mengugut Ryan untuk beritahu hal sebenar pada Aralyn jika tidak memberikan mereka duit. Ryan juga rimas dengan Zarul yang mahu merosakkan hubungan dia dan Aralyn.  


Waktu Siaran dan Pelakon Utama Ryan Aralyn

Pelakon siri ni mantap-mantap jugaklah walaupun ada antaranya jarang nampak ataupun muka baru. Boleh dikatakan hampir semua bawa watak dengan baik.

JUDUL : RYAN ARALYN

EPISOD : 28

TARIKH TAYANGAN : 25 September 2020

WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam

SIARAN TV : Slot Akasia TV3

PELAKON : Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Fify Azmi, Shah Iskandar, Sharifah Husna, Kodi Rasheed, Raja Azura, Arash Mohd, Aishah Atan , Ummar Dzariff, Nabil Aqil


OST DRAMA RYAN ARALYN | Sarah Suhairi & Aepul Roza Lirik Entah Apa 



Berikan aku waktu
Untuk aku ceritakan
Apa rasanya hati ini
Kau tinggalkan perlahan

Berikan aku raung
untuk aku meluahkan
rasa yang mendalam

Rasa yang takkan pernah
kau faham

Entah apa lagi harus ku cuba
untuk memiliki seluruh hatimu
seluruh cintamu

Entah bila akan aku temukan
semua bahagia 
walau bukan dengan kamu
walau perit harus ku lepaskan

Haruman ini melemparku pergi
kembali pada bila
ku cuba melepaskan semua

Entah apa lagi harus ku cuba
untuk memiliki seluruh hatimu
seluruh cintamu

Entah bila akan aku temukan
semua bahagia 
walau bukan dengan kamu
walau perit harus ku lepaskan

Berikan aku waktu
untuk aku meluahkan 
apa rasanya hati ini
yang kau bunuh perlahan


Korang boleh marathon tengok siri ni kat youtube.  

4 Comments

  1. layan jugak cerita ni.. layan kat youtube..

    ReplyDelete
  2. sebab xdak tv jadi kurang update citer2 drama skrng ni..
    suka gak julripin ni tapi biasa2 je hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun tengok kadang2 je...selalu gak skip 1..2 episod

      Delete