Cendawan Enoki Goreng

Wednesday, October 21, 2020

 Cendawan Enoki  Goreng.  Haiiii  korang!! Lamanya akak tak update cerita kat sini.  Banyak...banyak cerita nak kongsi tapi tak sempat.  Terukkan ! Sunyi la tanpa cerita baru.  Akak dah kembali wfh semenjak kes-kes C19 di utara ni meningkat.  Bila wfh memang tak sempat.  Macam-macam benda nak kena buat.  Boleh je pejam mata, tapi tak sampai hati.  Selang seli la antara tugas pejabat, urusan rumah dan macam-macam lagi. Kadang-kadang sampai ke malam tak habis-habis kerja nak buat.  Bila 24 jam rasa tak cukup, otak kena aktif berfikir apa nak buat lepas satu satu.  Bab makan mestilah antara yang kena ambil maklum sebab bila semua orang perut kenyang baru dapat buat kerja dengan aman.  Menu mudah sangat - cendawan enoki goreng.

Apa yang korang perlukan? Dah tentulah bahan utamanya cendawan enoki. Kenal tak macamana rupa cendawan enoki ni?

menu segera, kudap-kudap, makanan segera
sumber gambar : google

Macam ni rupanya.  Halus-halus, panjang-panjang.  Kalau dulu akak tak pandang cendawan ni tapi sekarang kalau jumpa di pasaraya, dah tentu sambar beberapa pek.

Seterusnya, tepung serbaguna Bestari original.  Kalau nak rasa pedas, boleh guna yang pedas punya.  Akak suka original, anak-anak boleh makan.  Minyak untuk menggoreng.

3 bahan ni ja cukup.  Cendawan ni korang cerai-ceraikan dan basuh.  Tos bagi kering sebentar.  Lepas tu panaskan minyak dalam kuali.  Taburkan tepung bestari dalam bekas yang sesuai dan masukkan cendawan enoki ni sikit-sikit.  Gaul-gaul bagi kena tepung.

menu segera, kudap-kudap, makanan segera

Minyak dah panas, mulah menggoreng.  Tak perlu lama, agak-agak tukar warna kekuningan, angkat dan toskan minyak. Selain jadi lauk, boleh juga buat sebagai kudap-kudap sambil buat kerja atau menonton tv.  Serius korang ...memang sedap !!






You Might Also Like


6 comments

  1. Oo panggil cendawan ekoni ya? Saya panggil cendawan enoki. Sedap. Rasa umami kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah...ampunnn..betullah cendawan enoki, saya sebut enoki, tapi taip ekoni...baru perasan. Terima kasih betulkan saya.

      Delete
  2. cendawan ni campak dalam tomyam... mmg mjadi rebutan anak-anak kakmim...hehe

    ReplyDelete
  3. this one i likeee tooo kak.. ralit ni makan.
    sikit2 x cukup kena goreng banyak2 hahaha..

    ReplyDelete
  4. baru tau nama dia.. sebelum ni tau makan ja.. tu pun dalam steamboat ja..

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Followers