Simpan Serai, Bunga Kantan Tahan Lebih Lama
Simpan Serai, Bunga Kantan Tahan Lebih Lama. Update ringkar hari ini sebelum berhujung minggu. Aktiviti biasa ibu-ibu bila sampai hujung minggu, check bahan asas masakan cukup ka tak, refill mana yang dah habis atau hampir habis, restok bahan mentah seperti ikan, ayam, udang dan sebagainya. Sebelum ni serai, bunga kantan, daun laksa (orang utara panggil daun cenohom) ada ja tanam tepi rumah. Tapi bila kadang berjaga kadang terbiar, akhirnya mati begitu saja. Yang hidup subur daun kari dan pandan.
Serai, bunga kantan dan daun laksa ni tak boleh dibiarkan lama dalam peti sejuk, nanti rosak. So cara akak, akak akan bekukan daun-daun dan simpan dalam bahagian beku. Biarkan berapa lama pun, bila nak pakai defrost saja. Taklah sesegar baru ambil daripada pokok tapi masih elok lagi.
Serai dah dauk laksa. Bunga kantan baru berbunga di tepi rumah. Tunggu nanti bila dah banyak boleh lah akak bekukan juga begini. Mudah. Bila tiba-tiba terasa nak masak asam pedas, rendang, laksa...cukup dah bahannya.
Selamat berhujung minggu semua !
14 Comments
Ya kena simpan sebab ia jadi penyedap makanan. Kalau ada tanam tidak payah simpan dalam peti sejuk beku.
ReplyDeletebetul tu...kalau dah ada tanam senang sikit...
Deletemenarik cara akak simpan nih..boleh shida cuba :)
ReplyDeleteCubalah...sekurang-kurangnya kita tak membazir bila terlebih beli
DeleteInfo bermanfaat
ReplyDeletetk.
Terima kasih
Deletepernah guna pakai cara ni azie tp jangan lama sangat dia berubah rasa dan bau pula :)
ReplyDeleteUntuk seminggu dua okaylah. Biasa Azi simpan lama ni okay lagi. Tapi kalau ada ruang dan masa kena tanam sendiri juga.
Deletebaru tau. selalunya sy main sumbat ja d esbok. patut layu 😂😂😂
ReplyDeleteTu la...lepas ni boleh cuba buat, sekurang-kurangnya tidaklah membazir
Deletesenangkan beku macam ni. kalau tak asik lembik kecut je :)
ReplyDeleteTu lah...bila dah kecut, kita buang saja.
DeleteOwh boleh bekukan. Tak tahu pun sebelum ini
ReplyDeleteBoleh..sis cubalah
Delete