Dah Lama Tak Masak Sup Ketam Yang Sedap
Dah Lama Tak Masak Sup Ketam Yang Sedap. Kali ni nak share resepi yang paling simple tapi sedap. Jarang-jarang sekali beli ketam sebab kalau tak kena masanya dapat ketam yang kurang isi. Kata orang masa bulan penuh, isi ketam pun penuh. Betul ke?
Minggu lepas En Hubby bawa balik beberapa ekor ketam. Dah tinggal berempat jadi tak perlulah beli banyak. Nampak saiz agak besar dalam hati berkata juga, alangkah sedapnya kalau dapat ketam isi penuh. Biasanya kami suka masak ketam masak lemak cili padi, ketam goreng bercili ataupun sup ketam. Kali ni nak makan sup ketam pula....sambil membersihkan ketam ni dah terbayang lauk yang dah siap. Allah ibu-ibu beginilah kan !
Oleh kerana akak masih lagi secara bergilir hari bekerja dari rumah so kenalah pandai-pandai berkejar ke sana sini supaya setiap tugasan yang diberi dapat diselesaikan sebelum tamat waktu bekerja dan pada masa yang sama perut isi rumah terisi. Biasanya kalau hari akak wfh, en hubby akan turut bantu mana yang perlu. Bestnya hari tu, en hubby yang ringan tulang bantu masakkan sup ketam. Semenjak sibuk dengan pelbagai aktiviti mencari rezeki ni, jarang-jarang dah rasa air tangan en hubby. Mesti bertambah sedap sup ketamnya nanti.
Bahan bahan:
3 ekor ketam - potong 2
1 batang serai - diketuk
Garam
Minyak untuk menumis
Bahan tumbuk:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Serbuk lada putih
*boleh kisar sahaja
Bahan tabur:
Daun sup
Cara menyediakan :
Tumbuk kasar semua bahan tumbuk atau boleh juga dikisar. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk/kisar sehingga garing. Masukkan juga serai. Masukkan air. Kemudian masukkan ketam. Renih dengan api perlahan supaya isi ketam mesra dengan kuah. Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa. Sebelum dihidang, taburkan daun sup.
Ada juga yang mengatakan sup ketam ni sesuai untuk demam denggi. Mungkin ada yang serasi dan ada yang tidak, yang penting kena usaha. Pada yang suka masakan yang mudah, bolehlah cuba !
14 Comments
Simple tapi sedap... air ketam tu sendiri jadikan kuahnya sedap bila masak..
ReplyDeletesup ketam memang sedap. Tapi tang nak kopek tu yang malas.
DeleteSedapnya Kak Azi.....lama tak makan ketam ni
ReplyDeletetunggu masa isi penuh boleh buat sup ketam
DeleteSedapnya sup ketam. Hirup hirup kuah. Nyummm!
ReplyDeleteKita pun tak tahu pasal bulan penuh dgn kaitan isi ketam tu kak. First time dengar juga kak azi 🥰
hehe..cuba cari ketam masa bulan penuh dgn bukan masa bulan penuh dan buat perbandingan.
DeleteSup ketam memang sedap
ReplyDeleteterutama kalau tengah demam
kalau tengah demam, makan sup memang sedap je rasanya
Deletesedap ni. lama tak makan ketam..
ReplyDeleteNanti boleh masak
Deletesup hari2 mkn, tp sup ketam masi pantang 😂
ReplyDeleteoo...nanti habis pantang boleh makan
DeleteSedapnya sup ketam. Lama tak makan asyik masak lemak cili api je. hehe
ReplyDeletesesekali tukar menu pun sedap
Delete