5 Minit Untuk Sediakan Maggie Goreng Udang.  Tag `cepat di masak, sedap di makan' memang dah terlekat pada jenama mee segera Maggie ni.  Akak bukan nak promote tapi sekadar berkongsi - memang mudah nak sediakan. Orang tak pandai masak pun tapi kalau kreatif, boleh sahaja hasilkan maggie goreng yang sedap dalam masa 5 minit sahaja.

Di Kulim, terutama tempat akak ni boleh dikatakan hampir setiap petang hujan turun samada lebat atau tidak.  Bila dah hujan korang faham-faham sahajalah, perut pun asyik berbunyi minta diisi dan diisi.  Lepas tu tuan badan mula mengeluh badan naik tanpa sedar.  Ha...ha...ha...nak naik memang mudah, bila dah berusia ni nak turunkan berat memang siksa terasa !

Berbalik pada cerita asal.  Bila lapar, kita tak punyai banyak masa untuk memikirkan juadah yang sedap.  Masa tu hanya fikir apa yang ada yang boleh diisi dalam perut.  Kat rumah, bekalan mee segera pelbagai jenama bukanlah suatu kemestian tapi ada. Satu persamaan akak dengan en hubby, kami tak beli satu jenama, kami akan ambil beberapa jenama tapi tak lah banyak sebungkus dua sahaja.  Kami suka masak dengan mencmpurkan mee segera jenama A dan juga jenama B...maksudnya jenama lain-lainlah.

Sebelum celoteh jadi lebih panjang.  Jom akak share dengan korang resepi paling mudah nak buat Maggie Goreng Udang yang sedap sampai licin pinggan !


Bahan-bahan:
2 bungkus mee segera berlainan jenama
4-5 ekor udang
Telur
Sawi
Tomato - belah 4 atau 6
Bawang putih/bawang merah - hiris atau kisar 
Bawang besar - sebelah sahaja, hiris
Sesudu cili mesin
Kicap pekat

Panaskan air dan rendam sebentar mee segera. Jangan sampai lembik, rendam agak-agak bagi lembut sikit.  Ambil serbuk perasa suku sahaja daripada setiap bungkus.  Tumis bawang, masukkan cili kisar dan serbuk perasa tadi. Biarkan sekejap, masukkan sedikit air kalau nampak tumisan macam dah kering sikit.  Masukkan udang, kacau bagi mesra. Masukkan mee segera tadi. Sebelum tu korang jangan lupa toskan dulu mee segera tu.  Kacau rata, masukkan sawi, tomato dan bawang besar. Kacau dan masukkan sedikit kicap pekat. Kicap pekat tak perlu banyak nanti meenya hitam. Letak agak-agak warna yang korang nak.  Masukkan sedikit gula kalau perlu, tak masuk pun tak apa.  Biasanya bila buat mee segera goreng ni akak tak letak garam dah. Serbuk perasa dan bahan-bahan lain tadi dah bagi rasa yang ngam dah. Siap dan boleh hidang !




12 Comments

  1. nampak sedap la. nanti nak try la sebab saya lagi suka makan maggi goreng daripada yg berkuah..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. sedap ana..bila sesekali tekak teringin juga nak makan maggie ni.

      Delete
  3. Betul itu waktu sejuk-sejuk cepat lapar dan hendak makanan yang ringkas dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai la tagline maggie ni cepat dimasak sedap dimakan hehe

      Delete
  4. Nampak sedapnya
    Kalau dah ada udang tak payah letak telur.

    ReplyDelete
  5. sy suka kalau campur telur 😍

    ReplyDelete
  6. Wahh banyaknya rencah tu. ada udang telur dan sawi memang bertambah sedap mee maggie tu kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelbagaikan warna...tapi kalau tak de..guna apa yang ada sahaja.

      Delete