5 Minit Untuk Sediakan Maggie Goreng Udang
5 Minit Untuk Sediakan Maggie Goreng Udang. Tag `cepat di masak, sedap di makan' memang dah terlekat pada jenama mee segera Maggie ni. Akak bukan nak promote tapi sekadar berkongsi - memang mudah nak sediakan. Orang tak pandai masak pun tapi kalau kreatif, boleh sahaja hasilkan maggie goreng yang sedap dalam masa 5 minit sahaja.
Di Kulim, terutama tempat akak ni boleh dikatakan hampir setiap petang hujan turun samada lebat atau tidak. Bila dah hujan korang faham-faham sahajalah, perut pun asyik berbunyi minta diisi dan diisi. Lepas tu tuan badan mula mengeluh badan naik tanpa sedar. Ha...ha...ha...nak naik memang mudah, bila dah berusia ni nak turunkan berat memang siksa terasa !
Berbalik pada cerita asal. Bila lapar, kita tak punyai banyak masa untuk memikirkan juadah yang sedap. Masa tu hanya fikir apa yang ada yang boleh diisi dalam perut. Kat rumah, bekalan mee segera pelbagai jenama bukanlah suatu kemestian tapi ada. Satu persamaan akak dengan en hubby, kami tak beli satu jenama, kami akan ambil beberapa jenama tapi tak lah banyak sebungkus dua sahaja. Kami suka masak dengan mencmpurkan mee segera jenama A dan juga jenama B...maksudnya jenama lain-lainlah.
Sebelum celoteh jadi lebih panjang. Jom akak share dengan korang resepi paling mudah nak buat Maggie Goreng Udang yang sedap sampai licin pinggan !
12 Comments
nampak sedap la. nanti nak try la sebab saya lagi suka makan maggi goreng daripada yg berkuah..hehe ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeletesesekali ubah selera goreng pula.
Deletesedapny azie :)
ReplyDeletesedap ana..bila sesekali tekak teringin juga nak makan maggie ni.
DeleteBetul itu waktu sejuk-sejuk cepat lapar dan hendak makanan yang ringkas dibuat.
ReplyDeletesesuai la tagline maggie ni cepat dimasak sedap dimakan hehe
DeleteNampak sedapnya
ReplyDeleteKalau dah ada udang tak payah letak telur.
untuk gambar aje...
Deletesy suka kalau campur telur 😍
ReplyDeletesedapkan...cepat kenyang hehe
DeleteWahh banyaknya rencah tu. ada udang telur dan sawi memang bertambah sedap mee maggie tu kak.
ReplyDeletepelbagaikan warna...tapi kalau tak de..guna apa yang ada sahaja.
Delete