Pentingnya mendapat tidur yang berkualiti dengan pemilihan bantal yang betul.  Semenjak bermulanya PKP, akak dah mula bekerja dari rumah.  Kalau nak ikutkan bekerja dari rumah ni dah menjadi idaman dan igauan sejak sekian lama tapi bukan dalam keadaan penularan penyakit sekarang ni.  Bila dalam situasi PKP, bekerja dari rumah adalah pilihan terbaik tetapi pada masa yang sama, kita juga kena buat pilihan yang betul untuk pastikan perjalanan tugasan harian kita dapat dibuat tanpa gangguan.  Pada akak, mendapat tidur yang berkualiti adalah sangat penting untuk memastikan fizikal dan mental kita kekal cergas sepanjang hari.  Jadi untuk mendapatkan tidur yang berkualiti selain daripada lokasi yang selesa untuk tubuh badan, pemilihan bantal yang betul juga tak kurang pentingnya.  

Selepas survey sana sini dan dapatkan pandangan rakan dan melalui pembacaan di media, akak memilih untuk mencuba bantal keluaran Getha.  Kenapa Getha ? Getha merupakan antara pakar dalam penyediaan kelengkapan bilik tidur.  Kalau korang tak percaya, boleh ke website Getha untuk dapatkan lebih banyak info.  Bantal Getha adalah terdiri daripada 100% Natural LatexGetha Windy 360 Latex Pillow dan Getha Travel Latex Pillow menjadi pilihan akak dan keluarga.

tidur berkualiti, bantal sesuai menyokong waktu tidur,cara tidur yang betul, pemilihan bantal tidur
Tengok packaging pun dah terpikat.  Order online dengan postage percuma.


Kelebihan Getha 100% Natural Latex Berbanding Dengan Yang Lain

Sebelum korang cuba bantal Getha ni, sedikit sebanyak akak terangkan kenapa bantal 100% Natural Latex ini menjadi pilihan kami.


  • Mempunyai ratusan lubang yang menjadikan system pengudaraan semulajadi dengan unit takungan undara yang memastikan aliran udara segera berterusan.  Ini membolehkan haba dan kelembapan badan hilang semasa kita tidur dan memberi keselesaan dan kesegaran.
  • Tahan lama dan direka untuk keselesaan pengguna.  Produk Getha 100% Natural Latex tidak meleper, tidak perlu menggosok dan mengekalkan bentuknya selama bertahun-tahun sokongan yang berterusan.
  • Dibasuh sebelum proses pembuatan untuk memastikan kebersihan. Getha 100% Natural Latex mempunyai sifat antimikroba semulajadi yang menentang debu dan allergen lain serta tahan terhadap kulat.
  • Getha 100% Natural Latex telah diuji dan diluluskan mengikut keperluan ECO Eropah.  Ia tidak beracun secara semula jadi hypoallergenic dan sesuai untuk mereka yang mengalami masalah alergi dan asma.
  • Ianya sesuai dengan kelengkungan badan, memberikan sokongan anatomi untuk kepala, leher, bahu dan tulang belakang.  Sokongan melembutkan titik tekanan dan dapat mengurangkan gangguan tidur.
  • Ianya direka dan dibentuk khas serta diperbuat daripada sumber semulajadi bumi iaitu pokok getah dan dihasilkan mengikut standard yang tepat dan mesra alam.


Dengan kelebihan yang ada pada bantal Getha ini, akak dan keluarga sama-sama ingin mencuba 2 daripada banyak produk yang ada.  Pilihan kami,  Getha Windy 360 Latex Pillow dan Getha Travel Latex Pillow.

Getha Windy 360 Latex Pillow memberikan tahap kepuasan dan keselesaan terbaik sepanjang masa tidur. Setelah penat seharian dengan pelbagai tugasan dan aktiviti, tidur yang berkualiti adalah apa yang kami perlukan. Kelebihan bantal ini, ianya  memberi keselesaan dan kelembutan pada sebahagian bantal dan lebih sokongan pada sebahagian lagi. Bangun pagi dengan lebih segar dan tidak stress. 

tidur berkualiti, bantal sesuai menyokong waktu tidur,cara tidur yang betul, pemilihan bantal tidur
Ciri-ciri menarik bantal latex ni.

tidur berkualiti, bantal sesuai menyokong waktu tidur,cara tidur yang betul, pemilihan bantal tidur
Saiz bantalnya memang agak selesa untuk beralih ke kiri atau kanan.

tidur berkualiti, bantal sesuai menyokong waktu tidur,cara tidur yang betul, pemilihan bantal tidur
Lepas mencuba, bercadang juga nak order lagi menggantikan bantal sediaada yang dah lama tidak bertukar.


Akak juga membeli Getha Travel Latex Pillow.  Saiz yang sesuai untuk di bawa dalam perjalanan samada menaiki kereta, bas, keretapi mahupun perjalanan udara. Bantal ini disertai dengan sarung bantal cotton yang sejuk dan selesa.  Kenapa akak pilih bantal ini? Akak beli sebanyak 4 biji untuk  kegunaan kami yang memang suka berjalan. Tapi musim PKP ni tak bolehlah suka-suka ke sana ke sini.  Memandangkan sekolah telah dibuka dan pelajar universiti juga telah mula mendaftar masuk, maka akak bekalkan anak-anak akak sorang sebiji bantal Getha Travel Latex ini untuk lebih selesa.  Selain itu, akak letak juga dalam kereta untuk kegunaan si kecil lena dalam perjalanan.  Memang selesa, lembut dan berbaloi.  Bak kata orang, alah membeli menang memakai.

tidur berkualiti, bantal sesuai menyokong waktu tidur,cara tidur yang betul, pemilihan bantal tidur
Suka dengan bantal ni - nampak comel. Disertai dengan sarung bantal sekali.

tidur berkualiti, bantal sesuai menyokong waktu tidur,cara tidur yang betul, pemilihan bantal tidur
Saiznya yang agak sederhana, mudah untuk di bawa.

tidur berkualiti, bantal sesuai menyokong waktu tidur,cara tidur yang betul, pemilihan bantal tidur
Tinggal 2 biji dalam kereta, boleh letak belakang pinggang bila memandu jauh.


tidur berkualiti, bantal sesuai menyokong waktu tidur,cara tidur yang betul, pemilihan bantal tidur
Lepas ni tak perlu berebut bantal dah, adik boleh lena dengan lebih selesa bila berjalan. Muka tak senyum sebab nak bawa temujanji susulan di hospital.


Ada pelbagai pilihan yang korang boleh pilih di GETHA. Bukan sahaja bantal, malah pelbagai kelengkapan bilik tidur juga ada di sini. Akak share cara akak memilih bantal, mungkin boleh bagi idea kat korang pilih bantal yang sesuai. Pilihlah dengan mengambil kira perkara berikut:

- Material bantal
- Bentuk dan saiz bantal
- Kesesuaian dengan posisi tidur

Jangan segan untuk bertanya, team GETHA akan sentiasa bersedia membantu korang.  Untuk maklumat lanjut, korang boleh terjah ke  laman sesawang yang akak share ni ataupun korang boleh terus ke lokasi mereka di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor dan Melaka. Alamat lokasi ini korang boleh perolehi di laman sesawang Getha Malaysia.

Tidur lebih bermutu dengan pilihan bantal yang berkualiti !


FB : GETHA
Instagram : @gethabedding

4 Comments

  1. Menarik guna latex. Kalau tidak silap latex itu getah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah getah. Best guna bantal ni, lembut je..lena tidur.

      Delete
  2. Yea betul.. pemilihan bantal dapat membantu kita untuk dapat tidur yang lebih lena, malah bangun pagi² pun terasa segar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidur yang berkualiti penting, eesoknya bangun pagi rasa segar dan bertenaga.

      Delete