Cara Mudah Makan Ikan Banyak Tulang.  Kebanyakan kita suka makan ikan kan.  Tapi ramai juga yang suka memilih-milih ikan yang nak di makan.  Ada yang suka makan ikan kecil, ada yang suka makan isi ikan sahaja dan macam-macam lagi.  Kalau anak-anak akak, sebelum masak ikan, mesti akan tanya dulu...ibu masak ikan apa? Ikan yang banyak tulang selalu tidak menarik perhatian mereka.  Tapi sekarang tak lagi malah ikan yang banyak tulang ni lah yang paling mereka suka bila ibu masak.

Antara ikan banyak tulang adalah seperti ikan terubuk, ikan parang, ikan selangat, ikan lampam dan beberapa jenis ikan lain yang akak tak ingat namanya.  Biasanya kalau beli ikan terubuk atau parang mesti cari saiz yang besar sebab mudah nak keluar atau asingkan tulangnya.  Ikan selangat pula akak lebih suka goreng garing.


petua makan ikan banyak tulang, tips, ikan goreng sedap


Inilah caranya untuk menggoreng ikan yang banyak tulang.  Ini ikan selangat. Caranya korang kena kelar rapat-rapat selepas buang sisiknya. Lepas tu baru gaulkan garam dan kunyit. Panaskan minyak, dan goreng garing.  Bila dah kelar rapat-rapat, tak perlu susah hati takut tertusuk tulang sebab ikan jadi rapuh dan boleh makan terus.  Makan dengan nasi panas, curah kuah kari....hmmm...sedap!!

Korang cubalah! Lepas ni memang takkan lepas peluang kalau ternampak ikan ni di jual di pasar.

10 Comments

  1. Selalu elak makan ikan banyak tulang. Terima kasih atas tips diberikan.

    ReplyDelete
  2. Ikan yang sedap2 biasanya banyak tulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sebelum ni kurang nak makan ikan banyak tulang ni tapi sekarang pantang jumpa.

      Delete
  3. Ikan banyak tulang ni sedap. Kelar banyak dan goreng rangup memang sedap makan dengan nasi panas dan sambal belacan.

    ReplyDelete
  4. oo ok tq share nanti mama cuba buat. mama ni jarang beli ikan yg byk tulang

    ReplyDelete