Cuti Sekolah Hujung Tahun 2020 Dipendekkan.  Dah dijangka cuti sekolah hujung tahun ini akan dipendekkan, hanya 14 hari sahaja. Akak okay ja secara tak langsung beri peluang kepada pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan utama menyusun semula corak pembelajaran mereka.  Bagi anak-anak pelajar lain pula, sekiranya KPM umumkan pembukaan sekolah sekolah, sekurang-kurangnya bolehlah ulang semula pelajaran yang banyak belajar secara online.

Bukan mudah sebenarnya membiarkan anak-anak belajar secara online.  Mencabar memang mencabar terutama yang ada anak-anak di peringkat sekolah rendah.  Silibus memang dah jauh berbeza dengan mak ayah masing-masing.  Walaupun sekolah rendah tapi jenuh juga mak ayah nak bagi faham sesuatu topik.  Nak suruh duduk buat latihan pun banyak alasan diberi.  Banyak juga umpan yang mak ayah kena sogokkan untuk menyiapkan kerja sekolah.  Mujur dik wan boleh aja sekadar sekeping coklat atau umpan spend sejam bermain bersama.

Bila cuti hujung tahun dipendekkan maka kuranglah episod jalan-jalan hujung tahun.  Bolehlah simpan lebih untuk keperluan sekolah tahun depan pula.  Akak pun legalah, tak perlu nak layan ajakan anak-anak untuk bercuti.  Sekarang ni pun selit-selit ke sana ke sini, asalkan usung laptop dan handphone, kat manapun boleh buat kelas dan buka ofis.  So, cukuplah kita ronda-ronda bila ada peluang.  Sekarang ni lebih suka buat trip dekat-dekat saja, kalau perlu bermalam sehari dua dah memadai.

Jadual Takwim Terbaru Sesi Persekolahan 2020


Cuti sekolah hujung tahun, takwim sekolah 2020, perancangan hujung tahun

Cuti sekolah hujung tahun, takwim sekolah 2020, perancangan hujung tahun

Cuti sekolah hujung tahun, takwim sekolah 2020, perancangan hujung tahun


So korang yang bercadang untuk ke sana, ke sini, dah bolehlah merancang destinasinya.  Pada anak-anak pelajar yang akan mula bersekolah esok, selamat kembali ke sekolah. Pastikan patuh SOP. 

Kita Jaga Kita !

4 Comments

  1. dah lama cuti terpaksa pendekkan cuti hujung tahun. nice sharing :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga dipermudahkan urusan persekolahan anak-anak.

      Delete
  2. thank you for sharing this

    ReplyDelete