Pengalaman Meraikan Hari Raya di Musim PKPB
Sambutan Raya PKPB
Assalamualaikum.....lamanya tak menulis di sini? Masih adakah lagi pengunjung blog yang suam-suam kuku ni? Pertama sekali ampun dan maaf dipinta atas kealpaan berkongsi kisah di sini. Banyak sangat perkara yang perlu dikisahkan sepanjang menjalani tempoh PKP dan PKPB. Baru nak on track semula, pelan-pelan kita update yer. Bagaimana sambutan hari raya Aidil Fitri korang semua? Alhamdulillah, kami meraikan sekadarnya seisi keluarga.
Raya Meriah Walaupun Berjauhan
Sambutan Aidil Fitri tahun ini sangat bermakna buat akak sebab sehari sebelumnya adalah merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 21. Hmm....21 tahun sudah....macam-macam warna dah dilalui. Tiada acara potong kek semua, sekadar meraikan dengan juadah persiapan menyambut kedatangan Syawal.
Dalam kesederhanaan, kami bersyukur sebab dapat meraikan dengan semua ahli keluarga walaupun hanya di alam maya. Kemeriahannya tetap dapat dirasa walaupun masing-masing hanya berada di rumah sendiri. Pengalaman berharga kan! Simpan sini sebagai kenangan kemudian hari.
Seperti biasa, kami akan sibuk mengemas rumah 2-3 hari sebelum hari raya. Cadangnya nak isikan dengan jambangan bunga dalam bekas kaca tu tapi tak kesempatan, letak sahaja atas almari jadi hiasan. Bersalaman secara virtual dengan abang Irfan.
Sesi pertama, pastikan cari ayahanda dulu. Dapatlah juga luangkan masa sekejap bersembang dengan ayahanda. Mujurkan aplikasi wasap boleh buat video call beramai-ramai. Masa ni abang Irfan beraya sendirian je...sian dia.
OOTD wajib tak kiralah di manapun sambutannya. Pertama kali OOTD pagi raya di rumah sendiri. Yang jauh pun join sekali!
Bersama dengan keluarga sebelah en suami pulak. Riuh semua nak bercakap. Pengalaman pertama bagi semua, beraya virtual katanya. Alhamdulillah semuanya sihat-sihat.
Begitulah serba sedikit cara kami meraikan kedatangan Syawal. Semua aktiviti di rumah sama-sama dilakukan. Buat pertama kalinya juga, akak buat semua kuih raya sendiri, tiada dah istilah tunjuk-tunjuk. Paling best semua puji sedap ! Kena simpanlah resipi kuih raya tu di sini nanti, senang nak repeat.
Macamana dengan raya korang?
14 Comments
Raya tahun ni memang tenang dan tak penat pun.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya. Maaf atas salah silap yang ada.
Kenangan seumur hidup.
DeleteSalam lebaran PKPB
ReplyDeleteSelamat anniverssary ke-21
Terima kasih.
DeleteSelamat Hari raya maaf Zahir batin dari kami kak. Raya kami alhamdulillah agak meriah, rezeki anak-anak kami kak. Syukur
ReplyDeleteTerima kasih linda.
DeleteAlhamdulillah raya pkp ni dapat juga kak laili beraya ke rumah anak sedara sebab satu negeri 😁
ReplyDeleteKami kat rumah saja layan perut.
DeleteRaya kali ni pun family sha stay at home je. Istilah berjalan raya raya pun. Cuma adalah ke rumah makcik yg duduk setaman.
ReplyDeleteAlhamdulillah.....dapat juga berjumpa sedara mara yang berdekatan.
Deletealhamdulillah, family husna belah mak ayah mmg dekat je. cuma ada laa sedara-mara yg jauh terlepas sempadan negeri. tak dpt jugak nak berkumpul.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat juga berkumpul dengan mana yang berkesempatan kan..
DeleteTak pernah bervideo call time raya sehinggalah raya zaman PKP ni huhu.
ReplyDeleteIni sahaja peluang yang ada beraya semasa PKP sebab keluarga saya lain semuanya jauh-jauh.
Delete