Tips Berjimat Sepanjang Tempoh PKP

Hari kedua fasa kedua dan masuk hari ke 16   kita melalui fasa PKP ni. Ada masa akak rasa okay ada masa rasa rimas dan macam-macam rasa lagi ada. PKP bukan sahaja di Malaysia malah boleh dikatakan semua negara di dunia ni sedang melalui fasa PKP, malah ada yang dah total lockdown pun.  Teringat anak teruna di India, moga sentiasa dipelihara daripada sebarang kesusahan.  Korang doakan sama ye.  Sepanjang tempoh ni amat perlu kita sentiasa amalkan berjimat terutama dalam penggunaan bahan asas. 

Bila ada anak-anak yang tengah membesar memang cabaran jugalah nak berjimat.  Tapi kena ajar juga sedikit-sedikit bagi biasa.  Tips akak berjimat mudah sahaja.

Hadkan pembelian barangan

Oleh kerana hanya ketua rumah sahaja yang dibenarkan keluar membeli keperluan, jadi setiap hari kami akan sama-sama senaraikan barang-barang yang dah habis atau tinggal sedikit.  Walaupun buat senarai hari-hari, tidak bermakna ketua akan keluar setiap hari.  Cara ini mempercepatkan buat senarai barangan.  Utamakan barangan keperluan asas seperti ikan, ayam, beras, sayuran. Biasanya en hubby akan keluar membeli barangan basah dua atau tiga hari sekali.  Bila keluar beli  barangan basah, selitkan sekali barangan kering yang diperlukan sekiranya ada.  Beruntung rasa sebab en hubby tiada masalah mengenal barangan dapur sebab memang menjadi tugas beliau untuk membeli setiap bulan. 

Menu masakan

Menu masakan kami pula, konsepnya ringkas, sedap dan mengenyangkan.  Biasanya masak lauk sekali sehari. Pastikan ada lauk berkuah. Sarapan pagi paling simple - makan roti. Lepas asar baru  sibuk nak masak.  Lauk berkuah, pastikan kuah lebih kerana lebihan kuah ni akak akan guna untuk  makan tengahari esoknya.  Contohnya, masak asam pedas - untuk malam masukkan ikan cukup-cukup untuk makan malam.  Esoknya panaskan kuah dan masukkan ikan lain. Tambahlah dengan  telur dadar dan ulam-ulaman. 

Makanan Tambahan

Bila anak-anak ada di rumah, memang tidak dapat dielakkan stok makanan kudapan kena ada.  Selain roti, biskut, boleh juga tambah dengan kerepek dan kuih muih buatan sendiri.  Masa inilah nak keluarkan segala skil yang ada.  Syukur sangat en hubby rajin bertanam ubi kayu dan ulaman.  Dek hujan beberapa hari lepas, dapat juga kami mencabut ubi kayu.  Dapat beberapa ketul. Selain direbus, sempat juga jadikan kuih dan selebihnya akak nak buat kerepek saja.  Ada juga kudapan menonton tv.  Macam-macam kudapan boleh buat asalkan rajin.  Ada tepung gandum saja pun korang boleh jadikan kuih gunting. 


tips jimat belanja dapur, hidup berjimat cermat, jimat berbelanja
Beli pisang masak, hasilnya lepat pisang dan cucoq pisang. Mudah disediakan dan mengenyangkan juga.  Kalau tak habis, boleh simpan dan kukus semula.


tips jimat belanja dapur, hidup berjimat cermat, jimat berbelanja
Ais krim ni wajib buat tambahan pula musim panas sekarang ni.  Sekali buat dalam 20 batang, bertahanlah dua tiga hari. Lepas habis, dua tiga hari kemudiannya pula baru akak restok.  Kalau sentiasa ada, jenuh budak-budak ni buka tutup pintu peti ais.

Pastikan Guna Apa Yang Ada Dahulu

Masa ni kena rajin kemas almari simpan stok dan peti sejuk.  Kalau yang sediaada freezer asing di rumah, masa ni jugalah sesuai korang korek apa yang ada dalam freezer tu.  Kadang-kadang kita rajin membeli tapi simpan. Sebelum akak tambah stok, akak akan cuba pastikan stok sediaada digunakan terlebih dahulu.  Carilah cara yang sesuai untuk menghabiskannya.  Kalau dahulu kita beli mesti dah ada terfikir di kepala untuk apa.  Contohnya, kulit pastry ni, akak beli dah agak lama juga tapi belum tamat tempoh lagi. Jadi sebelum dia tamat tempoh, elok sangat kita jadikan juadah minum petang sambil mendengar perkembangan PKP.

tips jimat belanja dapur, hidup berjimat cermat, jimat berbelanja
Kulit pastry yang dah jadi sardin gulung.  Lama dah akak simpan kulit pastry ni.  So antara barang yang korang boleh fikir untuk beli ialah bahan segera yang boleh simpan lama seperti kulit pastry ni.  Bila dah jemu dengan menu biasa, sesekali bolehlah buat kelainan.

tips jimat belanja dapur, hidup berjimat cermat, jimat berbelanja

Ubi kayu baru korek. Banyak juga hasilnya. Dapatlah buat kuih talam, ubi rebus dan kerepek.  Boleh buat kudapan waktu senggang.  Ada masanya tak lalu makan nasi, masa nilah benda-benda ni berguna.

tips jimat belanja dapur, hidup berjimat cermat, jimat berbelanja

Sepanjang PKP ni, buah tin banyak pula yang masak.  Rezeki kami dah dua hari dapat rasa buah tin masak segar daripada pokok.  

tips jimat belanja dapur, hidup berjimat cermat, jimat berbelanja
Pucuk ubi, daun kari dan belimbing buluh ni kutip sahaja sekeliling rumah, boleh buat ulam.


Cukuplah 4 tips yang akak amalkan sepanjang tempoh PKP ini.  Harap-harap V19 segera berakhir.  Terasa rindu pulak untuk ke pejabat.  Dah dua minggu ni akak tak pegang stereng kereta, rindu pulak nak keluar memandu tapi ketua rumah tidak benarkan.  Akak pun kalau boleh memang tak nak keluar. 

Korang jangan keluar tau kalau tiada keperluan. Ada masa terluang bolehlah mulakan aktiviti bertanam.  Memang sangat berguna hasil tanaman serba sedikit keliling rumah. Selain dapat kutip hasil fresh, dapat juga berjimat.

Stay safe korang !


14 Comments

  1. Haah memang korek peti sejuk atau freezer. Jumpa lauk kenduri. Masa ni boleh habiskan stok makanan. Kalau sebelum ni tiada masa nak kemas/korek peti sejuk atau freezer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bila nak top up pun tengok pada benda yang perlu sahaja.

      Delete
  2. ray dah macam berpuasa kt sini haha

    ReplyDelete
  3. Yang paling boleh jimat ialah minyak petrol/diesel
    Walau pun murah tapi tak boleh jalan jauh2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat. Tapi la dah boleh jalan, minyak mula naik harga pulak

      Delete
  4. Selagi boleh jimat, kita jimat. best tu ada hasil cucuk tanam kat rumah. Lebih jimat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana yang boleh berjimat, kenalah berjimat. Tambah-tambah kalau ahli rumah ramai.

      Delete
  5. Alhamdulillah. Syukur rezeki limpahan Illahi

    ReplyDelete
  6. Mrs. A pun guna apa yang ada dulu.
    Rasanya yang paling jimat setakat ini minyak kereta dahlah murah tak gerak ke mana pun huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..sekarang pun masih berjimat kat minyak kereta sbb masih kena kerja dari rumah sahaja.

      Delete
  7. buah tin !! ya Allah tanam sendiri seronoknya. sangat fresh laaa gitu puas hati makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah akak kadang-kadang berebut dengan burung dan tupai. Kalau dah masak, lambat petik maknanya memang bukan rezeki kami.

      Delete