Sambung atau tidak PKP ni? Semua tertanya-tanya walaupun boleh jangka keputusannya.  Tak pa sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi nanti.  Dalam masa PKP ni, akak rasa antara yang meningkat penggunaan kat rumah ni ialah elektrik. Tambahan musim panas, aircond sentiasa terpasang tapi dihadkan pada satu unit sahaja. Kalau lebih jenuh pening nanti.

Semakan Bil Elektrik Online

Oleh kerana musim PKP ni pergerakan terbatas, mungkin korang tak terima bil elektrik macam biasa.  Tiba-tiba ja nanti terkejut dengan jumlahnya walaupun ada peratusan penjimatan yang diberi oleh pihak TNB.  Sambil-sambil korang beronline tu, apa kata luangkan sedikit masa semak penggunaan bil melalui TNB Online 

Mulakan dengan mendaftar di laman web TNB.  Mudah bila korang boleh semak secara online. Bila terlupa bil letak kat mana, atau bil hilang, korang boleh terus semak saja.

semakan bil eletrik, terlupa bil elektrik, bil eletrik hilang, pkp kurangkan pergerakan keluar rumah

Register tak perlu ambil masa yang lama. Korang kena ingat email dan pasword yang korang gunakan. Tak sampaipun 5 minit untuk isi semua info yang diperlukan.

semakan bil eletrik, terlupa bil elektrik, bil eletrik hilang, pkp kurangkan pergerakan keluar rumah

Korang boleh semak bil dan boleh juga print bil korang kat sini.  Jangan terkejut, bil elektrik kat rumah akak memang agak tinggi.  Almaklum penghuni ramai yang stay kat rumah walaupun weekdays.  Akak memang selalu gunakan website ini terutama bila nak bayar bil.  Tertinggal bil kat rumah, tiada masalah lagi, boleh semak dan terus bayar.  Tambah kecut perut nak tunggu bil semasa PKP ni.  


semakan bil eletrik, terlupa bil elektrik, bil eletrik hilang, pkp kurangkan pergerakan keluar rumah

Selain semak bil, korang boleh juga buat pertanyaan dan permohonan sekiranya nak berpindah atau apa sahaja yang berkaitan dengan perkhidmatan korang.  Mudah sangat.  Ehh! Kalau korang ada rumah sewa, korang boleh semak juga tau penggunaan penyewa, asalkan akaun tu atas nama korang.

Jadi, korang kalau tak terima bil elektrik, jangan risau segera buat semakan di sini. Matlamat sekarang kurangkan pergerakan dan mula aktifkan aktiviti secara online.  Semoga bermanfaat untuk korang.

Stay safe korang !

16 Comments

  1. Memang duduk rumah patut jangka bila elektrik tinggi.
    Elok ada online bersedia tengok jumlah bil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, memang dah jangka bil elektrik akan melonjak daripada biasa.

      Delete
  2. semoga sama2 dihindari wabak virus yg bahaya nih., aminn

    ReplyDelete
  3. Sambung lagi PKP kak AZ. Hehehe.

    Waahh, ada cara online rupanya untuk semak bil api ni.mudah pulak tu. Tq share kak.

    Tinggi tu bil api rumah akak, dalam Rm200++. Mesti aircond banyak ni 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tinggi bilnya. Akak bayar macam biasa dan lebihkan sedikit, memang agak dah bil tinggi.

      Delete
  4. mudahkan skrang semua urusan dihujung jari. dan sangat2 membantu service macam ni sebab pergerakan kita semua terbatas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya dah mudah sekarang, takde alasan untuk tidak buat.

      Delete
  5. haah la i forgot to check mine.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang merungut bila dapat bil....baik semak cepat.

      Delete
  6. mudah bila ada akaun online macam ni. tak perlu dah nak simpan bil² kertas yg ada untuk rekod.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....memudahkan tak payah nak buat 5S selalu sangat.

      Delete
  7. selalu tunggu bil sampai rumah, terlupa pula nak check bil tnb bulan ni. ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete