Masa berkerja di pejabat selalu terkejar-kejar masa nak update blog. Sepanjang pkp bila bekerja dari rumah, akak rasa selalu tak berkesempatan nak update blog. Bukan mudah nak jadi multitask mother ni.  Macam-macam perkara nak kena fikir dan atur daripada celik mata sampai ke waktu tidur.

Entry cepat dan mudah, semudah menyediakan dessert petang untuk keluarga.  Akak share resepi paling mudah untuk menyediakan puding jagung.  

Resepi Ringkas Puding Jagung

1 tin susu cair
1 tin jagung
1.5 cawan tepung kastard
1 cawan gula pasir 
1 tin jagung air biasa (akak sukat guna tin jagung je...mudah kan..)

resepi mudah, dessert kesukaan keluarga, puding, puding mudah disediakan


Campurkan semua bahan dalam satu bekas dan kacau sekejap. Lepas tu letak atas dapur dengan air yang perlahan dan mulalah mengacau sampai likat. Sampai likat tau...dalam 30 - 40 minit.  Macam kacau dodol. Selepas likat, masukkan dalam bekas lain, ratakan dan sejukkan.  Bila dah sejuk, bolehlah korang potong dan makan. Senang kan !

Sepanjang pkp ni, banyak resipi yang tak pernah kami cuba, dahpun kami buat.  Memang menguji kecekapan di dapur.  Bulan puasa ni boleh lah cuba resipi ini untuk juadah berbuka.

Lepas ni bertabahlah tengok blog ni dengan update masakan dan resipi yang akak suka....

Stay safe semua !

12 Comments

  1. Mula-mula PKP ari tu SA dh buat dh kak puding jagung..alhamdulillah menjadi

    ReplyDelete
  2. Nak buat jugak tapi tak terbuat lagi.. hehe

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa Azi.
    Puding jagung memang penyejuk tekak di kala berbuka 😋😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la....sama dengan agar-agar...kena ada bila panas-panas

      Delete
  4. This is really tasty food, and I want to try this :)

    --- GoWellspring
    https://go-wellspring.com/

    ReplyDelete