Daging Bakar Cicah Air Asam
Dok update pasal menu ja la lately. Korang mesti tiap-tiap hari dok cari lauk apa nak masak kan. Samalah dengan akak. Kalau tahun-tahun lepas, bila blur nak masak apa, ada pilihan lain samada cari di pasar ramadhan atau kedai makan tapi tahun ni berbeza, sila sediakan sendiri. Ada ja pilihan untuk order food delivery tapi dah alang-alang ada di rumah, baiklah sediakan sendiri. Perangai akak pula, bila masak untuk berbuka, masak sekali untuk sahur, so lauk berbuka dan sahur hampir sama. Tak pening dah, kalau terlewat sikit jaga untuk sahur, tak susah hati sebab tinggala nak panaskan lauk dan masak nasi sahaja.
Daging Bakar Cicah Air Asam
Ni kejadian semalam. Dah lama tak makan daging bakar. Dapat tiga keping daging kambing terus teringin nak makan kambing bakar. Perap sekejap dengan gula, garam, lada hitam, jintan, serbuk cili. Lepas tu bakar dengan api yang perlahan, biar dia masak sikit-skit supaya daging jadi moist.
Hiris-hiriskan boleh makan ramai-ramai.
Sambil-sambil tunggu daging masak, bolehlah sediakan air asam. Boleh juga nak makan dengan sos lada hitam, tapi teringin nak makan dengan air asam pula kali ni. Air asam mudah ja nak sediakan. Hiris tomato, bawang besar, cili merah, sedikit belacan bakar, gula, garam dan semestinya air asam jawa. Campur dan lenyek-lenyekkan sedikit supaya mesra rasanya.
Siap dan boleh dimakan dengan nasi panas atau makan begitu sahaja. Cubalah!
14 Comments
Puan Azira hari tu kongsi air asam dengan telur tu saya dah cuba. Cuma saya guna sotong.
ReplyDeleteRasanya bahan protein boleh tukar-tukar kan.
Selamat berpuasa.
Sotong pun sedap juga. Ikan kembung pun boleh.
Deleteuih sedapnya daging bakar..da lama tak dapat..
ReplyDeleteSesekali boleh cuba buat sendiri.
DeleteSedapnya!
ReplyDeleteHmmm....memang sedap.
Deletesedapnya, drooling dah ni..
ReplyDeleteBuat Tim...pastu layoq kat kami pulak..hehe
DeleteSedapnya daging bakar. Ada permintaan kat rumah ni bolehlah kak laili try nanti 😁
ReplyDeleteTerima kasih....nanti cuba yer
DeleteLooks delicious to eat! ^_^
ReplyDeleteYes...u should try
DeleteSedapnya menu! Dahlah kambing favorite sha 😁
ReplyDeleteSesekali kena daging kambing bakar memang umpphhh la...
Delete