Covid-19 Semakin Merebak Luas

Covid-19 Semakin Merebak, Jangan Wujudkan Situasi Panik


Sehingga semalam sahaja, seramai 428 orang telah positif virus Covic-19 di negara kita.  Suatu jumlah yang besar, peningkatan mendadak daripada hari sebelumnya.  Risau dibuatnya.  Mana tak risau, kita tak tahu dengan siapa kita berdepan, siapa yang ada di sekeliling kita.  

WHO telah isytiharkan Covic-19 sebagai wabak pandemik.  Wabak pandemik ini merupakan wabak yang berlaku secara besar-besaran di seluruh dunia, merentasi wilayah dan meliputi populasi yang besar.  Jangkitan penyakit tiada penawar dan vaksin untuk membendung jangkitan.  Wabak pandemik melibatkan kadar serangan yang tinggi dalam masa yang singkat, pantas dan menyebabkan kematian.

Covid-19 Semakin Merebak, Jangan Wujudkan Situasi Panik


Memandangkan sekarang ni cuti sekolah, kena lebih berwaspada.  Pada yang dah punyai pelbagai perancangan sebelum ni untuk bawa keluarga jalan-jalan, harap korang fikir semulalah ye.  Kalau boleh batalkan atau tunda ke suatu masa lain.  Mujur cuti kali ini anak-anak tiada yang berbunyi untuk ke mana-mana. Masing-masing dah faham situasi. Jadi kat rumah sajalah.  Buatlah apapun yang korang nak buat, kalau rumah bersepah nanti kita kemas sama-sama.  Buat masa ini, akak masih lagi bekerja. Itu pun risau,  masuk kereta terus ke ofis, dari ofis terus balik rumah. Ke kedai pun jika perlu beli benda-benda penting sahaja. 

Gejala Infeksi Covid-19 Bermula Daripada Hari Pertama


Walaupun dah ramai orang share tentang gejala serangan Covid-19 ni, akak nak simpan juga sebagai nota rujukan dan peringatan.  

Hari 1-3

  • Gejalanya hampir sama dengan badan masuk angin
  • Sakit kerongkong ringan, sedikit sakit
  • Tidak demam, tidak lelah. 
  • Masih boleh minum dan makan seperti biasa


Hari Ke - 4 

  • Sakit kerongkong sedikit sakit, badan terasa lemah
  • Suara mulai serak
  • Suhu badan sekitar 36.5C 
  • Terdapat gangguan pada tabiat makan
  • Sakit kepala ringan
  • Diarrhea atau gangguan pencernaan ringan


Hari Ke - 5

  • Sakit kerongkong yang gak teruk, suara serak
  • Badan panas ringan. Suhu antara 36.5 -36.7C
  • Badan lemah
  • Terasa sakit sendi


Hari Ke - 6

  • Demam ringan sekitar 37C
  • Batuk dengan kahak atau batuk kering
  • sakit kerongkong ketika makan. bercakap ataupun menelan
  • Lelah dan sesekali sukar bernafas 
  • Mual
  • Jari sakit
  • Muntah
  • Diarrhea


Hari Ke - 7

  • Demam lebih tinggi dari 37.4 hingga 37.8C
  • Batuk lebih kerap dan berkahak
  • Badan berbisa dan lemah
  • Sakit kepala
  • Diarrhea yang lebih teruk
  • Muntah


Hari Ke - 8

  • Demam dalam 38C dan ke atas
  • Sukar bernafas dan dada terasa berat
  • Batuk yang berterusan
  • Sakit Kepala
  • Sakit sendi
  • Sakit punggung


Hari Ke - 9

  • gejala tidak berubah tetapi bertambah teruk
  • Demam semakin teruk
  • Batuk lebih teruk dari hari ke - 8
  • Sukar bernafas 


Kalau boleh nak stay dalam rumah saja tak mau ke mana-mana. Tapi kelangsungan hidup perlu diteruskan.  Cuma kita perlu ambil lebih perhatian dan patuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh KKM.  Hand sanatize sentiasa ada dalam beg. 

Patuhi Langkah Pencegahan Dalam Pelbagai Situasi


Kenderaan Awam

Kalau korang memang tak boleh elak daripada menggunakan kenderaan awam, pastikan korang ambil langkah berjaga-jaga.  KKM telah mengeluarkan panduan yang boleh diikuti.   Bukan sahaja kepada pengguna kenderaan awam tetapi juga kepada pengusaha atau pemilik kenderaan awam.  

Covid-19 Semakin Merebak, Jangan Wujudkan Situasi Panik


Kenduri Kahwin

Tiada sapa sangka wabak jadi sebegini rupa.  Cuti-cuti sekolah ni dah tentulah ramai yang dah buat perancangan untuk mendirikan rumah tangga.  Perancangan yang telah dibuat mungkin daripada tahun lepas lagi.  Teruskan tapi dengan lebih penjagaan.  Sebolehnya buat yang paling mudah. Pada tetamu akak cadangkan kalau boleh tak perlulah pergi beramai-ramai terutama yang ada anak-anak kecil.  Pergi sebagai meraikan jemputan.  Elakkan sampai pada waktu puncak.  Datang awal pun tak apa.  Biar tak ramai tapi ada.  Tuan rumah pula perlu juga sediakan pencuci tangan yang mencukupi dan kalau boleh gunakan sahaja pinggan pakai buang.

Covid-19 Semakin Merebak, Jangan Wujudkan Situasi Panik


Banyak lagi yang kita boleh lakukan sebagai langkah pencegahan penyebaran Covid-19.  Mulakan dengan diri kita sendiri dahulu. Kalau ada tanda-tanda gejala ini maka segeralah buat pemeriksaan dan kuarantin diri di rumah.  Kuarantin tu maksudnya jangan keluar rumah yer....bukan boleh berjalan merata.  

Moga dipermudahkan semua usaha kita, dijauhkan daripada bahaya yang lebih teruk dan diberi perlindungan.  Sesungguhnya Allah juga sebaik-baik perancang akan sesuatu.  Moga ada hikmah disebalik setiap kejadian.

Stay safe korang semua!

16 Comments

  1. Terima kasih kongsi gejala tu. Boleh buat panduan.

    ReplyDelete
  2. Semakin hari semakin banyak kes dan kematian. risau dibuatnya T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Moga dipermudahkan semua umat di muka bumi ini mengharungi dugaan ini.

      Delete
  3. Ya Allah semoga wabak ni segera berakhir. Nak sambut Ramadan. Aaminn......

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing this.

    ReplyDelete
  5. Ada yg tidak mempunyai simptom pada mulanya.. huhu semoga kita dilindungi dari wabak ini.. take care and stay at home..

    Btw sy klik iklan ya~ ^^ semoga dimurahkan rezeki selalu tambahan pula dgn PKP dilanjutkan lagi... take care~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu....sentiasalah ikut saranan KKM..moga kita terhindar.
      TQ sis...akak pun akan klik iklan kat blog kawan-kawan...harap membantu rakan blogger.

      Delete
  6. info yg baik.. semoga dijauhkan dari wabak virus nih.. aminn

    ReplyDelete
  7. Geram btl kalau tgk org yg berdegil keluar jgk ni msh anggap main2 lg.. Semoga setiap perjalanan ke tempat keje tu dilindungi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah...nanti kena full lockdown baru tahu..huhuuhu

      Delete