Telur Rebus Air Asam, Masakan Ringkas Yang Mudah Disediakan
Masakan Ringkas Yang Mudah Disediakan
Hari-hari fikir menu apa yang nak disediakan untuk petang nanti. Hari ini akak nak kongsi masakan yang paling senang nak buat. Kalau nak cepat makan, inilah lauk yang paling sesuai sekali nak buat. Bukan sahaja mudah, sedap juga. Jom petang ni kita buat Telur Rebus Air Asam
Sedap dan sempoi !
credit gambar : deqsue
Skrol kawan-kawan punya ig, jumpa menu ni. Biasa akak suka buat masa bulan puasa waktu bersahur. Sekarang ni kan ada yang dah mula berpuasa bulan Rejab, akak sharelah mana tahu korang nak buat.
Bahan- bahan - telur rebus, air asam jawa, bawang, cili padi, tomato, belacan, gula, garam. Bahan-bahan ni untuk buat air asamnya kecuali telur rebus. Telur rebus tu masukkan kemudian bila air asam dah siap. Aduh, kecur liur sambil menaip ni. Teringat-ingat bila dapat makan dengan nasi panas.
Kalau nak cuba dengan ikan pun boleh. Akak ada share resepi ---- Ikan Pari Air Asam
6 Comments
Uisshhhh.....akak tak tau pulak ada resepi telur rebus gini. Memang akan dibuat petang ni 😋
ReplyDeleteCubalah. Memang menaikkan selera makan.
DeletePertama kali tahu telur rebus boleh digandingkan dengan air asam. Mudah juga .
ReplyDeleteBoleh dan sedap.
DeleteBeberapa kali dah plan nak buat, tapi belum terbuat buat.
ReplyDeleteAduh, teringin nak rasa
Cubalah buat. Pasti menyelerakan.
Delete