Tak Rugi Berbudi Pada Tanah

Wednesday, February 05, 2020
Kebelakangan ni, en hubby rajin pulak melawat hasil tanaman di kampung dan juga menanam tanaman baru di keliling rumah.  Walaupun cuaca agak panas sekarang ni tapi tetap bersemangat.  Macam-macam tanaman dah ada keliling rumah yang tak berapa luas tanahnya. Akak sukalah sebab secara tak langsung kawasan sekeliling rumah pun jadi bersih dan nampak kemas.  Pagi petang nampak hijau saja.

Hasil Berbudi Pada Tanah Di Kampung

Kawasan tanah di kampung agak besar juga. Di antara adik beradik en hubby, nampaknya en hubby yang menjadi bila bercucuk tanam.  Orang kata `sejuk tangan' - tanam apapun semua menjadi.  Itu kata orang, en hubby pulak kata - bila dah menanam, kenalah rajin bagi makannya, kalau tak rajin tabur baja, manalah pokok nak mengeluarkan hasilnya. Betullah tu kan.

Ni hasil kutipan kami minggu lepas di kampung.  Dah tak banyak, buah pun tinggal hujung-hujung. Cuma tunggu buah ciku dan jambu bol sesuai untuk dikutip pula. Harap-harap sempatlah merasa.  Kat kampung ni, buah-buah bukan sahaja kita nak rasa, tupai, musang, burung pun berebut juga.  Rezeki dikongsi bersama.

hasil bumi, berbudi pada tanah, rezeki dikongsi bersama, buah-buahan tempatan, tanaman kampung
Cempedak ni dah beberapa kali digoreng. Isi tebal walaupun tak banyak dalam setiap biji. Puas makanlah.  Cempedak goreng pun sekarang ni bukannya murah.

hasil bumi, berbudi pada tanah, rezeki dikongsi bersama, buah-buahan tempatan, tanaman kampung
Pokok ciku di kampung berbuah lebat. Tunggu lagi dua tiga minggu mesti banyak yang boleh dipetik.  Harap-harap ada rezeki kami nanti.  Buahnya besar-besar juga. 

hasil bumi, berbudi pada tanah, rezeki dikongsi bersama, buah-buahan tempatan, tanaman kampung
Jambu bol merah. Berbunga lebat, harap menjadi buah.  

hasil bumi, berbudi pada tanah, rezeki dikongsi bersama, buah-buahan tempatan, tanaman kampung
Limau bali ni pun ada dekat 10 biji yang kami petik.  Adik beradik en hubby tak berapa suka limau ni, tapi kami okay ja.  Biasanya memang rezeki kamilah. Akak suka rasanya pahit-pahit manis.  Kupas, masuk dalam plastik dan simpan dalam peti air.  Musim panas ni bila dapat makan limau ni masa sejuk-sejuk, nikmatnya.


Hasil Berbudi Pada Tanah Rumah Sendiri

Yang ni pula hasil tanaman di sekeliling rumah.  Untungnya rumah kami berhadapan dengan kawasan kebun getah yang ada sedikit ruang lapang tepi jalan.  Kalau tanam di luar rumah maknanya hasilnya nanti bolehlah dikongsi dengan jiran-jiran setaman.  Setakat ni dah ada pokok cempedak, pisang, betik, tebu. Harap-harap yang baru ditanam tu akan hidup elok.

Dalam kawasan rumah pulak, ada pokok mata kucing, kelapa, limau kasturi, limau jepun, nenas MD2, ubi kayu, pokok tin, anak pisang, tebu hitam, keladi, ciku, belimbing buluh. Haha...macam banyak dan luas je kan kawasannya.  Tak luas manapun tanampun sikit-sikit ja.  Jangan tak percaya dalam cubaan menanam sebatang pokok durian musang king juga.  Dah naik elok ja. Bila ada tanaman serba sedikit ni, nak memasak pun senang. Daun kari, serai, daun kunyit, lengkuas, korek dan petik saja di luar rumah. 

hasil bumi, berbudi pada tanah, rezeki dikongsi bersama, buah-buahan tempatan, tanaman kampung
Tebu ni tanam tepi luar pagar.  Dan merasa hasilnya. En Hubby kata ni simpan bulan puasa pulak baru pergi hantar mesin lagi.  Teringat masa kecil-kecil tebu ni kokak macam tu ja.

hasil bumi, berbudi pada tanah, rezeki dikongsi bersama, buah-buahan tempatan, tanaman kampung
Kami suka makan isi keladi.  Keladi ni baru tanam. Kena cari tempat teduh dan lembab.  Tepi parit ni ada sambungan paip besar ke rumah. Mudahlah sedikit nak lembabkan tanah sekitar.  Harap-harap menjadi nanti.


hasil bumi, berbudi pada tanah, rezeki dikongsi bersama, buah-buahan tempatan, tanaman kampung
Anak pokok pisang baru ambil dari kampung.  Dah selamat di tanam pun. Pisang emas dan pisang awak. 

hasil bumi, berbudi pada tanah, rezeki dikongsi bersama, buah-buahan tempatan, tanaman kampung
Deretan nenas MD2. Manis tau nenas jenis ni. Ada antaranya dah mula nampak buahnya. Kena sabar lagi ni nanti tunggu besar.

hasil bumi, berbudi pada tanah, rezeki dikongsi bersama, buah-buahan tempatan, tanaman kampung
Daun kesum pun kami tanam juga. Mudah dah lepas ni nak masak asam pedas dan buat laksa.

Ada lagi tanaman lain. Tak ambil gambar semuanya.  Bila hujung minggu suka tengok halaman rumah.  Dulu diisi dengan pokok bunga kertas dan orkid. Sekarang ni dah bertukar ke arah tanaman begini pulak.  Tapi semuanya En suami yang rajin layan. Akak suka tengok je. 

Nampak gayanya sebelum bersara ni kena usahakan juga cari kawasan sesuai untuk pertanian kecil. Korang doa-doakanlah wishlist kami ni tertunai nanti.Tak rugi berbudi pada tanah sebab hasilnya boleh dikongsi bersama. Banyak juga tips yang en hubby kongsikan.  Kalau ada kesempatan nanti akak share, manalah tahu ada antara korang juga berminat.  Tak perlu kawasan yang luas pun, asal ada keinginan tempat kecil pun boleh.

You Might Also Like


22 comments

  1. Akak...SA pun dah mula tanam tanaman yang boleh dimakan hasilnya...seronok bila dah nampak semuanya berhasil..sekarang tanam sayur dalam pot je..senang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok bila dapat makan hasil tanaman sendiri

      Delete
  2. best tapi rumah dah takdak tanah dah...

    ReplyDelete
  3. Mak dan abah suka juga tanam pokok. Banyak di sekeliling rumah macam pisang, betik, serai, jambu batu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kan. Bila dah berhasil lagi seronok tengok.

      Delete
  4. tgk ni teringat cempedak goreng!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cempedak goreng antara favorite kat rumah akak.

      Delete
  5. syoknya ada byk tanaman. kami tanam sepokok dua pokok bahan masakan tanam dlm pasu. bolehla buat-buat mkn sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok jer. Tanam dalam pasu pun okay. Mudah nak pindah-pindahkan.

      Delete
  6. subhanallah. sungguh gembira bila tengok hasil menjadi kan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....boloehlah rasa hasil serba sedikit.

      Delete
  7. Semua buah dalam gambar tu feveret saya.. 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kami pun tanam yang kami suka jer hehhe

      Delete
  8. Seronoknya ada pokok ciku and limau bali.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah. bertuah badan la bila menanam dan semua menjadi.
    terbaik!
    suka aida tgk.
    aida pun sedang menanam juga. tapi tu la, lom menjadik sebagaimana yg diharapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah. Akak pun en hubby yang rajin. Kalau harapkan akak belum tentu menjadi sangat..hehe

      Delete
  10. bestnyaa ada pokok limau bali !!! boleh makan puas2..
    tu kalo beli kat rnr Bukit Gantang / Simpang Pulai memang mahal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la geram bila beli makan....last-last jom kita tanam sendiri.

      Delete

Like us on Facebook

Followers