Bila Anak Berjangkit Influenza A
Rabu petang lepas dapat call daripada anak dara di asrama. Dup dap dup dap jugalah sebab di sekolah kak amira sekarang memang ramai anak pelajar yang tidak sihat. Risau, memang risau tapi tetap berdoa agar kak amira tak terjangkit. Kak amira kata demam, cikgu suruh parent ambil balik rumah. Untunglah anak, rumah tak jauh dengan sekolah, kira bila masapun kalau ada kecemasan paling lewat 40 minit ibu ayah boleh terpacak depan asrama sekolah.
Oleh kerana petangnya kak amira dah makan ubat demam, lepas settle semua urusan rumah dan makan malam barulah bergerak bawa kak amira ke klinik. Demamnya pun dah agak tinggi masa ni. Doktor terus keluarkan surat rujukan ke hospital. Tak berlengahlah kami terus ke hospital. Masa ni memang dah tinggi panas badannya. Buat ujian influenza secepat mungkin. Dalam masa setengah jam result keluar - positif. Bermalamlah terus di hospital. Bermula semula episod akak bermalam dan ulang alik ke hospital. Cuma kali ni jaraknya lebih dekat dengan rumah.
Bagitau kat en hubby dan anak-anak, Allah sayang kita, ujian kecil besar kita kena redha dan saling bantu membantu antara satu sama lain supaya kerja harian boleh terus berjalan seperti biasa. Benda yang kita jangka nak jadi, ingatkan demam biasa. Peringatan untuk diri sendiri supaya lebih peka. Demam selsema biasa dan demam influenza ada beza walaupun tak ketara perbezaannya.
Korang kena tau tanda-tanda ni:
) Demam tiba-tiba dan suhu tinggi antara 37.8 - 40
2) Sakit tekak
3) Hidung berair lebih kerap
4) Badan rasa menggigil
5) Sakit kepala
6) Rasa mual
7) Cirit birit
Kedua-duanya berlaku disebabkan serangan virus. Akak pun mula-mula ingatkan Amira demam biasa. Tapi bila demamnya berlaku tiba-tiba dan panas tidak berkurang, lepas tu badan rasa menggigil, memang tak boleh tunggu lagi, kena buat test segera.
Bila berlaku tanda-tanda begini, korang kena bertindak pantas bawa pesakit berjumpa doktor. Kemungkinan berlaku komplikasi yang lebih teruk seperti sukar bernafas, bibir menjadi biru.
Daripada mula warded sehingga hari ketiga, drip 4 botol air. Masa ni antibiotik dan ubat demam semua kena drip sahaja.
Hari ketiga baru ada sedikit selera nak makan. Sebelumnya jenuh mak paksa suruh makan, minum. Kalau dah kena influeza ni kenalah minum air lebih. Hari kedua ni baru keluar daripada ward isolasi. Adalah berkawan dalam bilik tu.
Bagitau kat en hubby dan anak-anak, Allah sayang kita, ujian kecil besar kita kena redha dan saling bantu membantu antara satu sama lain supaya kerja harian boleh terus berjalan seperti biasa. Benda yang kita jangka nak jadi, ingatkan demam biasa. Peringatan untuk diri sendiri supaya lebih peka. Demam selsema biasa dan demam influenza ada beza walaupun tak ketara perbezaannya.
Kenali Beza Influenza dan Selsema biasa
Korang kena tau tanda-tanda ni:
) Demam tiba-tiba dan suhu tinggi antara 37.8 - 40
2) Sakit tekak
3) Hidung berair lebih kerap
4) Badan rasa menggigil
5) Sakit kepala
6) Rasa mual
7) Cirit birit
Kena hadam tanda-tanda ni supaya kita tak panik tiba-tiba.
Kedua-duanya berlaku disebabkan serangan virus. Akak pun mula-mula ingatkan Amira demam biasa. Tapi bila demamnya berlaku tiba-tiba dan panas tidak berkurang, lepas tu badan rasa menggigil, memang tak boleh tunggu lagi, kena buat test segera.
Bila berlaku tanda-tanda begini, korang kena bertindak pantas bawa pesakit berjumpa doktor. Kemungkinan berlaku komplikasi yang lebih teruk seperti sukar bernafas, bibir menjadi biru.
Cara Pencegahan Influenza
Lakukan perkara ini bagi meminimakan anda akan terkena jangkitan. Antaranya ialah:- Apabila anda bersin atau batuk, tutup mulut menggunakan sapu tangan/ tisu.
- Segera buang tisu berkenaan ke dalam tong sampah.
- Segera cuci tangan menggunakan sabun.
- Selalu menggunakan penutup mulut dan hidung terutamanya berada di tempat yang ramai orang.
- Pakai juga penutup ketika anda selesema
- Kerapkan diri untuk mencuci tangan.
- Dapatkan vaksin ini terutamanya kepada golongan yang berisiko iaitu kanak-kanak, orang tua, ibu mengandung dan mereka yang mempunyai sakit kronik.
Empat malam di ward, hari kelima baru boleh discaj, sambung ubat di rumah saja. Sekarang ni masih dalam cuti sakit. Bagi betul-betul sihat dan takde batuk selsema baru boleh hantar sekolah semula. Jenuhlah lepas ni nak cover semula pelajaran yang teringgal hampir 2 minggu. Tak apa, yang penting badan sihat, baru otak boleh cergas dan dapat belajar dalam keadaan selesa.
11 Comments
Nasib baik lepas tu jumpa doktor.
ReplyDeleteApapun dah beransur baik tu yang dah lega.
Alhamdulillah moga kita semua sihat-sihat.
DeleteAllahu. semoga cepat sembuh seperti biasa. aamiin
ReplyDeleteAlhamdulillah sihat dah tapi kena berhati-hati dengan situasi sekarang
DeleteMudah2an cepat sembuhnya
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan anak.. dan cepat sembuh =)
ReplyDeleteTerima kasih siti...jaga diri juga yer
DeleteYa Allah, semoga dye cepat sembuh.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah kembali ke sekolah semula.
DeleteKesian Kakak Mira. Sabar lah ibu dan ayah dan juga 1 family. Benda tak diduga. Ujian dari DIA.
ReplyDeleteLama jugak 4 hari kena warded.
Semoga kakak mira diberi kesembuhan yang baik. Dan cepat2 boleh pergi sekolah ya
Alhamdulillah. Terima kasih atas doa, moga kita semua sihat-sihat.
Delete