Vistana Hotel Penang Lokasi Staycation Yang Sesuai Untuk Keluarga Besar

Friday, January 10, 2020

Vistana Hotel Sesuai Untuk Keluarga Besar


Kita throwback satu lagi kisah masa cuti sekolah baru ni.  Selalu entry lambat nak update sebab tunggu gambar yang ada kat lokasi yang lain-lain.  Nak kena pilih belek mana yang sesuai, banyak sangat gambar kena sensored.  Okay kali ni akak nak cerita sedikit pilihan penginapan dan share dengan korang yang bercadang nak datang ke Pulau Pinang dalam jumlah yang besar dan kalau boleh tak nak tinggal di tempat yang lain-lain.  Biasanya orang akan pilih homestay sebab boleh masak-masak, rilek sambil membawang.  Tapi ada juga yang berminat nak pilih hotel.  Vistana Hotel adalah salah satu tempat yang sesuai untuk korang yang bercadang untuk datang dengan keluarga besar ke Pulau Pinang.  Selain daripada bilik hotel, terdapat juga apartment yang bersebelah sahaja dan di bawah selenggaraan pihak Vistana Hotel. Memang luas !

Meraikan anak saudara kawan akak yang mendirikan rumahtangga pada minggu kedua cuti sekolah.  Jumlah keluarga kawan akak tu hampir 50 orang ...ramai juga. Kalau boleh tak mahu bermalam di tempat yang berbeza, so kawan akak booked lah apartment di Vistana ni.  Akak pun tumpang semalam sebab ada family kawan akak tu tak dapat datang. Since dah siap booking dan bayar, daripada membazir kamilah yang kena jadi bidan terjun. Dah hampir 7 tahun tak bersua muka, memang angguk lajulah bila kawan akak offer. 

penginapan sesuai untuk ramai, lokasi penginapan menarik, bercuti ke pulau pinang, hari keluarga

Akak stay di apartment 3 bilik. Ni bilik pertama, agak luas sedikit daripada 2 bilik lagi.  

penginapan sesuai untuk ramai, lokasi penginapan menarik, bercuti ke pulau pinang, hari keluarga

Bilik kedua dan ketiga lebih kurang saiznya.  Ada katil saiz queen.  Ketiga-tiga bilik ni boleh juga tambah toto sebab saiznya yang agak luas. 

penginapan sesuai untuk ramai, lokasi penginapan menarik, bercuti ke pulau pinang, hari keluarga

Paling best sekali bila stay ramai-ramai ni ialah semua bilik ada toilet masing-masing. Cuma bilik yang ketiga, bilik airnya diluar bilik.  Jadi korang memang tak perlu berebut nak masuk bilik air.  Tak payah kacau bilik air bilik orang lain.  Selain itu, ruang tamunya juga luas. Ada satu lagi bilik kecil yang mengandungi peti ais kecil, tempat iron dan cerek air.  Kira macam mini dapur la cuma tiada tempat untuk memasak.  Memasak adalah dilarang yer.  Ruang makan juga disediakan dengan meja makan besar.  Tak ada pula gambar ruang tamu, mini dapur dan ruang makan yang proper.  Yang ada semuanya kena sensored.

penginapan sesuai untuk ramai, lokasi penginapan menarik, bercuti ke pulau pinang, hari keluarga

Penginapan yang akak dapat adalah di tingkat 20. Tinggi sayup tapi ada pemandangan yang sangat cantik di waktu malam.  Lihatkan Penang yang pesat membangun.

penginapan sesuai untuk ramai, lokasi penginapan menarik, bercuti ke pulau pinang, hari keluarga

Untuk anak-anak, jangan risau, kat sini ada kolah renang.  Saiznya tidaklah besar tapi cukup untuk membuatkan si anak tersenyum kegembiraan.  Terletak di antara bangunan utama hotel dan apartment.


penginapan sesuai untuk ramai, lokasi penginapan menarik, bercuti ke pulau pinang, hari keluarga

Penginapan tidak termasuk sarapan tapi korang boleh je beli kupon sarapan di lobby.  Tapi area Vistana Hotel ni tak susah nak cari makan.  Yang paling hampir ialah Restoran Nasi Kandar Kayu Original.  Jalan kaki saja.  Kami sendiri pun asyik ulang alik saja ke restoran ni.  Kebiasaankan orang kalau datang Penang mesti nak cari nasi kandar.   Untuk sarapan pagi pula, korang boleh singgah di food court Taman Tun Sardon.  Ada macam-macam jenis makanan sarapan pagi di sini.  Lokasinya tidaklah jauh sangat,dalam 5-10 minit memandu kereta.  

So korang yang bercadang nak berhari keluarga di Pulau Pinang ataupun bercuti beramai-ramai ke sini pastikan Hotel Vistana ada dalam list pilihan.






You Might Also Like


10 comments

  1. memang luas bilik tu, puas hati duduk ^_^

    ReplyDelete
  2. wow! cantiklah..mmg sesuai untk big fmily ni :)
    https://denhanda.blogspot.com/2020/01/2020-harga-vaksin-influenza-makin-mahal.html

    ReplyDelete
  3. Cuti sekolah hari tu pun sha stay Vistana Kuantan. Cantik hotel tapi Kuantan takde apartment.

    ReplyDelete
  4. wah boleh masuk wish list ni manatau nak g melawat adik kat mpenang nanti

    ReplyDelete
  5. Kalau tau awal2 kami boleh stay sini je.
    Sebab saya baru balik dari Penang and kami tinggal di Strait Quay Suite satu bilik tapi memang besar ada 4 katil.
    Tempat makan paling dekat nak makan is Dome and Starbucks, haiyoo...
    Next time pegi Penang, boleh lah stay Hotel Vistana pulak.

    ReplyDelete
  6. bila sampai bilik hotel memang wajib tengok katil selesa ke tak dan semestinya tengok bilik air jugak ok ke tak. Nampak selesa sangat tu, best best heheheh :p

    ReplyDelete
  7. nampak selesa tempatnya.
    Ada kolam pulak tu

    ReplyDelete
  8. Best tu hotel siapa ada swimming pool lagi..

    ReplyDelete
  9. Senang kan boleh breakfast kat taman tun sardon lagi 🤤

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Followers