Benda baik eloklah kita kongsi bersama.

Sebagai pengguna talian mudahalih, akak memang suka guna daripada beberapa service provider.  Salah satu tujuannya adalah untuk kemudahan sekiranya hilang liputan.  Antara satu service provider dengan yang lain, adakala tak sama kawasan liputannya.


Cara Mudah Tukar Simkad Talian Maxis


Biasanya bila nak tukar simkad disebabkan rosak atau hilang, mesti nak kena pergi kaunter, ambil nombor, tunggu giliran sebelum boleh dapat simkad baru.  Itu yang akak pernah laluilah.  Mungkin dah lama service provider kita menggunakan kiosk sebagai cara mudah untuk tukar simkad. 

Baru-baru ni akak pergi tukarkan simkad talian 012 yang abang Irfan guna. Memandangkan talian didaftarkan atas nama akak, kenalah akak yang tukarkan.  Simkad asal perlu dibatalkan sebab abang Irfan tak guna pun  di India.  Daripada akak dok bayar setiap bulan, baiklah akak tukarkan simkadnya dan bagi anak-anak yang lain guna.  Nak terminate sayang pula sebab nombor pilihan keluarga yang mudah diingat.

Akak pun pergi ke Maxis Center berdekatan untuk buat pertukaran.  Dalam hari dah terbayang nak kena tunggu lama, orang ramai. Tapi meleset yer korang! Masa sampai, akak kata nak tukar simkad, terus amoi yang bertugas tu bagitau, you boleh buat pertukaran di sini, sambil tunjukkan ke arah kiosk yang ada kat situ.

Memandangkan awal dan orang tak ramai, amoi tu tunjuk dan buatkan untuk akak. Mudah sangat, tak sampai 5 minit pun urusannya.



tukar simkad maxis, simkad hilang, tukar simkad baru, kiosk memudahkan kerja

Mula-mula pilih transaksi yang korang nak buat. So yang ni pilih nak tukar simkad.

tukar simkad maxis, simkad hilang, tukar simkad baru, kiosk memudahkan kerja

Pastikan tuanpunya yang buat sebab nanti dia nak bio thumb print. Masukkan nombor talian yang terlibat.

tukar simkad maxis, simkad hilang, tukar simkad baru, kiosk memudahkan kerja

Tunggu arahan lanjut. Minta masukkan mykad.

tukar simkad maxis, simkad hilang, tukar simkad baru, kiosk memudahkan kerja

Masukkan mykad untuk tujuan pengesahan.

tukar simkad maxis, simkad hilang, tukar simkad baru, kiosk memudahkan kerja

Lepas tu dia suruh letak ibu jari untuk pengesahan thumb print pulak.

tukar simkad maxis, simkad hilang, tukar simkad baru, kiosk memudahkan kerja

Selesai tu, tunggu je la simkad siap.

tukar simkad maxis, simkad hilang, tukar simkad baru, kiosk memudahkan kerja

Simkad yang dah siap akan keluar kat sini.  Lepas dapat simkad baru, bolehlah korang aktifkan di handphone. Senang kan?

**terima kasih pada yang ambil gambar ni. Gambar akak copy kat google je. Akak tak sempat tadi ambil gambar.


Akak tak pasti samada provider lain juga menggunakan kaedah yang sama.  Nak kena pergi survey kat outlet depa.  Akak memang suka buat perbandingan pada perkhidmatan yang digunakan.  Pilih yang mudah dan tidak memeningkan kepada pengguna.  Masa itukan emas, so kalau boleh mana yang kita buat dalam masa yang singkat eloklah kita cuba.

Harap info ini membantu korang !

10 Comments

  1. dah mudah sangat sekarang ni. ingat lagi zaman dulu masa hilang simkad, jenuh la nak menunggu simkad baru sampai. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...dah lama tak pi outlet sbb nak tukar sim, masa pi hari tu terkejut jugak....ooo mudahnya.

      Delete
  2. Nak tanya kena bayaran tak nak tukar sim card?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tukar tu tak kena apa-apa. Dalam bil pun tak nampak sebarang caj.

      Delete
  3. mudah sangat eh sekarang, takpayah isi borang apa semua dah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, mudah sangat. Tekan sana sini, tau tau keluar simkad baru. Terus boleh guna. Tak perlu nak tunggu giliran bagai dah.

      Delete
  4. wah senang je sekarang nak buat simcard baru.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Itulah peredaran teknologi yang kadangkala tak terkejar nak update memory sendiri.

      Delete