Tak pasti siapa yang mula menulis kata-kata ini. Akak pun terima daripada perkongsian rakan-rakan di group wasap.  Memang terkesan sangat.  Sebagai seorang ibu, memang inilah yang akak selalu buat.  Cuba korang baca bait demi bait. Alfatihah untuk arwah mak akak.

kata emak, nasihat ibu, ibu segalanya, sayangi ibu anda
**credit to google


Mak tu,
Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak.

Mak tu,
Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu.

Mak tu,
Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar-sedar lauk kegemaran kamu ada kat atas meja.

Mak tu,
Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu-tahu dia yg bagi jalan untuk kamu selesaikan masalah kamu.

Mak tu, 
Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dalam setiap solatnya ada doa utk kamu.

Mak tu,
Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu.

Mak tu,
Walau kamu dah besar panjang dan tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dapat masakkan dan sendukkan nasi ke pinggan anak-anaknya.

Mak tu,
Walau katanya dia dah tua nak rehat tak nak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan. 

Mak tu,
Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dengan penuh selera.

Mak tu,
Walau mulutnya kata dia ok, tapi hatinya Allah je yg tahu.

Mak tu, 
Walau dia makin tua makin lupa, tapi dia tak pernah lupa janji anak-anaknya.

Mak tu,
Walau dia kelihatan tenang dikala kamu sedang susah, tapi dialah yg sebenarnya paling sedih.

Mak tu,
Walau dia kelihatan kuat, tapi dialah paling lemah bila anaknya susah.

Mak tu,
Walau dia cakap dia tak suka apa yg kamu buat, tapi dalam diamnya dia cuba mengikut apa yang kamu mahu.

Mak tu,
Tiada gantinya walau berapa harta yg kita ada. Tiada gantinya walau dia buruk atau miskin. Tiada gantinya walau siapapun kamu. Tiada gantinya walau kau dpt mak angkat, mak mertua atau mak apapun yg dilihat jauh lebih sempurna, namun Mak kita takkan pernah sama dgn sesiapa. Sebab dia mak kita. DIA MAK KITA. 

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

**terima kasih pada yang berkongsi.

20 Comments

  1. al-fatihah untuk arwah makcik. semoga yg masih ada mak, memanfaatkan peluang yg ada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih....betul tu..sayangi dan manfaatkan peluang sementara masih ada kesempatan.

      Delete
  2. Mak is always perfect.. waa rindu mak mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. No doubt about it. Moga anak-anak kita juga sentiasa sayangi kita tak kira apa juga keadaan.

      Delete
  3. Allahuakbar. sedih nya rasa hati teringatkan mak dekat rumah. semoga Allah permudahkan urusan mak kita semua, diberi kesihatan yang baik dan diberikan balasan syurga di negeri akhirat. amin ya rabb..

    ReplyDelete
  4. Huhu..saya menangis. Rindu bonda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga dipermudahkan urusan bonda walau dimana juga berada.

      Delete
  5. I can't, rasa nak nangis because it's all true

    ReplyDelete
  6. Baca tajuk entry pun dah sedih kak 😭

    Baca bait² yang dikongsikan, lagi lah rass syahdu.

    Ya, kasih sayang seorang ibu tiada tolok bandingnya.

    Kasih yang membawa ke syurga.

    Al fatihah buat arwah mak akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Sentiasa berusaha untuk jadi mak terbaik untuk anak-anak.

      Delete
  7. Fuhhhh ai kalau dapat whatsapp panjang gitu jarang baca. Dalam blog je baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca sikit-sikit, tertarik tu yang copy simpan dalam blog.

      Delete
  8. Replies
    1. Samalah kita. Alfatihah untuk bonda kita yer..

      Delete