Korang follow drama ni?  Akak tengok juga tapi tiap-tiap hari terlewatlah bukan pada waktu siaran. Tapi still hari yang sama, so takde la tertinggal jauh.  Tinggal lagi 2 episod yang pastinya meruntun, menarik dan macam-macam me... lagi pada korang yang menontonnya. Personally, nak kata cerita ni best sangat, taklah juga. Cuma adalah kelainannya dan nilai-nilai yang korang boleh lihat sendiri yang sememangnya berlaku dalam kehidupan kita ni.

Sepanjang 26 episod yang telah ditayangkan, korang boleh nampak betapa persahabatan yang kalau disalah bawa memang menyakitkan, apatah lagi lagi kalau yang bersahabat itu lelaki dan wanita.  Walau macamana korang kata hanya kawan biasa tapi kalau korang memang rapat sedikit sebanyak akan tumbuh rasa sayang tu. So hati-hatilah dalam berkawan, ada kawan yang sokong membawa rebah, ada yang seperti musuh dalam selimut.

Dalam drama ini juga korang boleh nampak, kalau kata seorang ibu, sampai bilapun dia akan cuba pertahankan anak dan keluarganya.  Biarlah orang sekeliling kata apa, namun di matanya anak dan keluarga itu adalah yang terbaik.  Ibu sanggup berkorban, sanggup menanggung beban asalkan anak dan keluarga tiada diburuk-burukkan.  

Adellea sofea, drama terbaik mira filzah, drama bersiri tv3,


Sinopsis Adellea Sofea

Mengisahkan mengenai Adellea Sofea, seorang  pensyarah berkelulusan Ijazah Sarjana amat selektif memilih calon suami. Sofea yang mempunyai ramai pengikut di laman sosialnya sering memuat naik kata-kata dan video penuh motivasi dalam memberi panduan bagaimana untuk memilih pasangan yang baik untuk wanita.

Dalam diam, Sofea sedang berkawan dengan Alif Firdhaus (Fir) yang dikenalinya di medium media sosial selama dua tahun. Sofea tertarik dengan Fir kerana Fir sering memuat naik videonya  bermain gitar dan seringkali juga dia tujukan video khas untuk Sofea. Hanya melalui kata-kata yang Firdhaus kongsikan dalam media sosial, Sofea menyimpulkan yang Firdhaus datang dari keluarga yang bahagia. Secara tak langsung, Sofea berpendapat yang Firdhaus adalah lelaki yang sempurna juga untuk menjadi suami.

Tanpa Sofea ketahui, Firdhaus menyimpan satu rahsia. Perkenalan dengan Dr. Fauziah (Fazlina Ahmad Daud) membawa Sofea ke rumah keluarga Firdhaus yang dikejutkan dengan kepulangan Firdhaus secara tiba-tiba. Sejak itu, perhubungan mereka semakin serius tetapi adik, Firdhaus iaitu Ilya (Bella Dally) tidak bersetuju. Ilya menyimpan dendam pada Fir, kerana ibu bapa lebih-lebih lagi Dr. Fauziah mereka sering menyebelahi abangnya berbanding dirinya.  En Izham dan Ilya kurang senang kepulangan Firdhaus kerana ada rahsia di antara mereka. Firdhaus nyatakan hasrat untuk kahwin dengan Sofea.

Setelah berkahwin, segalanya mula berubah apabila Sofea mendapat tahu Firdaus merupkan seorang penagih dadah. Rumahtangga yang bahagia mula berantakan.

Pemilihan pelakon yang mantap menambah perisa pada drama ini.  Kalau korang tak percaya, skodeng ig @ungkuismailaziz yang memegang watak Fir. Ramai sungguh pengikut yang sekarang ni berbaju putih dengan jeans atau slack. Fir kononnya !! Mira Filzah, tak perlu disangkal lagi, dengan muka comel dan ayunya memang sesuai dengan watak yang dibawa.

So korang, pastikan jangan terlepas 2 episod akhir ni. nak bagi perangat sikit, tengok dulu episod 26...refresh balik apa yang dah jadi. Skodeng do youtube untuk episod-episod yang lain.