Korang follow drama ni?  Akak tengok juga tapi tiap-tiap hari terlewatlah bukan pada waktu siaran. Tapi still hari yang sama, so takde la tertinggal jauh.  Tinggal lagi 2 episod yang pastinya meruntun, menarik dan macam-macam me... lagi pada korang yang menontonnya. Personally, nak kata cerita ni best sangat, taklah juga. Cuma adalah kelainannya dan nilai-nilai yang korang boleh lihat sendiri yang sememangnya berlaku dalam kehidupan kita ni.

Sepanjang 26 episod yang telah ditayangkan, korang boleh nampak betapa persahabatan yang kalau disalah bawa memang menyakitkan, apatah lagi lagi kalau yang bersahabat itu lelaki dan wanita.  Walau macamana korang kata hanya kawan biasa tapi kalau korang memang rapat sedikit sebanyak akan tumbuh rasa sayang tu. So hati-hatilah dalam berkawan, ada kawan yang sokong membawa rebah, ada yang seperti musuh dalam selimut.

Dalam drama ini juga korang boleh nampak, kalau kata seorang ibu, sampai bilapun dia akan cuba pertahankan anak dan keluarganya.  Biarlah orang sekeliling kata apa, namun di matanya anak dan keluarga itu adalah yang terbaik.  Ibu sanggup berkorban, sanggup menanggung beban asalkan anak dan keluarga tiada diburuk-burukkan.  

Adellea sofea, drama terbaik mira filzah, drama bersiri tv3,


Sinopsis Adellea Sofea

Mengisahkan mengenai Adellea Sofea, seorang  pensyarah berkelulusan Ijazah Sarjana amat selektif memilih calon suami. Sofea yang mempunyai ramai pengikut di laman sosialnya sering memuat naik kata-kata dan video penuh motivasi dalam memberi panduan bagaimana untuk memilih pasangan yang baik untuk wanita.

Dalam diam, Sofea sedang berkawan dengan Alif Firdhaus (Fir) yang dikenalinya di medium media sosial selama dua tahun. Sofea tertarik dengan Fir kerana Fir sering memuat naik videonya  bermain gitar dan seringkali juga dia tujukan video khas untuk Sofea. Hanya melalui kata-kata yang Firdhaus kongsikan dalam media sosial, Sofea menyimpulkan yang Firdhaus datang dari keluarga yang bahagia. Secara tak langsung, Sofea berpendapat yang Firdhaus adalah lelaki yang sempurna juga untuk menjadi suami.

Tanpa Sofea ketahui, Firdhaus menyimpan satu rahsia. Perkenalan dengan Dr. Fauziah (Fazlina Ahmad Daud) membawa Sofea ke rumah keluarga Firdhaus yang dikejutkan dengan kepulangan Firdhaus secara tiba-tiba. Sejak itu, perhubungan mereka semakin serius tetapi adik, Firdhaus iaitu Ilya (Bella Dally) tidak bersetuju. Ilya menyimpan dendam pada Fir, kerana ibu bapa lebih-lebih lagi Dr. Fauziah mereka sering menyebelahi abangnya berbanding dirinya.  En Izham dan Ilya kurang senang kepulangan Firdhaus kerana ada rahsia di antara mereka. Firdhaus nyatakan hasrat untuk kahwin dengan Sofea.

Setelah berkahwin, segalanya mula berubah apabila Sofea mendapat tahu Firdaus merupkan seorang penagih dadah. Rumahtangga yang bahagia mula berantakan.

Pemilihan pelakon yang mantap menambah perisa pada drama ini.  Kalau korang tak percaya, skodeng ig @ungkuismailaziz yang memegang watak Fir. Ramai sungguh pengikut yang sekarang ni berbaju putih dengan jeans atau slack. Fir kononnya !! Mira Filzah, tak perlu disangkal lagi, dengan muka comel dan ayunya memang sesuai dengan watak yang dibawa.

So korang, pastikan jangan terlepas 2 episod akhir ni. nak bagi perangat sikit, tengok dulu episod 26...refresh balik apa yang dah jadi. Skodeng do youtube untuk episod-episod yang lain.

25 Comments

  1. Sakit hati tgok citer ni..gerammm je...SA selalu tgok kat youtube

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...berjaya la depa berlakon bila penonton geram

      Delete
  2. Lagi nak habis plot dia makin perlahan la pulak kan..hehehe...
    yeay...tak sabar nk tgk si ikram tu kena tangkap

    ReplyDelete
  3. Drama melayu kedua yang tengok dari episode satu sampai habis haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe....akak pun jarang tengok drama melayu daripada episod satu. Biasanya langkau-langkua.

      Delete
  4. Tengok cerita drama ni beberapa di awalan episod sis, bagi ju ceritanya plot best, tapi dah ketinggalan pula sebab kekangan kerja. Nanti nak tgk balik sambungan di internet hehe

    ReplyDelete
  5. Suka sgt tgok Mira Filzah ni berlakon..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mira Filzah antara pelakon wanita yang akak suka tengok

      Delete
  6. Orang rumah saya suka tengok drama ni, saya pun terikut tengok sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okaylah tu boleh juga temankan orang rumah kan.

      Delete
  7. Saya peminat cita bi. Hari ni dh hbis.. Seronok cita ni.. Watak mira filzah dan ungku ismail ni pon best

    ReplyDelete
  8. tak boleh nak komen mana sbb x tgk hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...okay jer...akak tengok pun sebb suka follow pelakon drama ni.

      Delete
  9. Mrs. A pun layan jugak citer nih! memang menarik tapi tulah minggu terakhir ni tak sempat tengok laterlah tengok kat internet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe sekarang boleh cover balik tengok kat internet.

      Delete
  10. Maaf Kak. Ruby tak tengok drama hat ni. Ada lah tengok iklan nya kt tv tu. Hehe. So tak leh komen lebih ;)

    Dari sinopsis akak bagi, Fir tu penagih dadah. Mesti hati si isteri-Mira Filzah tu sakit sangat bila dapat tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul si Fir ni penagih dadah. Tentulah si isteri sakit hati tapi tetap nak bantu en suami pulih semula.

      Delete
  11. suka juga tengok pelakon lelaki tu. tapi saya jarang tengok drama. tak suka ikut cerita bersiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..ungku ismail ada cara penyampaian waatak tersendiri.

      Delete
  12. Saya tengok kat youtube tonton. Memang rasa geram 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya pun tengok kat youtube juga selalunya.

      Delete
  13. tengok episod last je 😅

    ReplyDelete