Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami
Tolong Sempurnakan Cerita Mami
Drama baru yang akak tengah follow sekarang. Tengok pada tajuk, akak dah rasa macam cerita mesti tentang keluarga. Tengok episod 1 dulu. Macam best. Follow terus dan dah terlekat untuk ikuti setiap episod. Kalau kisah berkenaan keluarga, anak-anak ni memang mudah sangat tersentuh. Jalan ceritanya pun taklah mengarut sangat seperti sesetengah cerita. Cuma dalam drama ni, terfikir juga, masih adakah lagi suami yang sanggup mengatur hidup keluarganya walaupun setelah bercerai. Jarang jumpa kot.
Drama yang juga adaptasi novel karya Syamnuriezmil. Kali ni akak tak pernah baca lagi novel ni, so kena follow drama je lah.
Sinopsis Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami
Adeena Aurell (Addie) berusia sepuluh tahun, merupakan anak tunggal pasangan Razean Safiya dan Aun Adwa. Penceraian kedua ibu bapanya mengganggu kehidupan Addie yang sentiasa berpindah seperti orang nomad. Addie mula membuat rancangan untuk satukan mami dan papanya semula. Tetapi rancangan Addie semuanya gagal.
Muncul Ku Harez Harith yang dipanggil Cikgu Ku yang mengetahui lebih banyak tentang dirinya sewaktu kecil. Rupa-rupanya Cikgu Ku, kawan baik mama papa dan menghabiskan empat tahun menjaga Addie di London tetapi terputus hubungan sewaktu Addie pulang ke Malaysia.
Pelik kenapa hubungan yang begitu erat itu terputus telah membawa Addie terjerumus dalam rancangan papanya untuk menyatukan mami dengan Cikgu Ku.
Apa yang menarik dalam drama ini ?
1) Suka pada watak Addie yang petah bercakap dan melakonkan wataknya dengan baik.
2) Jalan ceritanya mudah difahami.
3) Watak-watak sampingan yang saling membantu menjadikan jalan cerita pada setiap episod tidak boring.
Pelakon yang menjayakan drama ini terdiri daripada pelakon lama dan baru. Gandingan menarik. Antaranya ialah Fatimah Noryyah, Fizz Fairuz, Isyariana, Alvin Chong, Nasz Sally, Ummi Umairah, Azizah Mahzan, Eleena Sui dan ramai lagi.
Bersiaran pada setiap hari Isnin sehingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria. Kalau terlepas menonton, boleh je cari kat online, tonton bila ada masa terluang.
Setakat yang akak dah tonton, boleh bagi 4/5 bintang. Pada korang yang suka tengok drama yang ringan tapi ada banyak moral story, bolehlah tengok cerita ni.
6 Comments
Nampak menarik.. Sha pun tak baca lagi novel ini.. Nampaknya kena tonton drama jugalah..
ReplyDeleteMenarik cerita ni pada akak sbb apa-apa sahaja kisah yang berkait dengan anak-anak terutama yang masih kecil memang akak suka tengok.
DeleteBaru tengok berapa episod. dah banyak missed. okay juga layan cerita ni.
ReplyDeleteLayan kat youtube je sampai habis.
Deletedrama yg aida x berjaya tgk jugak :(
ReplyDeletehu hu hu hu...
ramai gak yg review citer ni.
Tengok online saja. Yup menarik ceritanya.
Delete