Satu lagi drama menarik untuk ditonton.  Dah jadi peminat drama rantaian pulak akak ni.  Mengisi masa senggang bila ada kesempatan. Kebanyakan drama rantaian yang disiarkan selalunya berkisar cinta orang kaya, cinta tak kesampaian, hasad dengki dan iri hati. Plot yang macam tu dah biasa sangat.  Kita cari yang lain sedikit jalan ceritanya.  Drama Camelia ni dah banyak kali juga iklannya akak nampak.  Cuba nonton episod 1 dulu dan nampaknya menarik untuk dihabiskan.  Kalau korang tak percaya cuba dulu tengok episod 1.

Sinopsis Camelia

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan.

Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak.

Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.

Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan Mariam memiliki 'split identiti'.

Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama 'Camelia'. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan 'Camelia'


slot samarinda tv3, drama terbaru, camelia, diana daniel, saharul rizwan


Drama ini disiarkan di slot Samarinda TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.  Antara pelakon utamanya ialah Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad, Aidil Aziz, Qistina Raisah, Puteri Balqis, Redzwan Adha, Mak Engku.

Drama ni hanya 15 episod je so tak lama lagi nak habis. Untuk korang yang nak follow cerita ni akak share dulu episod 1-9 untuk tontonan korang sambil-sambil rehat hujung minggu.

Camelia Episod 9

Camelia Episod 8

Camelia Episod 7

Camelia Episod 6

Camelia Episod 5

Camelia Episod 4

Camelia Episod 3

Camelia Episod 2

Camelia Episod 1

14 Comments

  1. seronok jugak drama. rasa mcm marina pun ada isu dengan mental. she needs help too. kesian dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mental sebab sejarah silam. Macam-macam sakit mental ada.

      Delete
  2. oh itu punca tajuk drama ni nama camelia. hahahaha husna tgk pon putus2, tak sempat nak taw whole story XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Menarik juga nak tahu lebih lagi tentang split personality ni.

      Delete
  3. Baru semalam tengok program 'Drama Sangat' ada barisan pelakon-pelakon Camelia buat lawak.

    ReplyDelete
  4. ruby layan juga cerita ni kak. hehe. mula mula tengok konpius betul mana datangnya tajuk camelia tu kan. dah semua 3 beradik tu dari huruf M.

    episod ke berapa ntah, ouhh baru tahu kenapa camelia.

    cerita ni tak boring. tak de cerita orang kaya tak terima orang miskinlah, cinta tak di restui ke apa. ni kisah memang wujud perwatakan begitu kan kak. ntah apa ya orang panggil penyakit tu, pasal identiti. hehehe

    sapa yang belum tengok tu, boleh lah tgk setiap episod. kak AZ siap bagi link sekali dah atas tu :}

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun ceritanya orang miskin nak jadi kaya, iri hati, dengki...tapi ianya digarap cara lain menyebabkan cerita ni jadi lebih menarik.

      Delete
  5. Tak sabar nak layan next episod. nak tengok ending apa jadi dengan marina tu. geram pulak dengan perangai dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ending dia taklah mendukacitakan kan...hehe

      Delete
  6. Cerita ni kita yang jarang tengok drama melayu pun jadi terkedip-kedip juga malangut depan tv

    ReplyDelete
  7. oooo di situ la muncul nyer nama camelia ye?
    aida tgk awal2 je.
    confuse - mana dtg nama tajuk tu sebab watak xde plak camelia.
    oooo baru ku tahu.
    now tak sempat tgk live. maybe kena repeat utube la next week.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...split personality. Menarik juga follow sampai habis.

      Delete