Satu lagi drama menarik untuk ditonton.  Dah jadi peminat drama rantaian pulak akak ni.  Mengisi masa senggang bila ada kesempatan. Kebanyakan drama rantaian yang disiarkan selalunya berkisar cinta orang kaya, cinta tak kesampaian, hasad dengki dan iri hati. Plot yang macam tu dah biasa sangat.  Kita cari yang lain sedikit jalan ceritanya.  Drama Camelia ni dah banyak kali juga iklannya akak nampak.  Cuba nonton episod 1 dulu dan nampaknya menarik untuk dihabiskan.  Kalau korang tak percaya cuba dulu tengok episod 1.

Sinopsis Camelia

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan.

Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak.

Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.

Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan Mariam memiliki 'split identiti'.

Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama 'Camelia'. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan 'Camelia'


slot samarinda tv3, drama terbaru, camelia, diana daniel, saharul rizwan


Drama ini disiarkan di slot Samarinda TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.  Antara pelakon utamanya ialah Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad, Aidil Aziz, Qistina Raisah, Puteri Balqis, Redzwan Adha, Mak Engku.

Drama ni hanya 15 episod je so tak lama lagi nak habis. Untuk korang yang nak follow cerita ni akak share dulu episod 1-9 untuk tontonan korang sambil-sambil rehat hujung minggu.

Camelia Episod 9

Camelia Episod 8

Camelia Episod 7

Camelia Episod 6

Camelia Episod 5

Camelia Episod 4

Camelia Episod 3

Camelia Episod 2

Camelia Episod 1