Staycation di Homestay Greenville, Balik Pulau, Pulau Pinang

Monday, December 23, 2019
Jom kita throwback

Awal cuti sekolah, aktiviti pertama kami sekeluarga adalah menyertai perjumpaan keluarga sekolah kak Amira.  Semuanya bekas geng PIBG sekolah.  Group ni selalu je buat aktiviti tapi akak jarang sangat join.  Sesekali bila betul-betul berkelapangan, barulah kami turut serta.  Kali ni aktiviti bermalam sambil beramah mesra antara setiap keluarga yang turut serta.  Meriah sangat dan tempat pilihan pun cantik dan serta selesa.  Homestay Greenville merupakan lokasi yang sangat sesuai kalau korang bercadang nak bercuti sambil berehat dalam suasana kampung yang berhampiran dengan pantai.  Terletak tidak jauh daripada Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang.  Ramai yang menyangka Pulau Betong itu adalah sebuah pulau, samalah macam akak mula-mula dulu.  Pulau Betong, Balik Pulau ni merupakan sebuah perkampungan, terletak di  daerah Balik Pulau dan mempunyai kawasan pantai yang menarik.


cuti keluarga, homestay menarik di balik pulau, homestay balik pulau, bercuti di balik pulau
Masuk ke kawasan ni boleh nampak logo ni. Rumah semi D tiga tingkat, besar dan luas.


Staycation di Homestay Greenville, Balik Pulau


Homestay Greenville ni merupakan rumah semi D tiga tingkat.  Besar, luas, selesa dan cantik.  Mempunyai 4 buah bilik yang besar dan 4 buah bilik air. So korang tak payah berebut.  kami stay satu rumah 4 keluarga.  Korang boleh bawa toto tambahan sahaja sekiranya keluarga besar.  Sesuai sangat untuk dijadikan tempat berkumpul keluarga sebab ada kawasan untuk bbq, ruang halaman yang agak luat tapi takde kolam renang ye. 

cuti keluarga, homestay menarik di balik pulau, homestay balik pulau, bercuti di balik pulau

Salah satu homestay yang kami tempah. Kira homestay utama sebab kat sinilah tempat kami memasak, berkumpul, berbbq, bersembang dan macam-macam aktiviti lagi.

Kami sewa 3 buah rumah dan hampir 15 family yang turut serta.  Jumlah kami termasuk anak-anak agak besar juga.  Puas main masak-masak, makan-makan, sembang-sembang, jalan-jalan dan macam-macam lagi lah yang kami buat dari petang tiba sampailah balik keesokan harinya.

Homestay ini juga terletak tidak jauh daripada pantai Pulau Betong.  Pantai ini terletak berhampiran dengan PLKN Balik Pulau.  Pantai ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda tapi boleh je kalau nak main air tepi-tepi dengan pengawasan.  Tidak ramai yang singgah di sini so pantai dia masih cantik pasirnya. Apa aktiviti yang sesuai di sini? Korang boleh berkelah sambil memancing atau bermain woodball pantai, bola tampar dan berehat santai.

cuti keluarga, homestay menarik di balik pulau, homestay balik pulau, bercuti di balik pulau

Pantai Pulau Betong dari pandangan atas.  Masa ni masing-masing sedang siapkan fairway untuk game woodball.  Akak tak main, cuma pi tengok saja.

cuti keluarga, homestay menarik di balik pulau, homestay balik pulau, bercuti di balik pulau

Antara pemain woodball Penang.  Seronok mereka ni dapat memukul kayu tu atas pasir pantai.  Mencabar berbanding bermain di padang. Tambahan pula kawasan pantai ni agak luas dan tak ramai sangat pengunjung waktu pagi. 

cuti keluarga, homestay menarik di balik pulau, homestay balik pulau, bercuti di balik pulau

Anak-anak pula seronok bermain di tepian pantai.  Tepi-tepi sahaja yang dibenarkan dan perlu ada pengawasan.

cuti keluarga, homestay menarik di balik pulau, homestay balik pulau, bercuti di balik pulau


Salah satu aktiviti yang dijalankan oleh rakan-rakan yang turut serta ialah permainan woodball pantai.  Permainan ala-ala golf ni boleh dikatakan sangat mendapat sambutan dikalangan kawan-kawan kami ni.  Boleh dikatakan hampir setiap minggu mereka bermain woodball di padang, cuma sesekali tukar angin ke pantai.  Tapi akak tak join, lebih suka berjalan-jalan di tepian pantai.

Kalau korang peminat laksa..hhaaa...di Balik Pulau nilah ada dijual laksa yang terkenal iaitu laksa janggus.  Selalu penuh sahaja kedainya bila lalu.  Oleh kerana di homestay kami juga ada menu laksa so tak singgahlah di kedai laksa janggus ni, mungkin lain kali.

Untuk korang yang nak betul-betul berehat dengan keluarga atau buat family day di Balik Pulau ni, Homestay Greenville ni adalah antara lokasi penginapan yang sesuai untuk korang pilih.  Tak perlu pergi mana dah, semuanya korang boleh buat di sini. Lebih meriah dan lebih akrab.

cuti keluarga, homestay menarik di balik pulau, homestay balik pulau, bercuti di balik pulau

cuti keluarga, homestay menarik di balik pulau, homestay balik pulau, bercuti di balik pulau

Antara lauk tengahari selepas sesi permainan woodball.  Ikan bawal emas segar masak kari. Memang yummylah !!

cuti keluarga, homestay menarik di balik pulau, homestay balik pulau, bercuti di balik pulau
Semasa malam bbq. Kawasan homestay ni agak luas dan boleh menempatkan lebih 100 orang untuk satu-satu program.  Nak buat lokasi kenduri kahwin pun sesuai tau.

Korang boleh cari info lanjut tentang homestay ini di facebook.   Taip sahaja Homestay Greenville Balik Pulau. Manalah tahu bila tiba musim durian Balik Pulau nanti ada yang nak bermalam di sini.

Selesai staycation satu malam di Penang.  Next ke mana kita?


You Might Also Like


14 comments

  1. Beatnya balik pulau, rindu sangat 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mailah Balik Pulau dah macam-macam ada sekarang ni.

      Delete
  2. Besar kawasannya tu kak boleh memuatkan 100 orang. Memang sesuai sangat sebagai tempat gathering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, rumahnya pun boleh muat 20-30 orang dewasa kot. Kalau family besar tu memang sesuai sangat nak bergather gather.

      Delete
  3. best homestay... besar dan cantik sesuai untuk beraktiviti

    ReplyDelete
  4. Sesuai utk family day yg besar² ni...

    ReplyDelete
  5. Wow besarnya tempat ni... Boleh la saya membawa sekeluarga bila buat outing-outing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kalau sampai sini. Menarik suasana pun tak crowded.

      Delete
  6. bestnya buat aktiviti gathering macam ni, boleh rapatkan lagi hubungan silaturahim :)

    jemput join ye https://tiaarasapphire.blogspot.com/2020/01/segmen-bloglist-2020.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sesekali boleh berkumpul ramai-ramai.

      Delete
  7. Bestnya tempat dia..
    Cantik pantainya..

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Followers