Lama menyepi tanpa cerita.  Back to back akak sibuk dengan macam-macam hal.  Dari awal cuti sekolah, uruskan en hubby yang menjalani operation kecil, bersambung pula dengan mini gathering dengan kawan-kawan, follow up adik wan di klinik nefro, jemputan kenduri dan tugasan di pejabat pun dah makin terkejar-kejar sebelum masing-masing bercuti.

Penat dan alhamdulillah masih diberi kesihatan baik untuk buat semua yang termampu.

En try hari ini tiada kaitan dengan tugasan ataupun review.  Akak rindu nak menulis. Nak tulis kisah rawatan en hubby di hospital.  Sebenarnya tiada langsung perancangan untuk berlama di hospital.  Asalnya en hubby mengadu sakit telinga dan kadang kala terjejas pendengaran.  Berlarutan hampir seminggu sebelum cuti sekolah bermula.  Hanya berulang alik ke klinik biasa sahaja.  Sampailah sehari sebelum cuti sekolah bermula, doktor sarankan kami rujuk ke pakar memandangkan tiada perubahan pada rasa sakit dan kurang selesa yang dialami. 

Saranan doktor kami terima dan seawal pagi Sabtu, akak teman en hubby ke Hospital Pantai Penang. Pergi awal kononnya bolehlah selesai awal dan malam sebelum tu akak dah dapatkan siap-siap GL daripada panel syarikat tempat kerja.  

Akak memang fobia dengan hospital ni.  Bila masuk mesti sebolehnya nak cepat je keluar.  Sambil melayan adik wan, sampailah giliran en hubby.  Kagum! Yup akak memang selalu akan kagum dengan cara penerangan dan pemeriksaan seorang doktor pakar.  Penerangan yang jelas dari satu bahagian ke satu bahagian sampai korang faham.  Rasa sakit telinga en hubby adalah berpunca daripada sinus.  Hmmm...ada sinus rupanya. Sinus atau biasa kita panggil sebagai resdung.  Biasanya orang yang mengalami resdung ni suka bersin di waktu pagi, gatal-gatal hidung dan muka. Tapi en hubby jarang sangat ada tanda-tanda ini so kami rasa seperti tidak serius sangat.  Rupanya dah agak serius.  Cecair pekat seperti nanah telah mula berkumpul di saluran telinga menyebabkan berlaku tekanan pada gegendang telinga dan ada sedikit kebocoran berlaku di gegendang telinga. Sekiranya dibiarkan ada kebarangkalian akan hilang deria pendengaran.



bahaya sinusitis, sakit kepala, pencegahan sinusitis, akibat penyakit sinusitis

Sempat snap gambar ni semasa jumpa doktor.  Bahagian yang berwarna kuning tulah tempat pengumpulan sinus dan perlu dibersihkan untuk kembalikan kesihatan pernafasan dan rasa tidak selesa pada pendengaran dan rongga hidung.

Patutlah en hubby rasa tak selesa di bahagian telinga.  Satu satu doktor terangkan pada kami dan untuk jangkamasa panjang doktor sarankan en hubby menjalani pembedahan kecil untuk membersihkan bahagian-bahagian yang berlakunya mengumpulan cecair pekat ini.  Sambil mendengar doktor bercerita, sambil membayangkan apa yang akan beliau lakukan semasa proses pembedahan itu nanti. Huh! Fobia lagi akak dengan pembedahan.

Tanda-tanda Kehadiran Gejala Sinusitus


Lain orang mungkin lain tandanya.  Walau bagaimanapun kebiasaannya tanda-tanda kehadiran sinusitus lebih kurang sama antara satu individu dengan individu lain.  Antaranya :

- Kesakitan telinga
- Batuk yang mungkin bertambah buruk pada waktu malam
- Sakit tekak
- Nafas tersangkut atau sesak nafas
- Keletihan atau kesengsaraan
- Loya
- selsema
- kerap bersin terutama di waktu awal pagi

Sinusitis sering bermula sebagai selesema, yang kemudiannya menjadi jangkitan bakteria. Alergik, masalah hidung, dan penyakit tertentu juga boleh menyebabkan sinusitis kronik.

Selepas penerangan dan cadangan yang diberikan oleh doktor, en hubby bersetuju untuk menjalani pembedahan kecil membersihkan bahagian hidung. Kami sempat balik rumah dulu untuk ambil keperluan serba sedikit sebab en suami kena bermalam di ward untuk mulakan pengambilan antibiotik sebelum pembedahan dijalankan. 


bahaya sinusitis, sakit kepala, pencegahan sinusitis, akibat penyakit sinusitis
Kesian kat abang Irfan, terkejut juga dia bila adik tunjuk gambar ni.  Lepas terangkan keadaan sebenar barulah okay. Mujur juga dia mudah faham dengan process dan gejala yang akan berlaku sekiranya tiada tindakan awal yang diambil.  

bahaya sinusitis, sakit kepala, pencegahan sinusitis, akibat penyakit sinusitis
Bermula jugalah sesi menyediakan bekalan untuk anak-anak dan en suami. Kebiasaan akak juga bila en suami tiada di rumah, memang susah nak tidur dan mudah terjaga.  Jadinya masa untuk uruskan keluarga memang takde masalah sangat.

bahaya sinusitis, sakit kepala, pencegahan sinusitis, akibat penyakit sinusitis
Berkampunglah kami di sini setiap hari.  

Maka bermulalah tugasan akak berulang alik antara rumah dan hospital memandangkan kak afiah masih belum habis exam SPM nya.  Mujur ada berbaki lagi cuti ehsan akak, boleh lah guna, tak perlu guna cuti tahunan.  

'Percutian 4 hari 3 malam' kata en hubby kepada anak-anak. So korang kalau rasa ada yang tak kena pada kesihatan diri, cepat-cepatlah pergi jumpa doktor.  Biar kita tahu lebih awal sekiranya ada sakit. 

Selesai semua barulah badan terasa letih dan mengantuk sangat hehehe...



8 Comments

  1. Allahu tak sangka boleh jadi serius kan. Semoga dipermudahkan urusan sekeluarga. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Bahaya juga sinusitis ni ye kakzi. Sampai boleh effect telinga.
    Semoga hubby akak cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah...bila doktor terangkan baru tahu semua tu.

      Delete
  3. Apa-apa penyakit pun jangan dipandang rendah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kena sentiasa alert, sekarang ni penyakit ada macam-macam.

      Delete