Happy Birthday to me ! Happy Birthday to me !

Baru nak update kat sini.  Dalam family akak,akaklah  orang terakhir yang sambut birthday. Dah tarikhnya bulan Disember kan.  Hari rehat.  Setiap tahun memang akak akan ambil cuti pada hari lahir akak, rehat-rehat kat rumah.  Bukannya hari lain tak rehat, tapi bila hari istimewa cara rehat pun istimewa sikit . Adik wan kata - ibu request je apapun nanti ayah buat ! Haha....pandai dia sebab boleh tumpang sekali.

sambut hari jadi kecil-kecilan, sambutan harijadi budget, ingatan semasa hari jadi
Ucapan Hari Lahir daripada team FB.  


Sehari sebelum tarikh kejadian, kami luangkan masa pulang ke kampung en hubby.  Rumah yang dah semakin usang dimakan usia, tinggal tanpa penghuni. Kadang-kala sahaja kami pulang berkumpul bila masing-masing ada cuti panjang.  Kali ni dapat juga merasa kutipan buah-buahan seperti rambutan dan pisang.  Sempatlah juga bersihkan pokok-pokok yang ada disekitar kawasan rumah.  Bila balik Bagan Serai ni, kami suka singgah di pasar di pekan Bagan Serai.  Biasanya beroperasi sebelah petang penjaja ikan akan datang membawa hasil yang segar dan yang penting sekali harganya agak murah berbanding dengan di tempat kami.

sambut hari jadi kecil-kecilan, sambutan harijadi budget, ingatan semasa hari jadi

sambut hari jadi kecil-kecilan, sambutan harijadi budget, ingatan semasa hari jadi

Pisang dan rambutan yang sempat kami ambil di kampung.   Puas buat cekodok pisang. Cuti sekolah ni, apa sahaja yang dihidang mesti habis.

Di pasar, dapatlah beli bekalan untuk seminggu dan kali ni dapat beli udang lipan.  Korang tau tak apa masakan menarik menggunakan udang lipan ni? Teruskan baca nanti akak cerita.

Berbalik pada sambutan birthday akak. Kami raikan ala kadar.  Untungnya masa cuti sekolah jadi anak-anak ada kat rumah tapi tahun ni tak cukup ahli sebab abang irfan jauh.  En hubby masakkan mee kuah special - masak dengan kasih sayang katanya. Haha....macam-macam. Kalau korang nak tahu, udang lipan yang kami beli di kampung tu, masakan specialnya adalah kuah mee. Best !!

sambut hari jadi kecil-kecilan, sambutan harijadi budget, ingatan semasa hari jadi

sambut hari jadi kecil-kecilan, sambutan harijadi budget, ingatan semasa hari jadi
Mee kuah dengan kuah specialnya campuran udang lipan yang direbus dan dimesin. Nanti di entry akan datang akak cuba share dengan korang resepi mee kuah yang dimasak khas oleh en hubby ni. Puas hati berulangkali makan.

Diam-diam  anak-anak dan en suami berpakat belikan sebiji kek. Tau-tau dah ada kat rumah.  Pandai mereka buat plan.  Alhamdulillah dapat raikan tahun ini, tahun tahun ke depan hanya Allah yang mengetahui.

sambut hari jadi kecil-kecilan, sambutan harijadi budget, ingatan semasa hari jadi

Seawal pagi dapat post ni daripada abang Irfan.  Terharu juga rasa di hati. Biasanya setiap kali ahli keluarga kami menyambut birthday, kami akan cari masa untuk berkumpul dan meraikan bersama.  Bermula tahun ni kami sama-sama kena bersabar menunggu masa yang sesuai untuk berkumpul semula.  Salah satu pengorbanan menimba ilmu .

Moga diberi peluang dan kesihatan yang baik untuk terus bersama melihat kejayaan  insan-insan istimewa ini.


6 Comments

  1. Sanah helwah
    Semoga kekal bahagia selamanya

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir !!! didoakan panjang umur, dimurahkan rezeki, dilimpahkan kesihatan berpanjangan oleh Allah Taala ^_^

    ReplyDelete
  3. Selamat ulangtahun! Semoga diberkati dan diluaskan rezeki.

    ReplyDelete