Tanggungjawap Menjaga Keselamatan Di Tempat Kerja
Selain daripada tugas hakiki di pejabat, akak juga bertanggungjawap membantu bos akak berkaitan dengan OSHE - Occupational, Safety and Health pekerja-pekerja di bangunan pejabat ini. Pada awal dapat tugasan ni, memanglah macam-macam rasa ada sebab tugas bertambah dan tanggungjawap ni tak termasuk dalam kpi kerja. Biasalah bila kerja makan gaji dan base pada performance, mencapai kpi selalu jadi fokus utama. Lama-lama dah rasa tersuka pulak dengan tugasan ini sebab banyak info baru yang akak dapat.
Minggu lepas baru sahaja selesai buat pertama kali kena audit untuk Oshe ni. Dah lama sungguh tak kena audit. Lebih daripada 10 tahun lepas, tu pun audit biasa aje perihal kerja. Yang ni memang luar bidang kerja tapi bagus untuk tambah ilmu. Berdebak debuk jugalah jadinya. Bilik yang biasanya sejuk, terasa bahang ja. Mujurlah bos akak join sekali sebab beliau merupakan ketua bangunan. Nampak mudah tapi banyak juga kerjaannya yang perlu dibuat. Kebanyakannya adalah dokumentasilah. Akak memang lemah bab-bab nak siapkan filing semua ni. Tak suka! Tapi disebabkan tanggungjawap, buat jugalah. Korang bayangkan dalam masa dua hari daripada file yang kosong terus penuh. Insaf sekejap lepas kena audit. Banyak nak kena buat tapi kerja yang tak masuk kpi ni biasanya tak glamour dan memang takde siapa yang nak sukarela buat. Bos akak selalu pesan - ingat ganjaran kemudian hari.
Untuk mana-mana syarikat yang punyai ramai kakitangan, memang perlu ada jawatan kuasa ni. Macam-macam perkara sebenarnya kita perlu pantau untuk pastikan pekerja datang kerja dan berada dalam keadaan selamat di tempat kerja. Kadang-kadang ada perkara yang kita rasa tak penting tapi sebenarnya menyumbang pada keselamatan di tempat kerja. Misalnya cara kita berpakaian, tempat duduk kita di pejabat, cara duduk semasa bekerja dan macam-macam lagi.
1. Supaya kita sentiasa berada di dalam keadaan selamat di tempat kerja.
2. Tahu cara-cara yang betul untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku keadaan yang tidak selamat
3. Mengenal pasti keadaan tidak selamat.
Since dah terlibat dengan Oshe bangunan, akak pun ambil kesempatan jugalah join team ERT ni. Bertindak sebagai First Aider bersama dua orang lagi rakan sekerja. First Aider antara orang yang penting beri bantuan kecemasan sementara menunggu pasukan bantuan sebenarnya sampai. Untuk jadi First Aider ni korang kena ikuti kursus First Aider untuk mendapat kelulusan memberi bantuan kecemasan. Lepas habis kursus, kalau korang lepas, korang akan dapat kad First Aider/sijil kelayakan. Dengan kad ini, korang layak memberi bantuan kecemasan malah mungkin membantu menyelamatkan nyawa. Kelayakan ini terhad untuk tiga tahun sahaja, selepas tiga tahun korang kena attend semula kursus untuk sambung kelayakan. Yelah kan mesti dalam masa tiga tahun ada yang kita ingat-ingat lupa sebab bukan selalu pun kita gunakan teknik yang diajar.
Begitulah sedikit sebanyak pengalaman yang akak dapat selain daripada tugas hakiki yang memang kena buat. Menarik. Kelayakan akak buat masa ni dah tamat tempoh. Tunggu panggilan berikutnya untuk hadiri semula kursus ini, lepas tu boleh guna untuk tempoh tiga tahun lagi.
Korang yang kalau ada peluang untuk join ERT ni, eloklah ambil. Tambah ilmu, tambah skill.
Minggu lepas baru sahaja selesai buat pertama kali kena audit untuk Oshe ni. Dah lama sungguh tak kena audit. Lebih daripada 10 tahun lepas, tu pun audit biasa aje perihal kerja. Yang ni memang luar bidang kerja tapi bagus untuk tambah ilmu. Berdebak debuk jugalah jadinya. Bilik yang biasanya sejuk, terasa bahang ja. Mujurlah bos akak join sekali sebab beliau merupakan ketua bangunan. Nampak mudah tapi banyak juga kerjaannya yang perlu dibuat. Kebanyakannya adalah dokumentasilah. Akak memang lemah bab-bab nak siapkan filing semua ni. Tak suka! Tapi disebabkan tanggungjawap, buat jugalah. Korang bayangkan dalam masa dua hari daripada file yang kosong terus penuh. Insaf sekejap lepas kena audit. Banyak nak kena buat tapi kerja yang tak masuk kpi ni biasanya tak glamour dan memang takde siapa yang nak sukarela buat. Bos akak selalu pesan - ingat ganjaran kemudian hari.
Untuk mana-mana syarikat yang punyai ramai kakitangan, memang perlu ada jawatan kuasa ni. Macam-macam perkara sebenarnya kita perlu pantau untuk pastikan pekerja datang kerja dan berada dalam keadaan selamat di tempat kerja. Kadang-kadang ada perkara yang kita rasa tak penting tapi sebenarnya menyumbang pada keselamatan di tempat kerja. Misalnya cara kita berpakaian, tempat duduk kita di pejabat, cara duduk semasa bekerja dan macam-macam lagi.
Kenapa Perlu Ada Jawatankuasa OSHE di Tempat Kerja
1. Supaya kita sentiasa berada di dalam keadaan selamat di tempat kerja.
2. Tahu cara-cara yang betul untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku keadaan yang tidak selamat
3. Mengenal pasti keadaan tidak selamat.
Penubuhan Emergency Respond Team (ERT)
Salah satu pasukan yang penting di setiap lokasi kerja adalah ERT. Mereka inilah nanti yang akan bertindak segera sekiranya berlaku kebakaran dan sebarang bentuk kecemasan lain Pasukan ini terdiri daripada pelbagai tugasan. Ada ketua, pengurus kawasan, ketua tingkat, penyelamat, pembantu kecemasan dan lain-lain lagi. Pendek kata , ERT ni mesti cekap bab-bab nak selamatkan orang ni sementara menunggu bantuan sampai. Tempat kerja akak ada 4 tingkat, jadi sangatlah perlu ada ERT ni.Since dah terlibat dengan Oshe bangunan, akak pun ambil kesempatan jugalah join team ERT ni. Bertindak sebagai First Aider bersama dua orang lagi rakan sekerja. First Aider antara orang yang penting beri bantuan kecemasan sementara menunggu pasukan bantuan sebenarnya sampai. Untuk jadi First Aider ni korang kena ikuti kursus First Aider untuk mendapat kelulusan memberi bantuan kecemasan. Lepas habis kursus, kalau korang lepas, korang akan dapat kad First Aider/sijil kelayakan. Dengan kad ini, korang layak memberi bantuan kecemasan malah mungkin membantu menyelamatkan nyawa. Kelayakan ini terhad untuk tiga tahun sahaja, selepas tiga tahun korang kena attend semula kursus untuk sambung kelayakan. Yelah kan mesti dalam masa tiga tahun ada yang kita ingat-ingat lupa sebab bukan selalu pun kita gunakan teknik yang diajar.
Apa yang korang belajar sebagai First Aider?
Macam-macam. Antaranya belajar cara asas pertolongan cemas,CPR, bantuan sekiranya tercekik, bantuan semasa berlaku kemalangan, cara balutan yang betul dan sebagainya. Seronok masa latihan sebab korang boleh cuba sampai tahu buat. Pengalaman dan pengetahuan baru untuk akak dan kawan-kawan yang lain. Harap-harap jika terjumpa kejadian sebenarnya, akak tak panik dan boleh membantu.Begitulah sedikit sebanyak pengalaman yang akak dapat selain daripada tugas hakiki yang memang kena buat. Menarik. Kelayakan akak buat masa ni dah tamat tempoh. Tunggu panggilan berikutnya untuk hadiri semula kursus ini, lepas tu boleh guna untuk tempoh tiga tahun lagi.
Korang yang kalau ada peluang untuk join ERT ni, eloklah ambil. Tambah ilmu, tambah skill.
2 Comments
masa intern dulu husna masuk bahagian hr, dan bnyak expose pasal osh nih. bila nak kena audit memang semua kena lengkap, bagus laa kan at least dapat belajar benda baru dan boleh buat banyak persediaan.
ReplyDeleteTak suka audit hehhe...tapi belajar banyak sebenarnya.
Delete