Kesilapan Yang Tidak Disedari Ketika Menjawap Soalan Peperiksaan
Hari ini bermula fasa 2 peperiksaan SPM. Tahun ini seorang lagi anak akak berjuang dengan exam ni. Kali ini akak rileks sikit berbanding semasa abang Irfan dulu. Mungkin dapat tengok kegigihan seorang anak berusaha setiap hari depan mata, so rasa debar tu kurang sikit. In sya Allah moga kakak tenang saja sepanjang peperiksaan berlangsung.
Kesilapan Yang Tidak Disedari Ketika Menjawap Soalan Peperiksaan
Siapa yang tak pernah buat silap masa jawap soalan exam kan? Kadang-kadang tu kesilapan bukan sebab tak tahu nak jawap tapi sebab-sebab lain.Korang mesti biasa laluinya. Anak-anak akakpun selalu juga buat kesilapan tanpa sedar. Bila buat semakan semula barulah macam-macam keluhan yang keluar.
1. Over confident - ni biasa juga berlaku bagi yang rasa macam dah tahu semua tapi sebenarnya banyak lagi yang tak tahu. So korang jangan terlalu over confident. Confident tu dah okay tapi jangan over yer...
2. Menjawap soalan mengikut apa yang diketahui, bukan apa yang soalan nak - sebab tulah kena baca soalan betul-betul. Jadikan kebiasaan garis perkara penting yang perlu jawap. Lepas tu senaraikan isi jjawapan dan baru huraikan. Tapi akak pun pernah juga main jawap hentam kromo ni. Nak bagi panjang jawapan tapi habuk pun tarak! Jangan jadikan kelaziman yer terutama semasa peperiksaan penting.
3. Tulisan tidak kemas dan menulis tergesa-gesa. Pada anak-anak akak, akak selalu pesan jangan buat tulisan kecil-kecil. Tulisan biarlah besar, mudah nak baca. Jangan sampai pemeriksaan kena keluarkan kanta pulak nak baca tulisan korang !
4. Panik yang melampau. Ini sangat bahaya. Jangan sampai disebabkan panik dapat soalan, terus tak ingat apa yang perlu dijawap.
5. Menukar jawapan di saat akhir. Tak yakin dengan jawapan asal. Selalu juga berlaku.
Cukup 6 kesalahan yang biasa dilakukan tanpa sedar. Yang penting persediaan korang kena mantap. Yakin pada keupayaan diri sendiri. Moga semua yang dalam mood exam berjaya dengan cemerlang nanti !
6 Comments
Selamat menduduki peperiksaan untuk calon2 SPM tahun ini
ReplyDeleteBerdebar tunggu result pulak
Deleteni saya kena ajar syafi ni. mmg ada ciri2 ni pada syafi. tulisan tu pun satu hal.. markah kena tolak sebab tak tanda betul2 hitam pun penah jadi duii
ReplyDeleteTu la kerja mak mak kan....jenuh nak tengok macam-macam..
Deletetips yang ohsem dan berguna untuk anak-anak..
ReplyDeletesemoga yang menjawab soalan, dapat menjawab dengan tenang..
Moga beroleh kejayaan..
Delete