Terdengar lagu Floor 88 – HUTANG secara tidak langsung mengingatkan diri akak sendiri tentang hutang  lama yang masih berbaki, hutang agak baru yang diikat. Bukan nak kata hidup tak perlu berhutang tapi bila dah berhutang kena ingat untuk bayar.  Lagu ini walaupun kedengaran ceria sehingga menjadi ikutan dewasa dan anak-anak, tapi kalau korang teliti liriknya satu persatu memang ada maksud tersirat dan tersurat.

Lirik Lagu Hutang

Kau nak cepat kaya
Macam jual unta
Tapi kau sendiri
Malas nak usaha
Cerita sana sini
Gebang kau merata-rata

Pantang depan mata
Ada saja cerita
Tipu belit kawan
Macam ular sawa
Bila dah tahu kau lari berbatu
Macam kau nampak hantu

Cerita zaman dulu
Pak Kaduk gadai tanah
Dia laga ayam bukan kepunyaannya

Cerita zaman sekarang
Kau yang guna duit orang
Pabila pecah tembelang
Lari lintang pukang
Kau tak mampu bayar sekupang-pang

(Alakazam!)


Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu
Bayar duit aku yang semua kau sapu
Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu kemana

Buai laju-laju buai sampailah pokok sena
Duitku beribu semua entah kemana
Memanda Fasola tikam di tapak kakinya
Dah memang kau salah kutaboh kau pun tak apa

Rampo ngiseng semar tilem

(Solo..)

La la la la la..

Cerita zaman dulu
Pak Kaduk gadai tanah
Dia laga ayam bukan kepunyaannya

Cerita zaman sekarang
Kau yang guna duit orang
Pabila pecah tembelang
Lari lintang pukang
Kau tak mampu bayar sekupang-pang


(Ram pang-pang!)

Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu
Bayar duit aku yang semua kau sapu
Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu kemana

Buai laju-laju buai sampai pokok sena
Bayar hutang itu takut nanti kau merana
Memanda Fasola tikam di tapak kakinya
Dah memang kau salah kutaboh kau pun tak apa

Rampo ngiseng semar tilem


jangan berhutang, cara elak hutang, tips bebas hutang


Kenapa Berhutang?

Banyak sebab kenapa orang berhutang.  Kos sara hidup yang makin meningkat, harga  barang yang tidak tentu, memenuhi keperluan keluarga dan macam-macam sebab lagi.  Akak sendiripun masih ada hutang-hutang yang masih belum dilangsaikan sepenuhnya.  Setiap bulan cuba untuk kurangkan sedikit demi sedikit.  Bila dapat selesaikan satu-satu hutang memang perasaan lega tak tahu nak kata. Puas!  Yang penting korang kena berazam untuk lunaskan hutang-hutang yang ada.

Bagaimana Nak Elak Diri Daripada Berhutang

Selalu juga bertanya pada diri sendiri macamana nak elakkan diri daripada berhutang.  Kadang-kadang rasa macam susah sangat.  Kena mula daripada awal. Sebolehnya seawall korang mula memegang duit sendiri. 

1) Buat bajet harian, mingguan, bulanan dan tahunan 

Kalau baru mula bekerja, pastikan setiap bulan sebelum korang berbelanja, asingkan dahulu untuk simpanan. Kalau boleh simpan terus dalam ASB, tabung haji atau masuk dalam akaun yang korang tidak gunakan kad ATM untuk sebarang transaksi.  Malah, jangan sesekali link kan dengan  online bank.

2) Jangan Guna Kad Kredit

Elakkan diri daripada menggunakan kad kredit.  Biasakan diri guna debit kad.  Biarlah kita berbelanja mengikut apa yang kita ada.  Akak dah serik dah guna kredit kad.  Bila sesekali korang terleka  berbelanja, memang payah nak uruskan.  Mungkin ada di kalangan kita yang memang kerap bekerja luar  dan memerlukan penggunaan kad kredit.  Korang kena pastikan bayar sebelum cukup tempoh dan bayar sebanyak mana yang korang gunakan, jangan sesekali biasakan diri membayar hanya jumlah minima.  Sekarang ni akak bahagia tanpa kad kredit.  

3) Beli Yang kita mampu, bukan yang kita mahu 

Ini pun salah satu punca orang berhutang.  Memang tidak dinafikan, keinginan kita selalu melebihi kemampuan.  Bila tengok kawan beli sedikit sebanyak keinginan itu ada juga dalam diri kita.  Boleh berbelanja tapi tengoklah kemampuan.  Bila kita berbelanja ikut kemampuan, kita dapat elakkan diri kita daripada berhutang.

4) Bayar Hutang Yang kecil dahulu 

Kena ada sasaran untuk selesaikan hutang kita.  Kalau budget kecil, kita mulakan selesai hutang yang kecil dahulu.  Bila nampak satu-satu hutang selesai, mesti kita bermotivasi untuk selesaikan hutang-hutang yang lain.

Bila kita berhutang pastikan keluarga terdekat seperti pasangan kita dan anak-anak yang dah dewasa tau dengan siapa kita berhutang dan berapa jumlah hutangnya.  Buatlah satu senarai.  Terangkan pada pasangan dan anak-anak kenapa kita berhutang.  Sentiasa kena usaha untuk selesaikan hutang yang ada.  

Jom korang sama-sama kita berdoa agar kita sempat selesaikan hutang-hutang kita secepat yang boleh sebelum jasad terpisah dari badan.

10 Comments

  1. sangat setuju. bila mula hutang, akan terus hutang lagi dan lagi. Allahu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula...nak tutup satu-satu hutang tu bukannya semudah buat pinjaman.

      Delete
  2. Ruby baca bait² lirik lagu ni. Anak² dengar. Rupanya lagu nilah diaorang duk nyanyi. Part tepuk amai² tu. Dia orang terus sambung. Hehehe. Rentak muzik dia rancak gitu kan kak AZ.

    Ruby pun masih ada hutang,pinjaman pelajatran. harap boleh settle secepat mungkin.

    Sebab hutang tetap hutang. Wajib bayar.

    Yang kad kredit tu, Ruby takde. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang rasanya tidak boleh elak daripada berhutang. Mungkin bukan duit ringgit tapi rumah tempat tinggal kita, kenderaan yang kita guna...tapi pandai-pandailah uruskan cara bayarannya. Tak boleh banyak, bayar sedikit.

      Delete
  3. tips yang baik....semoga kita semua bebas hutang amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedang berusaha membebaskan diri daripada hutang.

      Delete
  4. Hutang kad kredit itu lah yang susah betul nak hilang. Dah bayar sikit, terguna lagi. Adeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah lama tak pakai kad kredit. Mula-mula rasa macam susah tapi tak susah sebenarnya. In sya Allah boleh je tanpa kad kredit.

      Delete
  5. masih dibelenggu hutang pinjaman pendidikan. inshaAllah akan segera melunaskan, tak sanggup simpan banyak2, risau kalau nyawa x panjang, keluarga yg terpaksa tanggung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bayar sikit-sikit nanti selesai.

      Delete