Bukan Sombong Tapi Tak Sempat
Kebelakangan ni jadual macam dah terkejar-kejar pulak. Bukanlah bermaksud sebelum ni akak banyak rileks. Sekarang ni akak cuba mengisi masa yang ada dengan pelbagai lagi perkara untuk dibuat. Rasa ada banyak benda yang akak nak kena buat selagi masih dipinjamkan Allah di atas bumi ni.
Terkesan sebenarnya dengan kehilangan x-bos akak semalam. Walaupun dah lama beliau berpindah tempat kerja tapi sesekali ada juga bersembang dalam group wasap ofis. Seorang yang periang, tak pernah berkasar dengan staf bawahan,boleh bersembang macam-macam kisah, suka juga bergurau. Masa beliau berpindah tempat kerja ke selatan, memang rasa kehilangan juga di pejabat. Pemergian yang tak disangka. Allah sayangkan beliau pergi dalam usia yang baru menjengah angka 50 tahun. Beza usia kami beberapa tahun saja. Terfikir akak, banyaknya lagi yang akak nak buat untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk kawan-kawan....harap masih diberi peluang untuk akak lakukan satu persatu.
Untuk korang yang selalu menjengah kat blog akak ni, jutaan terima kasih akak ucapkan. Tinggal-tinggalkan lah komen, nanti akak akan singgah semula blog korang. Akak bukan sombong tapi masa mengadap blog memang sangat terhad. Curi-curi masa aje buka blog, update dan balas kunjungan korang. Kadang-kadang satu entry boleh jadi berhari-hari nak siapkan. Yang penting silaturrahim kita tidak putus walaupun di maya sahaja.
Pentingnya Menjaga Silaturrahim
1. Bukti kita taat pada perintah Allah
2. Dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia
3. Ganjaran syurga
4. Disayangi Allah
5. Disayangi manusia
So, korang jangan ingat akak sombong tau bila tak jawap komen korang. Jom akak nak singgah `rumah' korang sementara ada masa rehat lagi ni...
18 Comments
alhamdulillah syukur atas segala kurniaan rezeki. takpa, kita nikmati hidup seadanya. macam tu jugak dengan blog. hehehe
ReplyDeleteseronok berblog sebab dapat ramai kawan walaupun tak pernah jumpa.
DeleteSama la ngan SA kak..jadual padat..memang tak smepat nak membalas komen...mana yang ada tanya soalan perlukanjawapan tu SA Balas jugak la...dunia blogging SA tak macam dulu...
ReplyDeleteakak jawap juga komen bila free dan ambil peluang balas kunjungan...
Deletesemoga silaturrahim antara kita kekal terjalin Azi walaupun tak pernah lagi bersua kan :)
ReplyDeleteIn sya Allah...
DeleteI feel you. Ray pun sama. Terharu sgt bila ade je lg org yg singgah and baca even though skrg dah jrg dpt update.
ReplyDeletesamalah dengan saya....bila orang singgah tinggal komen, cepat atau lambat mesti buat kunjung balas.
DeleteAlfatihah untuk arwah x bos akak tu.
ReplyDeleteSamalah dengan Ruby, bulan lepas tak update apa² langsung. Berumah di hospital sebab anak operation.
Banyak yang tertangguh bila nk buat entry.
Sekarang baru nk on balik bulan ni. Tq Kak AZ sudi dtg blog kita.
Semoga silaturahim antara kekal sampai ke syurga walaupun kita tak pernah jumpa.
Ruby boleh rasakan akak seorang yang peramah. 💜
Moga ukhwah berkekalan....kalau jumpa depan-depan boleh sembang lama lagi..hehe
Deleteinnalillah.. semakin lama semakin ramai dikalangan rakan2 kita yg dijemput ilahi kan
ReplyDeleteAminn
DeleteTakziah untuk arwah bos akak.. Yang baik memang selalu dalam ingatan..
ReplyDeleteTerasa sangat kehilangan bila mereka pergi tak kembali..
Betul tu...teringat-ingat usik mengusik bila rasa stress di pejabat
Deletehai akak.. salam kenal. terima kasih sudi singgah blog kte :-)
ReplyDeleteSalam kenal....
DeleteAl Fatihah utk arwah bos kak. ..
ReplyDeleteMoga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh...
Delete