Cuti sekolah datang lagi!  Masa yang memang ditunggu oleh ramai anak-anak pelajar.  Kebiasaannya cuti hujung tahun lebih meriah daripada cuti-cuti sekolah yang lain sebab jangkamasanya lebih panjang. Ditambah  pula ramai antara ibu ayah yang turut sama bercuti.  Ramai ibu bapa yang pening kepala memikirkan perancangan aktiviti yang boleh diisi sepanjang  percutian ini.  Selain daripada meninjau aktiviti yang sesuai kena juga tengok-tengok poket  sama.  Tahun ni akak tak plan yang jauh-jauh pun untuk anak-anak.  Hampir semua aktiviti, bermalam di rumah sendiri. Jimat !!


program cuti sekolah, kem semasa cuti sekolah, aktiviti menarik masa cuti sekolah,cuti sekolah hujung tahun
Yeay !!!! Cuti.....


Apa yang akak plan untuk anak-anak? 

9  Aktiviti Budget Murah Musim Cuti Sekolah

1) Bercuti di homestay desa

Kalau bercuti mesti lebih meriah kalau dapat bercuti dengan keluarga yang besar. Tak kisahlah keluarga sendiri atau rakan-rakan.  Masa nilah korang boleh cuba plankan program Hari Keluarga atau pun reunion rakan-rakan.  Libatkan semua ahli keluarga.  Pilih tempat yang berdekatan dan mudah access  oleh semua pihak.  Kalau dapat yang berhampiran dengan sungai atau pantai mesti lebih menarik.  Tambahkan aktiviti permainan mudah untuk semua dan masak bersama-sama.  Pastikan ada aktiiviti bbq.   Akak rasa aktiviti begini akan lebih meriah disamping dapat eratkan hubungan masing-masing yang mungkin dah lama tidak bertemu.

2) Program Ilmu Anak-anak

Sebelum cuti sekolah lagi akak dah terima banyak poster berkaitan dengan pelbagai  Program Ilmu Cuti.  Antaranya Kem Solat, Kem Saintis Muda, Program Cerdik Matematik dan pelbagai lagi.  Adik Wan paling seronok nak turut serta.  Mak pun pilih yang mana paling sesuai dengan si kecil ni.  Sekurang-kurangnya dapat juga alihkan perhatian dia pada aktiviti luar selain daripada dapat tambah kawan.  

program cuti sekolah, kem semasa cuti sekolah, aktiviti menarik masa cuti sekolah,cuti sekolah hujung tahun
Antara aktiviti yang ditawarkan.


3) Beriadah Di Taman Permainan 

Nampak biasa aje aktiviti ni tapi berapa kerap dapat kita luangkan masa bersama-sama dengan anak-anak beriadah di taman permainan?  Akak pun jarang sangat dapat turut serta.  Hujung minggu pun banyak aktiviti lain yang perlu diselesaikan.  So apa kata masa cuti sekolah nilah korang gunakan untuk luangkan lebih masa dengan anak-anak.  Tanamkan azam balik kerja tepat pada masanya dan cuba luangkan sekurang-kurangnya 45 minit bersama anak-anak di taman permainan.  Tak perlu keluar wang yang banyak pun, dapat belikan ice cream sorang satupun dah tentu anak-anak suka.  Dapat juga keluarkan peluh!

4) Aktiviti Kemas Rumah 

Aktiviti nilah yang paling akak suka bila cuti sekolah.  Anak-anak takde alasan nak larikan diri.  Tak susahpun, biasanya akak akan bahagikan kawasan masing-masing.  Kemas kawasan sendiri cantik-cantik bagi senang mata memandang.  Bila buat sama-sama jadi lebih seronok dan cepat siap. Sambil-sambil ajar anak-anak 5s.

5) Happy Hour Dengan Anak 

Adakan satu slot Happy Hour dengan anak-anak.  Belanja anak-anak tengok movie atau makan-makan di tempat yang mereka suka.  Biasanya akak spend Happy Hour ni masa hujung minggu.  Anak-anak boleh pilih nak makan apa samada di luar atau di rumah.  Kalau di rumah kami pakejkan sekali dengan menonton movie.  Sesekali beli movie on demand apa salahnya kan, dapat tengok ramai-ramai dalam suasana yang lebih santai. 

6) Percutian Outdoor

Kalau korang ada lebih budget, bolehlah rancang percutian outdoor bermalam.  Tak dapat jauh, pergi saja yang dekat-dekat.  Anak-anak kecil biasanya kalau bercuti, mereka synonym dengan kolam renang.  Banyak hotel-hotel  budget murah yang ada sediakan kolam renang. Sesekali bawa keluarga bermalam di hotel dengan suasana lain sikit.  Asalkan anak-anak suka. 

7) Memenuhi Undangan Kenduri 

Cuti sekolah adalah masa yang biasa dinantikan oleh pasangan mendirikan rumahtangga.  Boleh dikatakan hampir setiap minggu ada jemputan kenduri.  Kadang-kadang tu bertindih-tindih dalam sehari.  Cuba penuhi undangan kenduri yang kita terima.  Bawa anak-anak sekali . Masa nilah dapat jumpa lebih ramai lagi saudara mara dan kenalan. 

8) Mengunjungi Gedung Ilmu 

Cuba cuti kali ini kita tambahkan aktiviti mengunjungi perpustakaan berhampiran.  Bawa anak-anak pilih dan pinjam buku-buku yang mereka suka.  Selain dari membiasakan anak-anak dengan perpustakaan, dapat juga anak-anak menambah ilmu.  Nak lebih menarik, beri anak-anak reward bila mereka berjaya membaca target yang kita setkan sepanjang cuti sekolah.  Akak pun dah berkira-kira untuk bawa anak-anak ke perpustakaan daerah.   Dah lama juga tidak ke perpustakaan. 

9) Tambah Kemahiran Anak-anak

Tambah kemahiran anak-anak misalnya ajar anak-anak memasak, buat kuih muih dan lain-lain urusan yang mudah.  Libatkan anak-anak di dapur ketika mak ayah memasak. Boleh juga ajar anak-anak menjahit jahitan yang mudah-mudah.  Sekurang-kurangnya mereka ada skil asas yang boleh mereka gunakan bila perlu.

Cukuplah 9 aktiviti  budget  murah yang boleh akak sharekan dengan korang.  Ada antaranya memang korang dah biasa  buat dengan anak-anak tapi cuba cari idea untuk jadikan aktiviti yang sama lebih seronok dan menarik.

Selamat bercuti korang semua!!

0 Comments