Orang kata, anak-anak yang kreatif adalah anak-anak yang bijak.  Sejauh mana kreatifnya seseorang anak itu, korang sebagai ibubapa mesti boleh lihat daripada anak kecil kan.  Anak-anak perlu dirangsang untuk gunakan kemahiran yang mereka ada sejak kecil lagi.  Tak perlu keluarkan kos yagn tinggi, kita guna apa yang ada di sekitar kita.  Yang penting jadikan suasana berfikir anak-anak itu menarik dan sesuai dengan usia mereka.

Cara Mudah Tambah Minat Anak Berkreativiti

Lain anak lain caranya tapi ada ja antara mereka yang punyai persamaan.  Sejak kecil biasanya en hubby yang lebih rajin melayan anak-anak ni.  Hubby akak dia akan pastikan setiap hari dia akan spend sekurang-kurangnya 10 minit berkualiti dengan anak-anak. Yang tu paling kejap la tapi selalunya memang lajak masanya.  Masa ni memang hanya hubby dan anak samada bermain, berbual atau pun membaca buku. Tak perlu lama katanya, tapi kena `spend together', bukan bersama tv, bukan bersama gadget. Masa inilah bakat/kelebihan anak-anak dapat dilihat.  Maknya? Maknya ada sepanjang masa....hehe...

anak-anak kreatif, rangsang anak-anak, kreatif cara anak-anak



Ada pelbagai cara korang boleh guna untuk tarik minat anak-anak tinggalkan gadget.  Ni antara yang en hubby buat denga Dzakwan.  Permainan cari jalan keluar.  Mudah je, gunakan kotak terpakai dan plastesin.  Biarkan Dzakwan sendiri buat lepas bagi sedikit tunjuk ajar.  

Ada lagi bahan mudah jumpa lain yang korang boleh gunakan. Antaranya permaian blok, aktiviti mengasingkan barang-barang, aktiviti mengasingkan manik, mengasing barang mengikut warna dan macam-macam lagi.  Semua ni korang boleh guna barangan dalam rumah sendiri je tapi lepas tu kemaslah semula.

Selain itu, korang boleh latih anak berkreativiti melalui lukisan. Nanti akak share gambar-gambar lukisan anak-anak yang masih akak simpan.  Bila korang selalu dengan anak-anak ni lebih mudah korang nak fokus pada minat mereka.  In sha Allah anak-anak ini akan cemerlang bila mereka buat apa yang mereka minat. 

2 Comments