Awet Muda Dengan Ulam-ulaman
Betul ke kalau suka makan ulam, akan jadi awet muda? Kalau tengok orang dulu-dulu memang mereka suka makan ulam-ulaman. Bukan sahaja nampak muda tapi panjang usia dengan izin NYA.
Suka makan ulam tak?
Akak suka juga tapi tak semua ulam-ulaman yang akak makan. Kalau yang agak pahit-pahit tu memang selalu letak tepi dulu. Tapi kalau kena dengan gandingannya iaitu cicah dengan sambal belacan atau tempoyak, yang pahit pun akak telan jugak. Satu lagi yang akak kategorikan sebagai ulam juga ialah jantung pisang. Korang pernah makan jantung pisang rebus tak? Kalau tak pernah, akak cadangkan korang cuba. Sedap walaupun ada sedikit rasa pahit-pahit.
Jantung pisang ni kalau macam bersama-sama dengan sambal belacan memang tak toleh kiri kanan dah. Tapi ada kalanya bila di kedai makan, jantung pisang rebus yang dijual nampak tidak menarik. Dah bertukar warnanya kehitaman, hilang selera jadinya. Daripada nak makan terus berubah selera.
Jantung pisang bersama timun jepun. Boleh ratah macm tu aje. Akak suka timun jepun ni sebab rangup...kruk krak kruk krak...
Tips Rebus Jantung Pisang Tidak Hitam
Akak kongsikan cara yang biasa kami gunakan untuk merebus jantung pisang ni. Pertama sekali, rebus seketul-seketul tak perlu potong dahulu. Bila agak-agak dah lembut dan sesuai untuk dimakan, keluarkan jantung pisang tersebut dan terus rendam dalam air sejuk. Air sejuk tau, yang dalam peti ais punya. Kalau ada ketul ais, lagi elok. Rendamkan dalam 10-15 minit.
Rupa bahagian dalam jantung pisang selepas dibelah. Yang ni akak belah empat, senang makan tak berebut..hehehe..kalau biar lama, bahagian yang dekat empulur tu akan bertukar jadi kehitaman.
Lepas tu barulah dibelah dua. Korang tengok warna dalamnya cantik ja. Bolehlah hidang dan makan. Kalau korang biarlah lama-lama barulah nampak warna dalamnya bertukar sedikit sedikit jadi gelap. Tapi biasanya kat rumah akak, tak sempat nak tunggu lama, hidang dan habis.
Kebaikan Pengambilan Ulam-ulaman
Ada pelbagai kebaikan yang boleh kita perolehi daripada pengambilan ulam-ulaman secara berterusan.
1. Sebagai nilai tambah dalam hidangan makan. Kadang-kadang bertambah berselera makan bila ada ulan-ulaman ni.
2. Orang kata boleh awet muda. Betul atau tidak terpulang pada penerimaan masing-masing. Amalan yang berterusan, pasti akan beri kesan baik.
3. Mengatasi masalah penghadaman.
4. Mengatasi masalah rambut gugur.
5. Menghilangkan parut.
6. Melancarkan aliran darah.
Apapun jenis ulam, asal ada sambal belacan memang terbaiklah!
Kalau salad pula kami suka campurkan dengan sos salad buah dan perahan lemon. Ni pun sedap ratah begitu saja.
Kalau nak tulis ada banyak lagi. Yelah kan, ulam pun ada bermacam-macam jenis, tentulah khasiatnya ada pelbagai. Apapun, yang paling penting sekali ialah amalan berterusan baru boleh nampak kesannya.
23 Comments
memang feveret.
ReplyDeletesebab tu kalau beli, beli banyak sikit selalu. hoho
sama lah kita
DeleteSedapnya ulam jantung pisang. Memang terbaik cicah dengan sambal belacan. laju je makan :)
ReplyDeletekan...dapat pulak ikan kembung goreng...cukup dah buat nasi bertambah.
Deletesuka makan ulam .. macam timun, ulam raja & etc .. tapi tak reti nak makan jantung pisang tu ...
ReplyDeleteCubalah makan jantung pisang pula...rasanya sedikit kelat-kelat tapi sedap.
DeleteUlam- ulaman ni memang makanan ruji SA sekarnag kak..nasib akak ajar macammana nak rebus jantung pisang x nak bagi hitam..selalu rebus jadi hitam..macam tu rupanya masak dia...boleh la SA cuba..esok nak cari jantung pisang kat pasar tani
ReplyDeletecubalah...tapi kalau biar lama dia jadi hitam juga cuma kalau cara ni, dalam masa 30 minit ke satu jam tu dia cantik eloklah tak hitam.
Deletemakan juga tapi ikut jenis. hehe..
ReplyDeletememilih sket sayur2 ni =P
Dulu akak pun makan sayur pilih-pilih. Lepas kawin dapat hubby yang suka makan ulam...lama-lama kita pun jadi tersuka...
Deletefeveret husna ulam jantung pisang, tak pahit, lembut je. mmg sedap meratah. satu lg yg menjadi kebiasaan, ulam pucuk kaduk. sedappp, kalau dah rebus mmg x pahit. akak cuba lah. buat masak lemak cili api lg sedap.
ReplyDeleteyes sangat tu...sedap kan..
DeleteLamanya tak makan jantung pisang, susah nak dapat kat sini. Cicah sambal belacan. Fuh! Sedap yakmat.
ReplyDeletekat rumah pun jarang-jarang ada.
DeleteDulu tak pandai makan ulam sekarang ada a few dah pandai makan. Jantung pisang tu kalau dapat makan dengan kuah air asam. Perghhh sedapnya.
ReplyDeletesedap kan...
DeleteUlam cicah dengan sambal belacan memang gandingan terbaik. Yg ni boleh buat bertambah nasi 😂.
ReplyDeleteBertambah tanpa sedar...hahaha...
DeleteSaya suka makan kacang botol cicah belacan. Jantung pisang tu saya tak pernah makan lagi.
ReplyDeleteKacang boto pun suka juga. Dulu masa kecil-kecil suka tanam dan kutip hasilnya.
DeleteSaya suka makan kacang botol cicah belacan. Jantung pisang tu saya tak pernah makan lagi.
ReplyDeleteRuby suka sangat makan ulam² kak AZ. Daun selum, daun kaduk, pegaga, ulam raja. Eii semuanya sedap2 belaka buat makan dengan nasi panaih².
ReplyDeleteOuh, mcm tu rupanya rebus jantung pisang. Seketul terus. Ilmu baru ni.
Selalu ruby jantung pisang yang masak lemak tu, tak pernah lagi masak sendiri. Selalu beli yg dah siap :)
Macam-macam ulam ada kan....pucuk daun kari pun sedap..
Delete